Pernahkah anda mengalami situasi di mana lantai jubin rumah tiba-tiba meletup atau tercabut tanpa sebab (tile popping).?
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, kebiasaannya fenomena ini terjadi selepas beberapa tahun rumah siap dan lebih kerap berlaku jika menggunakan mozek yang bersaiz besar. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja merosakkan estetika rumah, tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaan.
Jubin
Terdapat beberapa sebab kepada fenomena ini antaranya :
1. Tanah di tapak rumah mendap.
2. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
3. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
4. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.
Ini Cara Penyelesaian!
Cara untuk memperbaikinya adalah membongkar papan jubin yang telah dipasang. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane.
Ads
Cara mencegah:
– Pastikan pemasangan jubin dilakukan oleh kontraktor yang berpengalaman.
– Gunakan jubin berkualiti tinggi dan pelekat jubin yang sesuai.
Ads
– Sediakan ruang untuk pengembangan jubin (grouting yang mencukupi).
– Elakkan perubahan suhu yang ekstrem atau beban berat di atas jubin.
– Jika jubin telah meletup, langkah terbaik adalah memanggil tukang untuk memeriksa keadaan lantai dan menggantikan jubin yang rosak.
Ada benarnya keluasan rumah kecil atau besar bukanlah penentu kebahagiaan. Dekorasi rumah ikutlah kemampuan yang ada asalkan selalu kemas dan dapat membuatkan kita rasa tenang apabila berada di rumah sendiri. Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat apabila ingin menghias rumah sendiri.
Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tip nak deko dan mengemas rumah.
Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.
Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-
1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.
2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.
Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.
Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot. Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.
Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha. Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim . Dalam setahun lebih juga dia simpan.
Waktu tu kami beli:-
– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Dan adalah beberapa barang lain.
Setel 1 bab..
April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting. Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla. Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam.
Tapi kalau taknak buat, abaikan.
Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.
Tapi…
Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni. Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..
Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.
Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka. Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang.
Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.
Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya. Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.
Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.
Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagiaan. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.
IMPIANA: Setuju dengan apa yang dikongsikan ini. Rumah saiz kecil atau besar bukan penentu bahagia. Dekolah rumah dengan cara kita sendiri, apa yang kita suka. Paling penting keadaan rumah bersih dan kemas, baru lah tenang di rumah sendiri.
Bila tabung gas di rumah anda mengalami kebocoran, keadaan ini boleh menjadi sangat berbahaya dan memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan risiko kebakaran atau letupan.
Segera matikan semua sumber api dan alat elektrik di sekitar area kebocoran untuk menghindari percikan yang bisa menyulut gas. Jangan gunakan pencucuh api atau mancis dan elakkan menggunakan suis elektrik.
Buka pintu dan tingkap untuk mengalirkan udara segar ke dalam rumah. Pengudaraan yang baik sangat penting untuk menghilangkan gas yang terperangkap di dalam ruangan, mengurangi risiko gas mencapai titik nyala.
Gunakan sabun dan air untuk mengesan titik kebocoran pada tabung gas atau regulatornya. Sapukan campuran sabun ke seluruh permukaan tabung dan perhatikan jika ada gelembung udara yang menandakan adanya kebocoran.
Jika anda dapat mengesan titik kebocoran dan adalah selamat untuk mendekatinya, tutup regulator atau valve tabung gas untuk menghentikan aliran gas. Ini akan mencegah lebih banyak gas keluar dari tabung.
Pastikan tabung gas berada jauh dari sumber panas atau api. Letakkan tabung di luar rumah di tempat yang sejuk dan berangin sambil menunggu bantuan.
Segera hubungi pakar gas atau perkhidmatan kecemasan seperti jabatan bomba untuk memeriksa dan mengganti tabung gas tersebut. Jangan mencuba untuk memperbaiki kebocoran sendiri jika anda tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.
Elakkan menggunakan peralatan elektronik termasuk telefon bimbit di dekat area kebocoran karena boleh mencetuskan percikan.
Lakukan pemeriksaan rutin pada seluruh sistem gas anda termasuk tabung, regulator, dan selang untuk memastikan tiada kebocoran dan semua komponen dalam keadaan baik.
Memang bahaya renjatan elektrik akibat pemanas air, boleh menyebabkan nyawa terkorban. Ramai yang mula risau untuk menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah kerana tragedi sebegini. Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan?
Sebenarnya tak perlu risau dan ia selamat digunakan selagi mana pemasangan alat pemanas air ini dilakukan oleh individu yang berpengalaman, selalu diselenggara dengan baik serta pendawaiannya telah mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Menerusi perkongsian oleh GeneralWorker_Repair&DIY ada menerangkan mengenai punca renjatan elektrik ini boleh berlaku.
Banyak sebab, antaranya wiring tak bagus, wire hijau(bumi) ada masalah, tercabut ke, putus ke atau langsung tiada. Boleh jadi juga ELCB dah keras rosak, tak boleh cut off elektrik bila ada kebocoran elektrik. Keras biasanya sebab dah lama, lebih 20 tahun.
Ada arus elektrik biasanya dari pemanas, bocor mengalir melalui air, kena pada badan kita. Ingat, air boleh mengalirkan arus elektrik.
Paling cepat, tutup suis heater (biasanya lampu merah) dekat luar bilik air.
Suis ni akan putuskn wire L dan N serentak.
Atau turunkn suis utama dalam kotak db.
Dekat shower pun ada ELCB. Suis shower yang biasa ada kat luar bilik air.
Tapi kebanyakan kita, panik mengatasi segalanya..itu realiti. Jadi sebab tu, disarankan untuk tekan ELCB pada shower heater atau db box setiap bulan sebagai maintenance.
Menerusi perkongsian daripada Jurutera Elektrik Encik Rasidi Din ini, yang turut mempunyai syarikat elektrik sendiri ini ada kongsikan langkah keselamatan pendawaian alat pemanas air mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Kita usaha buat wiring waterheater ikut Spesifikasi selamat Suruhanjaya Tenaga. Selebihnya serah pada Allah.
Antara spesifikasi Suruhanjaya Tenaga untuk pendawaian waterheater @ pemancur Air Panas (GP/ST/no.6/2016)
1. Penggunaan Wajib cable bersaiz minima 4.0mm.
2. Penggunaan RCCB berkepekaan 10mA unt keselamatan pengguna.
3. Menggunakan hose paip PVC@plastik sepenuhnya tanpa unsur besi@chrome.
4. Penggunaan suis dwikutub 20A terus kepada waterheater tanpa sebarang Socket / Plugtop 13@15A.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin memasang alat pemanas air di rumah pastikan ia dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman, malah selalu diselenggara dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku ‘kebocoran’ elektrik pastikan lakukan langkah keselamatan terlebih dahulu.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.