Beli ‘rumah hantu,’ pemilik buat renovasi sampai jadi lawa. Ramai orang akan berfikir dua kali sebelum membeli rumah terbiar yang digelar ‘rumah hantu’, namun bagi seorang individu yang berani mengambil risiko, keputusan untuk memiliki rumah lama yang menyeramkan itu ternyata membuahkan hasil luar biasa.
Beli ‘Rumah Hantu,’ Pemilik Buat Renovasi Sampai Jadi Lawa
Namun, di tangan pemilik baharu yang kreatif dan komited, rumah itu kini berubah wajah sepenuhnya hasil proses renovasi menyeluruh. Transformasi yang dilakukan bukan sekadar kosmetik, malah turut melibatkan pengubahsuaian struktur dan sistem asas rumah seperti pendawaian, saliran dan lantai.
Pemilik rumah tersebut turut berkongsi proses renovasi di media sosial, menarik perhatian ramai netizen yang kagum dengan perubahan drastik yang dilakukan. Ramai yang memuji keberanian dan ketekunan pemilik dalam menghidupkan semula rumah lama itu.
Siapa sangka ‘Extension Plug’ juga boleh menyebabkan kebakaran di kediaman anda.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
Apartmen 1,000kps Berubah Wajah, Inspirasi Konsep Modern English Anggaran Kos RM60k! Cantik dekorasi rumah apartment 3 bilik berkeluasan sederhana 1000kps milik Razlina Natasha Roslin ini.
Apartment yang asalnya kosong, berubah wajah dengan citarasa pemilik dan penataan pereka dalaman yang berpengalaman dalam menghias kediaman berkonsep Modern English.
Ilustrasi 3D Images Konsep Modern English
Menurut pemilik, inspirasi idea dalam menghias rumah diperolehi daripada laman sosial bahkan konsep Modern English yang menjadi pilihan pula adalah konsep yang menjadi idaman hatinya sejak dari zaman remaja lagi.
Kerja-kerja renovasi dan ubahsuai kediaman ini hanya mengambil masa selama 3-4 bulan dengan anggaran kos RM60,000. Antara yang dilakukan seperti menukar lantai jubin kepada lantai SPC, meluaskan dapur dengan memecahkan bahagian ‘yard’, membuat kabinet dapur, plaster ceiling, wiring, piping, memasang batten wall, wainscoting, tiang partition, kabinet TV , cat dinding dan sebagainya.
“Bagi saya sebagai pemilik, rumah bukan sekadar tempat berteduh atau tinggal. Ia adalah satu aset penting yang memberikan keselamatan, ketenangan, dan kestabilan hidup kepada keluarga saya. Rumah merupakan tempat saya dan ahli keluarga membina kehidupan, berkongsi suka duka, serta mencipta kenangan berharga. Ia juga melambangkan hasil usaha dan pencapaian saya dalam kehidupan,” jelas Razlina.
Dekorasi rumah memberi makna tersendiri dan ia merupakan cerminan peribadi bagi penghuninya. Bagi pemilik perkara yang menjadi keutamaan dalam dekorasi rumah ialah ia mempu memberi ketenangan, kekemasan dan keselesaan untuk didiami.
“Bagi saya sebagai pemilik, aspek yang menjadi keutamaan dalam membina rumah adalah ketenangan, kekemasan, dan keselesaan. Saya mahukan sebuah rumah yang memberikan ketenangan jiwa setiap kali melangkah masuk, satu ruang yang mampu meredakan tekanan selepas seharian bekerja. Kekemasan pula penting bagi saya kerana ia mencerminkan suasana yang teratur dan menyenangkan untuk didiami.
“Selain itu, keselesaan adalah aspek utama yang saya titikberatkan kerana rumah seharusnya menjadi tempat perlindungan yang selesa untuk seisi keluarga menjalani kehidupan harian dengan harmoni,” jelas lagi Razlina yang menjadikan ruang tamu dan ruang makan sebagai ‘favorite spot’ bagi dirinya serta merancang untuk melakukan renovasi pada bilik air masa akan datang.
IMPIANA suka dengan idea pemilihan meja bulat untuk ruang makan ini. Ia menjadikan ruang makan lebih luas dan menjimatkan ruang yang ada.Begitu juga pemilihan warna cat dinding rona Macchiato yang tampak cukup cozy, melengkapi dekorasi interior keseluruhan kediaman. Sederhana namun selesa, sedap mata memandang.
Nama pemilik: Razlina Natasha Binti Roslin
Usia Kediaman: 9 bulan (September 2024)
Konsep Hiasan Dalaman: Modern English
Lokasi: Pulau Pinang
Keluasan Kediaman: 1000 Kps
Nama Pereka ID: Aei Builder’s
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM60k
Jenis Kediaman: Apartment
Spesifikasi Ruang Kediaman: Ruang Tamu, Dapur , 3 bilik tidur, 2 bilik air, balkoni
IMPIANA: Semoga perkongsian dekorasi apartment berkeluasan 1,000kps konsep Modern English ini menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain dalam menata hias ruang rumah.
Siapa kata dapur cantik mesti mahal? Dengan bajet sederhana dan kreativiti, dapur impian boleh direalisasikan tanpa perlu berbelanja besar. Berikut adalah beberapa langkah ubah suai kecil yang boleh memberikan impak besar kepada ruang dapur anda.
Kabinet lama yang masih kukuh boleh diberi nafas baru dengan cat semula. Pilih warna cerah seperti putih atau pastel untuk memberi ilusi ruang yang lebih luas dan bersih.
Pemegang kabinet yang baru boleh mengubah penampilan keseluruhan dapur. Pilih reka bentuk moden atau klasik mengikut tema dapur anda.
Pelekat vinyl dengan corak menarik boleh digunakan sebagai ‘backsplash’ untuk menambah elemen visual tanpa perlu jubin sebenar. Ia mudah dipasang dan ditanggalkan.
Rak terbuka bukan sahaja menjimatkan ruang tetapi juga memudahkan akses kepada peralatan dapur harian. Susun dengan kemas untuk mengekalkan estetika.
Tambahkan lampu LED di bawah kabinet atau lampu gantung untuk menerangi kawasan kerja dan menambah suasana yang selesa.
Aksesori seperti pasu kecil, papan pemotong kayu, atau bekas rempah yang seragam untuk menambah sentuhan peribadi dan kehangatan pada dapur.
Dengan langkah-langkah ubah suai kecil ini, dapur anda boleh kelihatan lebih segar, moden, dan berfungsi tanpa perlu berbelanja besar. Kreativiti dan perancangan yang bijak adalah kunci untuk mencapai dapur idaman bajet rakyat.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.