Rumah lelong, selalu kita tengok pada papan tanda iklan di tiang-tiang lampu, tepi jalan atau di rumah itu sendiri. Nampak macam murah dan tak percaya sebab ada sesetengahnya berada di tengah-tengah bandar.
Jangan mudah terpengaruh dan mula bandingkan dengan harga rumah yang baru siap dibina dengan harga rumah lelong. Kena faham betul-betul. Takut nanti kita yang rugi.
Ada beberapa faktor dan perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum nak beli rumah lelong. Inilah yang diterangkan oleh Dr Ahmad Samhan dalam perkongsiannya.
Rumah Lelong, Tinjau Dan Kaji
6 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH LELONG
1. Duit Deposit Lesap
Ada dua jenis lelongan di Malaysia yang wajib tahu:
1)Loan Agreement Cum Assignment (LACA) – Ia bermaksud lelongan yang diuruskan oleh bank bagi hartanah tanpa individual atau Strata Title.
2)Non-LACA – Ini pula lelongan non-LACA diuruskan oleh High Court (Mahkamah Tinggi) bagi hartanah yang ada individual atau Strata Title.
Baki daripada keseluruhan harga rumah LACA perlu diselesaikan dalam masa 90 hari selepas bidaan yang berjaya. Manakala non-LACA dalam masa 120 hari.
Rumah lelongan LACA perlukan meletak 5% deposit, manakala bagi jenis non-LACA 10% deposit.
Ads
Jadinya, untuk beli rumah lelong kita perlu ada duit deposit dan perlukan peguam yang berpengalaman uruskan rumah lelong. Sebab kita terikat dengan masa untuk pastikan pinjaman kita dikeluarkan oleh bank pada bank pelelong.
2. Beli Rumah Mahal
Sebelum masuk bidding kena lihat/study dulu bakal rumah yang dilelong. Tahu berapa harga ‘market value’, barulah kita tak bidding membuta tuli. Orang naikkan harga bidding, kita lawan.Tapi tak tahu nak lawan sampai mana. Akhirnya kita beli rumah tu dengan harga lagi mahal dari market value. Itu belum masuk kos repair, kos guaman, kos bil tertunggak, takutnya lagi rugi teruk.
3. Merisik Dulu Sebelum Meminang
Rumah leong tak datang sekali dengan vacant possession. Dan boleh jadi penyewa yang menyewa dengan owner sebelumnya masih lagi menetap kat situ.
Kalau ikut undang-undang Malaysia, untuk menghalau keluar orang daripada rumah kita, kena ada bukti yang kita pemilik rumah tu terlebih dulu. Boleh upah peguam untuk beri notis kepada penyewa tadi untuk kosongkan rumah. Kalau tak keluar jugak, barulah boleh apply untuk court order.
Sudah tentu cara terbaik adalah untuk bercakap dan berbincang dulu dengan penyewa tadi. Boleh jadi penyewa ni akan faham dan mereka akan tinggalkan rumah tu dengan rela hati. Mungkin jugak mereka nak meneruskan menyewa di situ. Dan kalau kitamemang plan nak sewakan, bawalah berbincang untuk tetapkan kadar sewa yang baru.
Ads
4. Bil Tertunggak
Ini termasuk bil air, bil elektrik, bil maintenance, cukai taksiran, cukai tanah dan banyak lagi. Kos ni semua (kalau yang bertunggak bertahun-tahun lamanya) boleh cecah lebih RM10,000.
Untuk elakkan masalah macam ni berlaku, kita boleh pergi semak dulu segala bil tertunggak yang ada ni dekat pejabat-pejabat utiliti yang berkenaan.
5. Kos Repair
Kos repair jugak perlulah diambil kira sekali bila kita nak beli rumah lelong ni. Rumah yang rosak teruk dan tak dijaga boleh memakan belanja repair yang besar.
Kos repair ni pulak kadang-kadang boleh jadi lebih besar daripada duit deposit 10% yang kita keluarkan.
Pergi melawat dulu rumah tu sendiri dan tengok kalau-kalau ada sebarang tanda kerosakan yang teruk.Buat anggaran berapa total kos untuk repair barulah kita tahu nak anggarkan limit harga untuk bidding nanti.
6. Kaveat
Kaveat ni ringkasnya adalah notis yang sah dari segi undang-undang untuk menghalang proses jual beli hartanah.
