Kreatif Suami Ain Edruce, Guna Kerusi Meja Makan Main ‘Roller Coaster’ Dengan Anak. Macam-macam cara yang ada sebenarnya untuk gembirakan anak-anak walaupun tanpa perlu keluar bermain di luar rumah. Yang penting kreativiti mak ayah dalam mencipta ‘permainan’ menggunakan apa yang ada di rumah.
Guna Kerusi Meja Makan
Dalam perkongsian di Instagram Story, pelakon dan pengacara Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 32 ada kongsikan video pendek, suaminya Muhammad Amirul Hafiz, 36 bermain ‘roller coaster’ dengan anak tersayang, Soraya, 3 menggunakan kerusi meja makan di rumahnya sambil menyaksikan skrin di televisyen.
Dalam video tersebut, Amirul duduk di atas kerusi sambil memangku soraya yang juga duduk di atas kerusi yang telah diterbalikkan. Amirul menggoyangkan kerusi mengikut ‘tune’ dan gerakan di dalam video ‘roller coaster’ di kaca televisyen. Memang kreatif! seperti menaiki ‘roller coaster’ sebenar. Soraya juga kelihatan teruja dengan pengalaman tersebut.
Ads
Terbaik pasangan ini, meskipun tinggal di kediaman mewah 2 tingkat berkonsepkan Moden Tropikal Bali dengan hiasan dekorasi dan susun atur yang cantik, namun ‘tak berkira’ dengan anak. Tak kisah menggunakan perabut di rumah untuk dijadikan ‘alat permainan’ yang boleh menggembirakan hati anak.
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Soraya,3.
Ads
IMPIANA: Memang kreatif, bermain dan gembirakan hati anak dengan menggunakan perabut yang ada di rumah. Tak terlalu ‘rigid’ untuk memastikan rumah mesti sentiasa tersusun dan teratur dan cantik macam ‘showroom’.
Bagi penggemar konsep Do it yourself atau DIY, .sudah pasti mereka mempunyai kedai atau tempat kegemaran untuk mencari barang-barang untuk projek DIY. Hos rancangan YouTube Buat Sendiri, Syaza berkongsi 5 tempat best untuk mencari barang-barang yang menarik dan berpatutan untuk menghasilkan projek DIY. Berikut merupakan antara kedai dan tempat pilihan Syaza.
1. Spotlight
Korang boleh dapatkan pelbagai jenis barangan menarik di sini!
2. Bunga reben
Terdapat pelbagai jenis reben dan tassels yang korang boleh dapati di sini yang akan membuatkan korang jadi lebih rambang mata.
3. Kamdar
Jika orang memerlukan kain untuk projek DIY korang, Korang boleh singgah di Kamdar.
4. Kedai pengantin/kedai jahit lama
Menurut Syaza, korang boleh dapatkan barang lama di kedai pengantin atau kedai jahit lama yang sudah tidak dapat diperolehi di kedai lain.
5. Kedai secondhand
Kedai secondhand merupakan antara kedai favourite kebanyakan penggemar DIY di luar sana. Korang boleh dapatkan barangan yang unik dan one of a kind yang akan menjadikan hasil DIY korang lebih menarik.
Jadi, apa korang tunggu lagi? Saksikan maklumat lebih lanjut di video di bawah
Hampir semua orang lebih selesa menggunakan papan pemotong yang berwarna putih tu kan? Kalau anda nak tahu material papan pemotong tersebut diperbuat dari plastik dan memang tahan lama, ringan dan mudah digunakan. Malangnya, ia mudah dilekati dengan daki dan kotoran bukan? Berikut ialah cara pantas yang dapat kita lakukan untuk membersih, memutihkan dan membunuh mikroorganisma di permukaan tersebut
Siapa kata susah? Hanya gunakan 3 bahan ini ;
Limau /Lemon
Baking Soda
Apple Vinegar
1) Potong limau/lemon mengikut kesesuaian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan lima/lemon yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau/lemon itu tadi.
6) Bersihkan menggunakan apple vinegar.
7) Sambung sental papan sampai puas hati!
8) BIla dah puas hati, bersihkan menggunakan air untuk dibilas. Settle!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebagai wanita kita sememangnya tidak dapat lari daripada menguruskan rumahtangga . Mencuci, kemas rumah, handle anak yang meragam, yang nak makan, yang menangis dalam satu masa memang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Kadang-kadang dek kerana terlalu banyak kerja yang kena buat dalam satu masa sehinggakan terlupa atau tidak sedar makanan yang dimasak hangit di atas dapur.
Nak dibuang sayang periuk masih baru dan elok. Kualitinya pun memamng terbaik. Sebenarnya tidak perlu buang pun periuk tersebut sebab ada cara mudah untuk bersihkan. Dalam masa 10 minit dah boleh setel semuanya.
Cara-cara
Letakkan periuk hangit di atas dapur. Buka api.
Kemudian masukkan air sehingga tenggelam kawasan yang telah hangit tersebut.
Masukkan sabun pencuci pinggan ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih perlahankan api. Lebihan air yang tersejat boleh lah dibuang.
Kemudian menggunakan sudu atau sudip buangkan bendasing hangit tersebut sehingga bersih.
Setelah siap, cuci periuk tersebut seperti biasa. Gunakan pencuci dan sental dengan gosok periuk.
Sumber: Kabita’s Kitchen
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...