Won Bin antara pelabur hartanah paling berjaya dalam kalangan selebriti Korea. Pelakon terkenal Korea, Won Bin, yang menyambut ulang tahun ke-28 dalam industri hiburan tahun ini, terus menjadi bualan meskipun sudah lama menghilang dari dunia lakonan.
Won Bin Antara Pelabur Hartanah Paling Berjaya Dalam Kalangan Selebriti Korea
Sejak membintangi filem The Man from Nowhere pada tahun 2010, Won Bin belum lagi kembali ke layar perak atau drama. Sepanjang 28 tahun kariernya, dia hanya muncul dalam 6 filem dan 8 drama, menjadikan jumlah keseluruhan karya lakonannya terhenti pada 14 buah sahaja.
Sebaliknya, rakan pelakonnya dalam filem The Man from Nowhere, mendiang Kim Saeron, telah membintangi 31 karya dalam tempoh 15 tahun sebelum pemergiannya pada Februari 2025. Perbandingan ini nyata mencuri perhatian ramai.
Pelakon veteran Park Geunhyung, yang dikatakan berjaya mencungkil bakat lakonan Won Bin menerusi drama KBS2 The Man from Nowhere, pernah meluahkan rasa kecewa terhadap Won Bin. Katanya, “Saya melatih dia bersungguh-sungguh dan menjadikannya seorang pelakon, tapi akhirnya dia hanya muncul dalam iklan.” Pelakon senior Lee Soonjae turut pernah mengkritik, “Pelakon yang hanya tahu buat iklan saja, berlakonlah dulu.”
Ramai peminat dan masyarakat turut berkongsi kekecewaan apabila Won Bin lebih kerap muncul dalam iklan dan CF (commercial film) berbanding karya lakonan. Malah, ada khabar angin mendakwa dia mungkin sudah bersara secara senyap, namun Won Bin sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi, menyebabkan pelbagai spekulasi timbul. Ada juga yang mengkritiknya kononnya lebih memilih iklan kerana tidak memerlukan komitmen besar, selain mengutamakan keuntungan jangka pendek.
Bagaimanapun, ramai masih berharap agar Won Bin kembali aktif dalam dunia hiburan. Baru-baru ini, namanya kembali menjadi perhatian apabila berita mengenai kejayaan pelaburan hartanahnya tersebar.
Pada 16 Jun 2025, dilaporkan bahawa bangunan yang dibeli oleh Won Bin dan isterinya, pelakon Lee Nayoung, di Cheongdam-dong, Gangnam, Seoul pada tahun 2018 telah melonjak nilainya sebanyak 28.7 bilion won (RM97.5 juta) dalam masa tujuh tahun. Kini, bangunan tersebut dianggarkan bernilai 43.2 bilion won (RM146.8 juta).
Bangunan itu yang dibina pada tahun 1992 setinggi lima tingkat dengan dua tingkat bawah tanah, terletak hanya enam minit berjalan kaki dari Stesen Apgujeong Rodeo, kawasan elit di Seoul. Menariknya, bangunan itu turut menempatkan restoran mewah bertaraf tiga bintang Michelin.
Ads
Menurut ejen hartanah Building Road Real Estate Brokerage, nilai bangunan tersebut tidak pernah melebihi 30 bilion won (RM102 juta) sehingga tahun 2023, namun dalam tempoh hanya dua tahun, nilainya meningkat mendadak sebanyak 13.2 bilion won (RM44.8 juta). Kejayaan ini menjadikan Won Bin dan Lee Nayoung antara pelabur hartanah paling berjaya dalam kalangan selebriti Korea.
Selain itu, Won Bin juga memiliki dua lagi bangunan:
Di Samseong-dong, Gangnam dengan nilai terkini 6.9 bilion won (RM23.5 juta)
Ads
Di Seongsu-dong, Seongdong dengan nilai terkini 9.5 bilion won (RM32.3 juta)
Kedua-dua bangunan ini dibeli pada tahun 2014 dengan harga 2 bilion won (RM6.8 juta) setiap satu, dan kini nilai hartanah tersebut telah meningkat tiga hingga empat kali ganda.
Untuk rekod, Won Bin berkahwin dengan Lee Nayoung pada 30 Mei 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Diketahui juga Won Bin kini lebih banyak menghabiskan masa dengan menanam bijan dan buah aronia, malah beliau sendiri menghasilkan minyak bijan serta jus aronia untuk dihadiahkan kepada kenalan rapat.
