Bil elektrik terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga. Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan bagi penggunaan elektrik menerusi format bil baharu yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif elektrik baharu yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga (ST), baru-baru ini.

Bil Elektrik Terperinci, Pecahan Caj Bantu Pelanggan Fahami Penggunaan Tenaga

Struktur baharu yang digunakan ini diluluskan kerajaan melalui mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Berdasarkan laman sesawang rasmi myTNB, pelanggan akan menerima bil yang memaparkan pecahan tiga komponen utama, Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan. Pendekatan itu bertujuan meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna terhadap struktur bil elektrik.

“Caj Penjanaan merangkumi kos bahan api, kapasiti penjanaan dan pelarasan harga bahan api global, Caj Rangkaian melibatkan kos operasi penghantaran dan penyelenggaraan sistem bekalan, manakala Caj Peruncitan membabitkan kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan serta pengurusan akaun,” menurut laman sesawang itu.

Bil Elektrik Terperinci, Pecahan Caj Bantu Pelanggan Fahami Penggunaan Tenaga
Kredit foto: Berita Harian

Bil lebih terperinci itu bertujuan meningkatkan tahap ketelusan, selain membantu pengguna memahami dengan lebih jelas struktur bil elektrik mereka.

“Maklumat ini membolehkan pelanggan TNB meneliti perincian setiap sen yang dibelanjakan, seterusnya membuat keputusan lebih bijak dalam pengurusan tenaga harian,” menurut laman sesawang itu.

Ads

Pada Julai, pelanggan akan menerima bil peralihan yang memaparkan dua caj penggunaan bagi tempoh berbeza, iaitu hingga 30 Jun 2025 (dikira mengikut tarif lama) dan bermula 1 Julai 2025 (berdasarkan struktur tarif baharu).

“Bil peralihan bulan Julai 2025 akan tersedia dalam tempoh 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB, manakala bagi pelanggan yang menerima bil bercetak, penghantaran bil akan dihantar dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh bacaan dibuat,” menurut laman sesawang itu.

Bagi memastikan ketelusan dan kejelasan kepada pelanggan, TNB akan mengedarkan risalah pengesahan daripada pembaca meter sebagai bukti bahawa bacaan meter telah dilakukan.

Bermula Ogos 2025 para pelanggan akan menerima bil elektrik yang memaparkan komponen bil secara menyeluruh mengikut struktur baharu.

Ads

Selain itu, bagi membantu pengguna menyesuaikan diri dengan perubahan itu, TNB turut menyediakan Kalkulator Bil Elektrik dalam talian di laman sesawang rasmi myTNB bagi membolehkan pelanggan membuat anggaran bil berdasarkan penggunaan dan kadar tarif baharu.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi www.mytnb.com.my/tariff atau hubungi TNB CareLine di 1300-88-5454, juga di semua cawangan Kedai Tenaga seluruh negara.-

Sumber: Bernama dan Sinar Harian 

Ads

Baca artikel lain juga: Pasang Aircond Jangan Salah Letak, Nanti Guna Lagi Banyak Tenaga Elektrik

Bil Melambung? Ini 10 Trik Bijak Jimat Elektrik Tanpa Sengsara!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI