Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa! Atas pelbagai faktor lokasi rumah juga memainkan peranan dalam menentukan harga sesebuah kediaman. Di lokasi tengah bandar rumah yang bersaiz kecil mungkin sama nilainya dengan harga rumah yang bersaiz sederhana di pinggir bandar.
Pilihan rona kontras gelap dan cerah, perletakan perabut dan susun atur kediaman yang sempurna melengkapkan keindahan konsep kediaman ini. Siapa sangka ia adalah dekorasi di rumah pangsapuri/flat yang hanya berkeluasan 753kps, namun ia nampak lebih luas dan tak sempit!
Meskipun rumah bersaiz kecil dan terhad pemilik tetap menghias cantik kediaman supaya lebih selesa untuk didiami sekeluarga mahupun tetamu yang datang bertandang. Pemilik rumah bijak membahagikan ruang dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi di rumah.
Perkongsian ubahsuai kediaman dan dekorasi rumah flat milik Puan Nur Baizura ini boleh dijadikan inspirasi bagi yang memiliki rumah bersaiz kecil.
Jual rumah teres di Nilai, Negeri Sembilan. Tapi cuma dapat beli balik, rumah flat di Shah Alam keluasan 753kps, 3 bilik tidur, 1 bilik air.
Alhamdulillah, setahun dah berlalu sejak pindah masuk rumah ni. Pernah menyewa, berhijrah negeri orang, pindah randah, ujian anak sakit, berniaga tapi tak menjadi, suami tukar kerja dan akhirnya pulang ke tempat asal.
Dapat berteduh dan bina balik sikit-sikit untuk keselesaan anak-anak dan tetamu yang datang.
Proses Renovasi Rumah
Ads
Selepas Ubahsuai & Dekorasi Rumah
1.Pemilihan rona hijau lumut dan putih sebagai kemasan dinding dan pemasangan track light LED di ruang tamu serta ruang makan menambah seri pada ruang ini.
2. Full Height cabinet di bilik tidur dan penggunaan ‘Peg Board’ sebagai fungsi hiasan dan menggantung barangan supaya lebih kemas.
Ads
3. Ruang Dapur dengan ‘full height cabinet’ dan kemasan ‘glass door’ memaksimumkan penstoran.
4. Pemasangan ‘sliding door’ kaca sebagai pembahagi ruang dapur dan ruang tamu. Rak terbuka aluminium rona hitam nampak cukup ‘solid’ dan teratur, berfungsi menempatkan pelbagai bahan makanan kering, peralatan elektrik dan perkakas dapur.
Ads
5.Ruang ‘laundry’ dibina bertingkat dengan kemasan lantai jubin bagi ‘memisahkan’ ruang dapur.
6. Simple! Jubin rona kelabu dan putih dengan aksesori ‘shower & bidet’ rona hitam menaikkan seri bilik air.
IMPIANA: Memang cantik dah kemas hasilnya transformasi ubahsuai dan dekorasi pada rumah flat berkeluasan 753kps ini. Semoga menjadi inspirasi buat kediaman bersaiz kecil yang lain.
Tertarik dengan kediaman milik Norfarahin Binti Amirullah dan suami Mohamad Amirul Bin R Azmi yang dikongsikan di media sosial. Hanya bermodalkan 40k sahaja dapat miliki dekor rumah yang sempurna dan lengkap. Pemilihan warna cukup tenang dan mendamaikan membuatkan ramai terpukau.
Sebelum : Ruang Tamu
Kediaman jenis teres dua tingkat ini mendapat nafas segar oleh sentuhan suami beliau. Mempunyai kepakaran dalam mendekor dan membuat wall panel ini memberi satu kelebihan kepada Mohamad Amirul untuk menghias rumah milik peribadi pasangan ini.
Wall panel yang dipilih dengan warna industrial Blue dari cat jenama Jotun ini cukup sempurna untuk dinding tumpu yang dijadikan pilihan. Rona lembut dengan padanan putih membuatkan ia lebih menyerlah dalam gaya tersendiri.
Perabot putih menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Impak luas membuatkan ia kelihatan lebih sempurna dengan kombinasi warna pada wall panel tersebut.
Rumah ni 90% hasil tangan husband sy, dari wall panel deco, cat, pemilihan perabot, diy perabot, kitchen island dapur semua husband buat sendiri
Ruang dapur juga mendapat sentuhan yang cukup menarik dan sempurna. Bila kabinet pasang siap menjadi pelengkap dalam ruang dapur ini. Kabinet dapur yang dibina dengan bentul L ini memberi keselesaan untuk isteri tersayang bila berada di ruang ini. Bila bertanya ruang ini turut di beri nafas oleh suami ke? Jawap Puan Norfarahin “pemilihan warna saya sendiri, sebab dapur is my territory”.
Sebelum: Dapur
Pasangan ini mengambil masa juga untuk menyiapkan dekor kediaman mereka kerana mempunyai tempahan dari pelanggan untuk wall panel .