Kemunculan awam Won Bin yang pertama selepas sekian lama adalah ketika beliau hadir ke majlis pengebumian mendiang Kim Saeron pada 17 Februari lalu.
Ads
Won Bin sebelum ini dikenali sebagai duta iklan kopi Dongsuh Food TOP sejak 2008, namun kontrak tersebut tamat pada Januari 2024. Ramai menjangka beliau tidak lagi akan muncul dalam iklan, namun penampilannya dalam kempen iklan terbaru jenama Ajungdang yang disiarkan sejak 28 Mei lalu sekali lagi mencuri tumpuan. Penampilan Won Bin yang masih kelihatan muda dan segak membuat ramai tidak percaya beliau kini sudah berusia 47 tahun.
Luahan seperti yang dikongsikan oleh Azmi Ahmad bukan asing dalam komuniti perumahan flat dan apartmen kos rendah. Isu ubah suai berlebihan hingga melanggar hak bersama bukan saja menimbulkan ketidakselesaan, malah boleh mengancam keselamatan dan keharmonian jiran tetangga.
Di banyak kawasan, pemilik rumah flat didapati melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran, membina ruang tambahan di depan dan belakang rumah, menutup longkang aliran air, dan menyekat laluan kecemasan. Malah ada yang sanggup ‘makan’ kawasan hak milik bersama, seolah-olah ia milik peribadi.
Hak Milik Bersama Bukan Hak Milik Sendiri
Struktur seperti laluan belakang, longkang, dinding sisi dan ruang udara adalah milik bersama dalam perumahan strata. Ia dibina untuk kepentingan semua, bukan untuk dimiliki secara individu. Bila seorang pemilik mengubah suai secara ekstrem, kesannya dirasai seluruh blok, air bertakung, bau tak menyenangkan, sistem saliran terganggu dan lebih parah, risiko kebakaran atau kemalangan meningkat kerana laluan terhalang.
Saya Ikhlas Buat Rumah Selesa Tapi Jiran Terpaksa Tanggung Akibatnya
Selesa bukan alasan untuk melanggar peraturan. Tindakan mementingkan diri boleh jadi punca jiran hilang kesabaran. Bila sesuatu terjadi, seperti kebocoran, banjir atau runtuhan kecil, siapa nak bertanggungjawab? Masa tu semua pihak akan menuding jari, tapi yang menanggung adalah komuniti sekeliling.
Perlu Sedar dan Bertanggungjawab
Pihak berkuasa tempatan dan pengurusan bersama kadang-kadang dilihat lemah atau ‘tutup mata’ atas isu ini. Tapi tanggungjawab sebenar bermula dari pemilik itu sendiri fahamkan sempadan hak milik, rujuk undang-undang strata dan paling penting, fikirkan kesan kepada jiran.
Soal Dunia, Tapi Ada Amanah Akhirat
Seperti kata Azmi, “Kalau kami semua tak pernah ikhlas sebab awak menyusahkan, macam mana nak jawab di akhirat nanti?” Sebab itu, jangan hanya fikir rumah jadi luas dan cantik, fikir juga apa kesannya kepada hubungan kejiranan, dan adakah ia satu tindakan yang beretika?
Kesimpulan:
Rumah kita, tanggungjawab kita. Tapi jangan sampai hak orang kita langgar demi keselesaan sendiri. Hormat ruang bersama, jaga keharmonian sesama manusia. Rumah kecil pun boleh bahagia, asalkan tak menyusahkan sesiapa.
Pemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran Belakang. Kasihannya dengan keluhan pemilik kediaman ini yang rasa tertipu dengan pihak pemaju. Manakan tidak, rumah yang baru dibeli rupanya bersambung dengan tembok rumah jiran belakang, malah mempunyai beberapa binaan tambahan lain, yang ‘mencacatkan’ permandangan rumah sendiri.
Berikut seperti yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini;
Saya buat posting ni sekadar nak tanya pendapat semua je.. semoga ada keputusan yang baik untuk saya.
Al-kisahnya, minggu lepas saya baru sahaja dapat calling daripada pihak pemaju untuk ambil kunci (tapi kunci belum ambil lagi). Masa sign SnP dulu, pemaju tak ada pulak beritahu yang rumah saya akan bersambung dengan tembok rumah orang belakang rumah .. (rasa macam tertipu je 😣 ke saya yang kurang arif bab pembelian rumah ni?😕).
