Perunding Hartanah Kongsi, Rasa SUNYI Antara Sebab Orang Kaya Jual RUMAH BESAR! Banyak perkara sebenarnya yang perlu dipertimbangkan apabila ingin membeli rumah. Lebih-lebih lagi jika memasang impian untuk mendiami rumah banglo besar dan laman luas. Kena fikirkan keperluan untuk jangka pendek dan jangka panjang, supaya tak menyesal di kemudian hari.
Perkongsian Perunding Hartanah, Anne Soon ini boleh dijadikan panduan.
ANTARA SEBAB ORANG KAYA NAK JUAL RUMAH
Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain 😉
Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi.
Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah,
Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling
Selesa sungguh!
Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata😂 punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.
Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music 🎶, argh! Complete ! Semua nyaaa adaaa
Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef 👨🍳
Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa.
Seronok kan?
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka.
Rupa-rupa nya , bila dah meniti usia tua,
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah.
Keluhan mereka biasanya mesti macam ni, kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat!
Ads
Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?
Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.
Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali.
Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing. Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni.
Rumah bertingkat-tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa. Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang 😅
Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive?
Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri.
Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.
Ads
Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.
Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.
Ish! Panjangkan keluhan mereka?
Aku yang tadi elok-elok nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?
Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? 😂Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam. Tak pulak sis mandi kolam🤪
Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.
Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!
Ads
Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Ni bukan kata beli rumah besar salah okey. Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Ada benarnya, tak salah untuk ada rumah besar, citarasa dan pilihan masing-masing. Namun fikirkan juga untuk masa hadapan, akhirnya tinggal berdua apabila anak-anak ada kehidupan masing-masing.
Lain orang lain ragam, pada orang biasa dah tentulah empat kediaman ini cukup besar. Tapi buat selebriti Hollywood dengan sembilan orang anak kediaman penthouse mewah berukuran lebih kurang 4000 kaki dengan tiga lagi aparment di New York ini tidak lagi selesa.
Bintang filem berkongsi perkara tersebut dalam satu program reality TLC terbaru, The Baldwins yang memberi peminat peluang mengintai kehidupan mereka. Sebahagian besar penggambaran rancangan ini berlangsung di penthouse mereka di New York serta rumah percutian mereka di Hamptons.
Foto: Realtor
“Kami tahu rumah ini terlalu kecil.” katanya merujuk kepada Rancangan itu turut menunjukkan keadaan apartmen terletak di Greenwich Village yang padat, termasuk tiga katil dua tingkat dan dua bilik yang dikongsi oleh anak-anak mereka.
Foto: Realtor
Pasangan ini memiliki empat unit di dalam bangunan yang sama termasuk penthouse utama yang dibeli Alec pada 2011 dengan harga $11.7 juta atau RM51.8 juta.
Seiring dengan pertambahan ahli keluarga, pasangan ini telah memperluaskan kediaman mereka dengan membeli tiga unit tambahan di tingkat yang sama.
Gambar: Realtor
Rumah Idaman di Hamptons
Walaupun mereka sering mengeluh tentang kesempitan ruang di New York, Alec dan Hilaria mempunyai pilihan untuk berundur ke rumah percutian mereka di Hamptons.
Alec membeli hartanah ini di Amagansett pada 1996 dengan harga $1.75 juta atau RM7 juta. Harta tanah seluas 8 ekar ini menawarkan kediaman utama bergaya rumah ladang seluas 10,000 kaki persegi dengan kemudahan yang jauh lebih luas berbanding penthouse mereka di Manhattan.
Foto: Realtor
Antara ciri mewahnya termasuk ruang tamu luas, beranda berbumbung, dua balkoni, teater rumah, bilik mencuba wain, perpustakaan berpanel kayu, kolam renang, spa, pavilion, serta taman sayur.
Dalam pada itu pelakon berusia 67 tahun yang merungut ini mengenai kediaman mewahnya ini mengundang kecaman ramai.
ramai mengkritik kenyataan pelakon itu dan menyifatkannya sebagai tidak bersyukur dengan apa dimilikinya.
