Pasang aircond jangan salah letak, nanti guna lagi banyak tenaga elektrik. Memasang pendingin hawa di rumah bukan hanya tentang memilih jenama terbaik atau kuasa kuda (HP) yang sesuai, lokasi pemasangan juga memainkan peranan penting.
Pasang Aircond Jangan Salah Letak, Nanti Guna Lagi Banyak Tenaga Elektrik
Jika dilakukan secara sembarangan, bukan saja prestasi aircond akan terjejas, malah anda mungkin terpaksa menanggung kos tambahan untuk ubah suai semula, serta menanggung bil elektrik yang tinggi setiap bulan.
Untuk mengelakkan masalah ini, penting untuk anda tahu kawasan mana dalam rumah yang TIDAK sesuai untuk pemasangan aircond.
Tempat Yang Tidak Sesuai Untuk Pemasangan Aircond
Hindari meletakkan unit aircond di lokasi berikut:
Menghadap cermin tingkap, pintu gelangsar (sliding door) atau pintu utama.
2. Menghadap peralatan yang menghasilkan haba seperti televisyen, dekoder, dan peralatan elektrik lain.
3. Terlalu hampir secara berdepan dengan unit aircond lain—boleh menyebabkan gangguan peredaran udara.
4. Lokasi yang terlalu jauh dari unit luar (compressor)—boleh menyebabkan penurunan kecekapan.
5. Di atas peralatan elektrik seperti komputer atau TV—jika berlaku kebocoran air, boleh merosakkan peralatan tersebut.
Jarak Ideal Untuk Pemasangan Aircond
Selain lokasi, jarak pemasangan daripada struktur seperti siling, dinding dan lantai juga perlu diambil kira.
Unit Dalam Rumah (Indoor Unit):
*Jarak ke siling: minimum 15 cm
*Jarak ke dinding sisi: minimum 15 cm
*Jarak ke lantai: minimum 250 cm
*Jarak muncung aircond ke sebarang halangan di hadapan: minimum 300 cm
Ads
Unit Luar Rumah (Outdoor Unit):
*Jarak ke siling atau struktur atas: minimum 50 cm
*Jarak ke dinding sisi: minimum 30 cm
*Jarak ke dinding belakang: minimum 30 cm
*Jarak ke halangan di hadapan (misalnya pagar atau dinding lain): minimum 200 cm
Akibat Jika Gagal Mematuhi Panduan Ini
Mengabaikan faktor-faktor pemasangan yang betul boleh menyebabkan:
2. Penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding sepatutnya.
Ads
3. Jangka hayat aircond menjadi lebih pendek kerana bebanan sistem.
4. Gangguan pada pengudaraan dan aliran kerja unit luar.
5. Kediaman kelihatan berselerak atau tidak kemas.
6. Risiko kerosakan peralatan elektrik jika air menitis dari aircond ke atasnya.
Nota tambahan:
Tidak digalakkan meletakkan aircond di atas tingkap atau pintu gelangsar kerana akan menghalang pemasangan langsir bersaiz penuh yang mencantikkan dekorasi dalaman.
Dengan mengetahui dan mengikut panduan ini, anda dapat memastikan aircond berfungsi dengan lebih efisien, tahan lama, dan tidak menjejaskan penampilan rumah anda. Pastikan pemasangan dilakukan oleh pakar yang memahami keperluan teknikal dan estetika rumah anda.
Tip cuci tingkap cermin nako, jadi bersih dan berkilat. Ramai yang masih menggunakan tingkap jenis cermin nako di kediaman masing-masing. Tidak dinafikan, tingkap jenis ini mudah memerangkap habuk dan proses membersihkannya memerlukan masa dan kesabaran kerana agak rumit.
Kalau tingkap rumah sudah lama tidak dicuci, sebaik-baiknya ambil peluang membersihkannya sebelum tibanya bulan Ramadan memandangkan kerja ini memerlukan tenaga yang banyak.
Selain itu, kerja membersihkan tingkap cermin nako juga perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan, terutama pada bahagian tepi cermin yang tajam.
Untuk mendapatkan hasil cermin yang bersih berkilat, anda boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Menurut Zaza, untuk mencuci tingkap cermin nako, paling penting adalah bersabar dan buat dengan tenang. Jangan tergesa-gesa kerana boleh mendatangkan kecederaan jika tidak berhati-hati.
Zaza mencadangkan agar tingkap jenis ini dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali setahun, atau lebih kerap jika kelihatan kotor.
2. Basahkan kain lap dan titiskan sedikit sabun pencuci pinggan di atasnya.
3. Lap keseluruhan permukaan tingkap termasuk bingkai besi dan grill. Jika kain sudah kotor, bilas dan ulang proses mengelap sehingga bersih.