Masa dalam pembinaan tu saya rasa macam tak sedap hati dah, saya datang jenguk tapak pembinaan dan memang benar belakang rumah saya bersambung dengan tembok rumah B. Saya cuba husnuzon.
Lepas tu bila rumah hampir siap, saya cari plot rumah saya dan ternyata rumah B dah ada buat beberapa sambungan (mungkin dibina beberapa tahun sebelum kewujudan taman perumahan baru ni). Antaranya adalah:
1. Awning tingkap melebihi sehingga 2 kaki ke kawasan rumah saya. 2. Grill tajam melepasi kawasan rumah saya. 3. CCTV menghala ke kawasan kejiranan.
Bila saya report pemaju, pemaju minta rumah siap dulu baru boleh report. Sekarang rumah dah siap, kunci je saya belum ambil. Orang lain happy nak masuk rumah baru, saya pulak sedih hmmm.. saya kalau boleh tak nak ada salah faham dengan jiran.. tapi dalam masa yang saya nak hak saya sebagai pemilik rumah.
Apa tindakan yang perlu saya buat? Ada tak yang ada pengalaman mcm saya? Mohon bantuan.
IMPIANA: Kasihannya dengan pemilik kediaman apabila berdepan dengan situasi begini. Langkah sebaiknya adalah berbincang dahulu dengan jiran, apa yang perlu ditanggalkan dan mendapat kesepakatan bersama. Jika jiran masih enggan memberi kerjasama barulah membuat laporan kepada pihak berwajib.
Tahukah anda, dengan mengurus kewangan secara teratur dan betul adalah salah satu langkah permulaan bagi memiliki pengurusan kewangan yang lebih sihat? Adakah anda berasa kini sudah berjaya untuk memiliki pengurusan kewangan yang sihat? Mari kita semak bersama!
Sebenarnya, anda beberapa perkara dan langkah yang perlu anda lakukan bagi untuk memiliki kewangan yang bukan sahaja kukuh malah sihat menurut pakar kewangan dan hartanah, Enciik Azizul Azli Ahmad.
Menerusi perkongsian akaun di laman media sosial miliknya, Encik Azizul memaklumkan ada sebanyak tujuh langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kewangan yang sihat antaranya;
1.Bersyukur
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk sentiasa mempunyai sifat syukur dalam diri. Selain itu anda juga disarankan untuk sentiasa percaya bahawa semua pemberian rezeki aturan daripada Yang Maha Esa.
2.Bekerja cari duit juga ibadah
Wujudkan sifat dan perasaan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah merupakan salah satu ibadah. Jadi, jangan pernah berasa tertekan atau stres dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan dalam usaha mencari rezeki. Yang penting, haruslah halal!
3.Tidak mudah FOMO (Fear Of Missing Out)
Langkah seterusnya, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk tidak sentiasa mudah ketinggalan dengan rezeki atau kekayaan orang lain. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri dan jangan sampai biar papa asal bergaya pula oleh kerana semata-mata kita mahu meniru gaya hidup orang lain.
4.Bersedekah
Percaya atau tidak, amalan bersedekah juga merupakan salah satu cara atau langkah bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih kukuh serta sihat? Tidak kira apa bangsa atau agama sekalipun, amalan bersedekah ini sememangnya diterapkan dalam kepercayaan agama masing-masing. Bak kata pepatah Melayu, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima, betul tak?
5.Menguruskan duit bukan untuk lebih kaya
Menguruskan duit bukan untuk supaya jadi lebih kaya juga antara salah satu faktor penting bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih sihat. Anda juga harus percaya, mengumpul aset dan wang ringgit ini bukan untuk mencapai matlamat kekayaan semata-mata tetapi tujuan hidup anda adalah lebih bermakna kelak.
6.Mampu tahan keinginan
Tidak dinafikan, setiap orang pasti mempunyai keinginan masing-masing seperti memiliki sebuah rumah yang besar, barangan kemas, wang ringgit yang banyak, kereta mewah dan banyak lagi. Tetapi alangkah lebih baik sekiranya anda membuat pelaburan demi masa depan kewangan anda yang lebih cerah dan kukuh?
7.Siapkan dana kecemasan
Ini juga antara perkara yang tidak lakukan bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang sihat. Untuk pengetahuan anda, adalah sangat penting juga untuk sentiasa menyimpan sedikit wang untuk tabung kecemasan anda dan keluarga.
Foto: YouTube Filem Mami Jarum
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!