Ads
Contoh:
Kalau satu rumah lelong tadi dimiliki oleh 2 pemilik dan salah seorang dari mereka letak kaveat dekat rumah tu untuk elak daripada rumah tu dijual.
Boleh jadi jugak, kaveat tu datang bila salah seorang daripada pemilik rumah tadi buat hutang dengan Ah Long dan letak rumah tu sebagai kolateral.
Ah Long tadi boleh letak kaveat untuk menghalang proses jual beli rumah tu tadi.
Pengalaman sendiri, awal-awal memang dah check status keveat. Bila dah menang lelong, rupanya owner lama dah ambil deposit untuk jual rumah ni. So,pembeli baru letak keveat. Memang leceh nak setel benda ni. Makan masa dan duit.
Kesimpulannya, harga rumah lelong memang murah, boleh cecah 30-40% below market value. Tapi banyak kos-kos tersembunyi. Kena tinjau dan kaji dulu rumah lelong yang kita target nak beli sebelum buat pembelian.
Masalah siling atau dinding bocor ini selalu membelenggu pemilik kediaman jenis bertingkat sama ada apartment atau kondo. Malah, masalah ini juga boleh menyebabkan konflik dengan jiran atas dan sebelah.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING. PENING!
Ketahui hak anda dalam situasi ini
Jika anda menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Hanya kerana ruang di kediaman terhad, tidak bermakna anda perlu korbankan fungsi dan praktikaliti. Pemilik kediaman kompak ini buktikan dengan perancangan dan reka bentuk yang tepat, “downsizing” bukanlah sesuatu yang wajar kit ahindari. Malah, keputusan berpindah dari rumah yang luas kepada yang lebih kecil telah memudahkan kehidupan seharian mereka.
Kucing jiran membuang hajat di laman rumah anda? Anjing jiran sepahkan sampah depan rumah anda? biasa lah, nama pun hidup berjiran. Memang tidak akan lari dari masalah bukan sahaja sesama manusia yang mempunyai akal, namun pada haiwan peliharaan nya juga.
Yang boleh tahan, ANDA HEBAT. Tapi, yang dah tak sanggup hingga menyebabkan kerosakan harta benda, ini perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri
Bila sebut hal hartanah, pastinya tidak boleh lari dari hidup berjiran. Hidup berjiran, pasti timbul isu haiwan peliharaan, kucing dan anjing terutamanya. Mungkin isu sensitif terhadap sesetengah, tapi penting untuk tahu. Saya cuba ringkaskan dan straight to the point.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – ANJING
Antara undang-undang di Malaysia yang menyebut tentang tanggungjawab Pemilik haiwan peliharaan (bagi pemilik anjing) adalah:-
Seksyen 6 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336): Jangan biarkan anjing peliharaan mengejar orang.
Seksyen 7 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyebabkan bahaya atau merosakkan harta benda.
Seksyen 8 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyerang atau menakutkan orang.
Jika biarkan juga dan didapati bersalah, boleh didenda RM100 jika jiran report polis.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – KUCING
Untuk kucing pula, undang-undang lebih umum iaitu Seksyen 80 dan 81 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Jika pemilik kucing biarkan si bulu mereka berkeliaraan dan berak merata (contohnya), dikira “kacau ganggu” dan jiran boleh report ke Pihak berkuasa tempatan.
HAK-HAK JIRAN UNTUK MENGADU
Jika jiran-jiran mendapati haiwan peliharaan menganggu mereka, sememangnya mempunyai hak untuk mengadu. Maka tanggungjawab adalah pada kita sebagai pemilik untuk memastikan si bulu dan si comel kita, tidak menganggu mana-mana pihak. Pelihara haiwan, dan Pelihara keharmonian kejiranan juga.. Maka jelas lah undang-undang berkait dengan haiwan peliharaan.
INFO TAMBAHAN DAN SELINGAN
Jangan kerana geram dengan haiwan peliharaan jiran, kita ambil tindakan sendiri, contohnya seperti pukul, kurung, atau lagi teruk racun haiwan tersebut. Tindakan ini dikira “Penganiayaan terhadap haiwan” dan salah di sisi undang-undang.
Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 – jika didapati menyakiti, mengurung, atau menyebabkan penderitaan tidak sepatutnya, boleh didenda minimum RM20K dan maksimum RM100K atau penjara maksimum 3 tahun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...