IMPIANA nak kongsikan rahsia penting untuk semua pembaca kali ni, nak buka mata semua tentang pentingnya kita memiliki kediaman selesa dan nampak mewah dengan mengikut bajet yang kita ada.
Saya pasti ramai yang mengidamkan sebuah kediaman yang cantik dan sempurna sesuai dengan gaya hidup masa kini. Pernahkah anda terfikir bahawa kediaman yang anda miliki kini yang mungkin sudah lama atau kurang serinya mampu menjadi sebuah kediaman idaman ramai.
Namun, pastinya terfikir pula dengan duit poket yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika anda bijak mengatur strategi kewangan anda. Menyimpan adalah satu langkah paling praktikal yang boleh anda lakukan.
IMPIANA nak kongsikan kisah pemilik kediaman ini yang telah memberi nafas baru kepada kediaman milik peribadi mereka. Tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk miliki kediaman sebegini rupa. Bijaknya pemilik ini mencipta nafas baru rumahnya dengan menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.
Pakar Hiasan Dalaman Mamy Home menjadi pilihan pemilik kali ini. Mamy Home telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik ini. Kediaman yang agak terhad keluasannya dan susun atur yang agak sempit membuatkan mereka sekeluarga kurang selesa. Apa yang Mamy Home lakukan untuk kediaman ini sehingga ia kelihatan seolah seperti kediaman baru? Jom lihat hasil sentuhan magis Pereka Hiasan Dalaman Mamy Home ini.
Dalam asyik menghias dan mengubah suai rumah sehingga menjadi sebegini rupa, IMPIANA juga ingin menyelit mengenai sebuah rumah yang menjadi tarikan masa kini yang dimajukan oleh pemaju terkemuka, S P Setia di mana anda boleh memiliki hiasan secantik di atas di rumah ini.
IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.
Kali ini, Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?
Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.
Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.
Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman lebih yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.
Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.
Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati potongan sehingga RM300 ribu, pulangan tunai RM200 ribu sekiranya pinjaman diluluskan pada margin 90%.
Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.
Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Harga rumah yang terlalu tinggi merupakan antara faktor ramai gagal memiliki rumah terutamanya anak muda.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, jangan bertangguh lagi. Baca perkongsian Azizul Azli Ahmad ini.
Kelebihan Membeli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun:
1. Pelaburan Jangka Panjang:
Semakin awal beli rumah, semakin lama masa untuk menikmati kenaikan nilai hartanah. Biasanya, nilai hartanah akan meningkat dari masa ke masa, jadi ia boleh jadi aset yang berharga di masa depan.
2. Kestabilan Kewangan:
Memiliki rumah sendiri boleh beri kestabilan kewangan berbanding terus menyewa. Selepas habis bayar pinjaman, kos tempat tinggal akan jadi lebih rendah.
3. Kadar Faedah Pinjaman Lebih Rendah:
Jika beli rumah pada usia muda, biasanya bank tawarkan kadar faedah yang lebih rendah sebab usia kerja masih panjang. Ini boleh jimat banyak duit dalam jangka masa panjang.
4. Perancangan Keluarga:
Kalau ada rancangan untuk mulakan keluarga, memiliki rumah lebih awal boleh beri kestabilan dan ruang yang cukup untuk berkembang bila keluarga bertambah.
5. Pengurusan Kewangan Lebih Baik:
Membeli rumah pada usia muda memaksa untuk belajar urus kewangan dengan lebih baik, sebab ada tanggungjawab besar yang perlu ditunaikan setiap bulan.
6. Kebebasan dalam Reka Bentuk dan Renovasi:
Bila ada rumah sendiri, kita bebas untuk buat reka bentuk dan renovasi ikut suka hati tanpa perlu minta izin dari tuan rumah.
7. Keselamatan Emosi:
Memiliki rumah sendiri beri rasa selamat dan selesa yang sukar diperoleh dengan menyewa. Ini adalah tempat yang benar-benar boleh dianggap sebagai milik sendiri.
Tambah pakar ini lagi membeli rumah lebih awal juga boleh bantu capai matlamat kewangan lebih cepat. Tapi, penting untuk pastikan kewangan stabil dan pertimbangkan semua faktor sebelum buat keputusan besar ini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!