Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Ruang Masuk ke dalam rumahRuang Tamu
Ads
Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Bilik tidur
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Pintu ke ruang dapur dan dek belakang rumahDapur
Sebahagian ruang dapur
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
Ads
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Ruang santai di dek belakang rumah.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
Ads
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
Garage (digunakan untuk storage)Car port yang diubah menjadi ruang santai BBQ.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Baru- baru ini banyak kita membaca di laman media sosial tentang transformasi rumah kediaman jenis kampung. Bukan rumah kampung batu, tetapi rumah kampung tradisional yang berdiri teguh di atas bahan berasaskan kayu. Impiana menerima satu lagi perkongsian dari sabah di mana rumah pusaka yang dibina oleh moyang pemilik diubah suai menajdi sebuah kediaman berkonsepkan English cottage
Menurut pemiliknya iaitu En Asri Meris Anthony yang juga merupakan seorang pereka dalaman, rumah kampung ini pada asalnya milik Allahyarhamah nendanya yang terletak di Tuaran, Sabah dan diamanahkan kepada beliau untuk dijaga serta dikekalkan keindahannya.
“Teratak kecil ini ditatarias dengan konsep English Cottage dengan paduan rona turquoise serta putih krim”, ujar bapa anak dua ini.
Memilih tema warna putih krim pasti akan memberi cabaran yang besar kepada pemilik terutamanya untuk mengekalkan kebersihan memandangkan anak yang masih kecil dan lincah. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada pasangan. Langkah yang diambil untuk mengatasi isu tersebut, pemilik melatih dan menguatkan peraturan kepada semua ahli keluarga untuk makan hanya di dapur.
Kami kerap membuat eksperimentasi ke atas teratak kecil ini.. memandangkan kami adalah Interior designer, so kami gemar membuat perubahan dari masa ke semasa khususnya pada ruang tamu
Di bawah ini IMPIANA sediakan transformasi rumah tradisional Sabah yang didekorasi secara berperingkat. Pemilik rumah kampung tradisional lain boleh mencedok sedikit idea daripada artikel ini. Selamat mencuba.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sedar atau tidak, ada antara kita yang mempunyai masalah kaki berbau. Bau semerbak yang meloyakan ini bukan sahaja boleh memalukan diri malah juga membuat orang sekeliling tidak selesa.
Pasti ramai yang ingin tahu cara untuk mengatasi masalah besar ini kan? Terima kasih buat pengguna Facebook, Puan Iza Abu Bakar yang telah berkongsi satu petua yang mungkin berkesan menyelesaikan masalah kaki berbau. Mari kita semak.
TIPS HILANGKAN BAU KAKI MENYENGAT HIDUNG DENGAN TIGA BAHAN JER
Masalah kaki berbau ni ramai yang mengalaminya kan. Nak nak lagi kalau kaki tidak dijaga dan dicuci dengan betul. Sekali buka kasut, ooo mak aiii boleh pengsannn uuuiii.
Tapi jangan risau, korang boleh cuba tips ni. Ianya senang je nak buat. Ok, jom kita try.
BAHAN BAHAN :
1. Listerine
2. Cuka putih
3. Air
4. Besen
CARA CARANYA :
1. Mula mula korang ambil besen dan tuangkan Listerine. Kemudian masukkan sedikit cuka putih dan air. Pastikan kuantiti ni cukup untuk kita merendam kaki ye.
2. Lepas tu korang rendamkan kaki korang dalam besen yang berisi campuran tu lebih kurang 30 minit. Sesambil tu korang pun boleh layan lagu atau baca majalah.
3. Jika korang amalkan secara konsisten, in syaa Allah segala bau yang menyengat hidung, kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau dan bercagu tu akan hilang tau.
4. Yang bestnya kulit kaki korang akan lebih cantik dan sihat je. Haaa, baru la best sarung kasut kan.
Selamat mencuba ok.
Korang yang nak share, dialu alukan tau. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kengkawan yang ada masalah ni.
SUMBER : IZA ABU BAKAR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tahukah anda, asam jawa mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit.
Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh. Wow!
Meskipun begitu, asam jawa bukan hanya boleh digunakan untuk menyedapkan masakan tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan dan manfaat lain untuk kita. Jom baca perkongsian Puan Shahila ini.
NAK TAU MANFAAT ASAM JAWA?
Sebelum ni kita tau asam jawa kita tambah dalam masakan kan, sebagai penyedap rasa. Ada jugak yang suka buat minuman, lagi lagi yang selalu sakit tekak tu.
Tapi, rupanya asam jawa bukan setakat yang cikla nyatakan dekat atas tu, banyak lagi kebaikan dia terutama dalam kesihatan seisi keluarga.
Kegunaan yang paling popular adalah untuk menurunkan suhu badan anak yang demam.
Kalau yang ni memang betul, sebab cikla memang apply dekat anak cikla kalau diaorang demam.
Memang habis satu badan, start dari kepala, celah ketiak, pelipat kaki, badan semua cikla sapu dengan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Serius, memang cepat kebah panas badan dia.
Ada jugak yang buat cara ni untuk baby, iaitu ambil segenggam asam jawa lepas tu ramas dalam semangkuk air sebelum air tu dilumurkan atas kepala baby sambil berselawat.
Sama juga cara cikla tadi kan, cumanya cikla tala satu badan. Hihi. Biar cepat sikit turun panasnya.
Dalam masyarakat Melayu pulak, ada yang kata asam jawa boleh bantu melegakan rasa sakit akibat sengatan lipan atau lebah. Caranya, ambil 3 hingga 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Tumbuk biji asam jawa tu sampai halus.
First, sapukan minyak kayu putih tu pada tempat yang bengkak. Tapi, sebelum sapu tu bersihkan dulu kawasan bengkak dengan kain. Lepas dah sapu tu, baru taburkan atau tepekkan biji asam jawa yang dah ditumbuk tu pada tempat yang sama. InshaAllah, rasa sakit akan semakin berkurang.
Hurmm, kadang-kadang, petua orang lama ni memang berkesan kan, terutama untuk jenis yang ringan ringan. So, tak salah kalau kita nak mencubanya. Tapi, kalau sakit berlarutan elok jumpa doktorlah ye dapatkan rawatan lanjut.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...