Dalam sebulan jugak sebab sambil-sambil, kalau ada job deco yang kami perlu siapkan kami stop dulu deco rumah sendiri untuk fokus rumah customer
Minat dalam dekor ini membuatkan mereka dapat menzahirkan sebuah rumah dengan dekor yang menjadi idaman. Pemilihan warna cukup penting dalam menaikkan aura sesuatu ruang itu.
Ramai beranggapan untuk menghias rumah memerlukan tenaga kerja yang ramai, kalau yang membantu itu sanak saudara mungkin upahnya belanja makan dan minum selepas siap segala kerja deko tetapi lain pula halnya kalau kita mengupah pihak lain untuk membuat pemasangan, perlunya membayar kos tenaga kerja dan pelbagai lagi kos tambahan.
Lain pula kisahnya dengan seorang pemilik rumah jenis teres dengan kapasiti 4 bilik dan 2 bilik air iaitu En Zaidi Manaff yang menetap di Beserah, Kuantan yang mana beliau lebih suka untuk menatarias kediamannya seorang diri mengikut citarasa dan kegemarannya.
Untuk mengisi masa lapang, dia banyak merujuk laman web dekorasi rumah dan gabungkan dengan ilhamnya yang tersendiri. Selain itu, pemilik kediaman ini hanya memilih konsep hiasan minimalist berikutan masih belum mendirikan rumah tangga dan suka dengan tema yang simple serta tidak serabut.
Menurut perkongsian gambar daripada tuan rumah, penulis amat terkejut dengan hasil dekorasi rumah ini kerana setiap ruang kediaman tidak dibiarkan kosong tanpa hiasan. Daripada ruang parkir hadapan rumah hinggalah ke dapur, ada sahaja idea bijak pemilik untuk mencatikkan rumah.
Dari porch, pemilik banyak meletakkan tumbuhan segar dan juga sebuah bangku untuknya berehat sebentar sebelum masuk ke rumah atau memakai kasut sebelum meninggalkan kediaman. Pemilik nampaknya seorang yang amat sukakan material asas kayu kerana di ruang tamu pemilik banyak menggunakan perabot kayu seperti sofa kayu, tv kabinet dan juga kemasan lantainya bercorak urat kayu dipasang dari ruang tamu hingga ke dapur.
Bahagian hallwaynya tidak dibiarkan kosong selepas ditampal dengan wall sticker foam bercorak batu-bata dan serinya ditambah lagi dengan menggantung frame gambar. Walaupun bujang, itu tidak bermakna dapurnya dibiarkan begitu sahaja, terdapat sebuah meja makan 6 tempat duduk untuk beliau dan tetamu dan juga meja kaunter.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kreativiti dalam diri perlu ada dan penting untuk kita semua, lagi-lagi bila nak deko rumah bukan? Banyak contoh-contoh design yang kita boleh lihat dan ambil dari Google untuk menjadikan rumah kita cantik dan lawa. Bila dah jumpa banyak sangat design yang lawa, macam-macam idea ada, kita akan jadi keliru hendak mula mana satu. Di sini, saya akan cerita atau memberitahu tips-tips untuk meng-deko rumah menjadi gempak. Tetapi, janganlah sampai mengubah kesemua konsep dan rupa di dalamnya pula ya.
Pilih warna cerah untuk dinding di rumah anda.
Pemilihan warna dinding di rumah haruslah kita ambil warna yang cerah atau lembut. Ini kerana warna tersebut dapat membuatkan ruangan dalam rumah kita menjadi lebih luas. Dalam hal lain pula, warna cerah boleh mewujudkan suasana yang harmoni terhadap kediaman anda. Bila dikatakan warna cerah, tidak semestinya kita kena pilih warna putih. Warna peach atau hijau cerah, juga boleh. Dari aspek lain pula, mengambil warna cerah akan sentiasa menampakkan rumah kita nampak lebih bersih.
Bermain dengan tanam-tanaman atau kehijauan dalam kediaman kita.
Banyak yang kita jumpa di Google atau mana-mana laman sosial, untuk menceriakan rumah kita haruslah pandai dan bijak dalam membeli perabot rumah. Akan tetapi, kita boleh juga menggunakan tanaman-tanaman palsu untuk menampakkan keserian rumah kita. Kita boleh beli beberapa pasu-pasu bunga atau pokok-pokok, kemudian hiasi di sudut-sudut rumah kita. Cara lain pula, kita boleh membeli rumput-rumput palsu kemudian letakkan di mana-mana kawasan lantai yang ada di rumah kita. Rumput palsu tersebut, mungkin boleh digunakan untuk lap kaki kita. Tambahan lagi, tumbuhan-tumbuhan yang boleh digantung, kita gantungkannya di kawasan Lorong yang ada di rumah kita. Haaa, barulah nampak macam masuk ke dalam dunia fantasi. Boleh juga, kita sediakan satu rak asing dalam rumah kita, kita susunkan pasu-pasu yang ada tumbuhan atau bunga di atas rak tersebut. Tapi pastikan rak tersebut diletakkan di sudut atau tempat yang menarik pandangan apabila tetamu hadir ke rumah anda.
Baiklah, itu sahaja perkongsian yang saya dapat memberikan untuk anda semua tentang tips untuk menyerikan atau menceriakan dalam rumah anda.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.