4. Setelah semuanya selesai dibersihkan, sapukan sedikit minyak pelincir pada bahagian engsel atau besi supaya tingkap tidak berkarat dan mudah digerakkan. Jika tiada minyak pelincir, minyak masak juga boleh digunakan sebagai alternatif.
5. Hasilnya, cermin tingkap akan kelihatan bersih berkilat, manakala bingkai besi juga bebas kotoran. Selamat mencuba!
Membersihkan tingkap cermin nako memang memerlukan kesabaran, ketelitian dan tenaga, namun ia penting untuk memastikan kediaman sentiasa bersih dan selesa. Kerja pembersihan ini sebaiknya dilakukan secara berkala, sekurang-kurangnya setiap enam bulan.
Dengan menggunakan sabun pencuci pinggan, kain lap dan sedikit minyak pelincir atau minyak masak, tingkap bukan sahaja akan kelihatan berkilat malah juga lebih mudah dibuka dan ditutup serta tahan lebih lama tanpa masalah karat. Lakukan dengan berhati-hati agar keselamatan diri terjaga sepanjang proses pembersihan.
Wanita jumpa bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu, ini tip ‘halau’ cicak. Sebuah insiden menjijikkan telah mencetuskan kemarahan warga maya apabila seorang pelanggan menemui seekor cicak mati dalam makanan yang dibelinya.
Kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan di Bayan Baru itu telah mengundang perhatian ramai selepas mangsa memuat naik video pengalaman pahit tersebut di media sosial.
Dalam klip video yang dikongsikan pengguna TikTok @alisha.azni kelihatan bangkai cicak terperangkap dalam pisang goreng tiramisu yang telah dibeli dan dibungkus dalam bekas kertas.
Situasi yang tidak disangka-sangka itu bukan sahaja mengganggu selera, malah menyebabkan pelanggan terbabit mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di dua klinik berbeza.
Menurut Alisha, pengalaman itu amat mengecewakan memandangkan pihak penjual langsung tidak menunjukkan keprihatinan apabila aduan dikemukakan. Malah, keadaan sekitar premis yang berbau tidak menyenangkan turut menimbulkan keraguan terhadap tahap kebersihan yang diamalkan.
“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng. Hati-hati kedai pengotor tak bertanggungjawab.
“Keracunan makanan atau kehilangan nyawa sebab teracun kena tanggung sendiri sebab penjual tak kisah asalkan untung.
“Saya kongsi untuk orang ramai hati-hati bila makan, jijik kedai ni. Dah lah bau longkang keliling kedai. Penjual tak peduli langsung bila kita bagitahu dekat dia. Saya dah pergi dua klinik. Dari 29 Mei keracunan makanan, sampai sekarang tak baik,” katanya.
Susulan kejadian itu, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa loya dan turut menyarankan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap premis terbabit. Ada yang mencadangkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang.
Seorang pengguna menulis, “Ini bukan kes kecil. Cicak dalam makanan bukan boleh buat main. Wajib buat laporan kepada jabatan berkaitan supaya mereka lebih bertanggungjawab.”
Ada juga yang menegaskan tujuan laporan bukan untuk menjatuhkan perniagaan peniaga, sebaliknya memberi kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Kesimpulannya, kejadian sebegini sepatutnya membuka mata semua pihak, baik peniaga mahupun pengguna. Bagi peniaga, kebersihan bukan sahaja satu kewajipan moral tetapi tanggungjawab undang-undang. Manakala bagi pelanggan, sebarang pengalaman yang membahayakan kesihatan tidak wajar didiamkan demi keselamatan orang lain.
Berikut dikongsikan tip untuk ‘menghalau’ cicak di rumah supaya cicak tidak mencemarkan makanan di rumah:
1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita. Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada langsung.
2. Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:
*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.
*Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.
*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak kelihatan cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa menyusun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sentimeter dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.
5. Elakkan suka melonggok barang-barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semua barang supaya teratur di tempat khas untuk setiap barang-barang.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran:
250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik Dettol
*bertujuan mengelakkan cicak melintas di atas meja makan/kaunter kabinet dapur.
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun car aini tidak digalakkan untuk mereka yang penggeli cicak.
10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.
Serangga tidak suka kawasan yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas.
Menggantung bingkai gambar di dinding rumah selalunya memerlukan kita menggunakan paku dan perlu menebuk lubang pada dinding. Ini mungkin mengganggu, terutama sekali jika anda tinggal di rumah sewa atau tidak mahu merosakkan dinding yang cantik.
Jangan risau! Terdapat beberapa trik yang boleh anda cuba untuk menggantung bingkai gambar tanpa perlu menggunakan paku atau menebuk lubang.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
IMPIANA : Lepas ni anda boleh menggantung bingkai gambar dengan mudah tanpa perlu risau tentang merosakkan dinding rumah. Selamat mencuba!
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.