Cantik Makeover Dekorasi Bilik Tidur Afwa, Sentuhan Modern English. Bertuah sungguh Muhamad Afwa Khalid, 3 yang juga merupakan anak kedua kepada penyanyi kesayangan ramai Dato Sri Siti Nurhaliza ini.
Makeover dekorasi dilakukan dengan sempurna pada bilik tidur si kecil ini dan siap sepenuhnya pada Julai 2023. Dihias dengan konsep Inggeris sentuhan moden menjadikan ruang beradu ini nampak segar, terang, lebih luas dan lapang.
“Alhamdulillah siap sepenuhnya deco makeover bilik anak kesayangan DK dan DCT. Alhamdulillah terima kasih Dato selalu beri kepercayaan pada team Lentera Creative Home untuk menata rias bilik Afwa,” ujar Amran Lentera Creative Home
Konsep English & Banyak Storage
Pereka Hiasan Dalaman yang dilantik daripada Lantera Creative Home cukup kreatif merubah wajah bilik anak lelaki kesayangan penyanyi ini. Ruang bilik dihias dengan konsep Inggeris sentuhan moden menjadikan ruang ini nampak lebih segar dan terang.
Ads
Menurut pereka, Dato Siti dan Datuk K inginkan bilik anak bujang mereka berkonsep Inggeris dan diberi sentuhan moden supaya lebih selesa dan banyak ruang penstoran.
“Konsep ini semua atas perbincangan bersama Dato K dan juga Dato Siti..ini la hasilnya konsep English. Kami ubahkan bilik ini menjadi konsep English White. Hasil dari perhincangan dengan Dato K dan juga Dato Siti yang inginkan bilik anak yang selesa dan banyak storage,” ujar Amran Lentera Creative Home
Penyanyi yang baru sahaja mengadakan Konsert Fenomena selama 2 hari di Star Theatre, Singapura baru-baru ini turut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kerana pereka berjaya merealisasikan bilik anaknya sebagainya yang diimpikan.
“Alhamdullillah,terima kasih @lenteracreativehome telah merealisasikan bilik Afwa dengan sentuhan lebih moden dan sesuai dengan keinginan saya dan suami .. Sebenarnya ibu yang terlebih excited ni,”ujar Dato Sri Siti Nuhaliza.
Ads
Bilik Berfungsi Praktikal
Memilih rona putih sebagai warna tema bagi keseluruhan ruang bilik. Bilik juga dibahagikan beberapa area seperti ruang bermain, ruang belajar, ruang santai, sudut bacaan serta mempunyai ruang simpanan barang yang banyak.Malah bilik juga dihias untuk jangka panjang sesuai mengikut pelbagai peringkat usia.
Ads
IMPIANA: Cantik, nampak kemas dan lapang. Semoga menjadi inspirasi bagi yang nak makeover bilik tidur untuk anak.
Dapur, ada apa dengannya? Semua orang kini memiliki dapur yang dibentuk hampir menyerupai di antara satu dengan lain. Cuma ikut tema dan warna sebab segalanya dah dibuat mengikut standart pembuatan sedia ada. Jadi apakah yang menjadikan dapur kita berbeza dari yang lain?
Mungkin ramai tidak perasan, jubin antara dua bahagian kabinet kii merupakan antara material yang sangat popular di kalangan pemilik kediaman yang jiwanya artistik. Tidak mahu nampak sama dan menghidupkan kabinet dapurnya dengan karakter jubin yang juga melambangkan personaliti mereka. Perancangan rapi perlu ada kerana itulah yang menjadikan rekaan dapur nampak hidup.
Pilihan moden namun masih ada seni tradisi di dalamnya. Tekstur mudah dicuci, tampil eksklusif dan pada masa yang sama mengimbau kita pada era 40an.Sesuai bagi anda yang tidak punya masa untuk ke dapur, tetapi masih mahu melaram sebah dapur yang cantik , kemas lagi tersusun.
Berbeza dari yang lain, jiwa bohemian yang bebas dan berani . Inspirasi dari timur tengah dengan warna dan corak yang tersendiri. Menjadikan sebuah dapur bukan sahaja medan untuk memasak, tetapi ruang mencetuskan inspirasi bagi sebuah karya seni tak kiralah resipi ke atau rekaan lain…
Masih lagi inspirasi dari zaman lalu, kesenian jubin Belanda yang cukup terkenal. Jika dahulu didatangkan dalam pelbagai warna, kini pelbagai rona urban boleh didapati bagi memberi satu sentuhan moden kontemporari. Awas biarpun hanya sebaris, coraknya sudah cukup lantang bagi sebuah dapur.
Satu lagi gaya sezaman tema Morrocan yang cukup popular. Palitan warna -warni di dapur menjadikan ruang dapur tampil cukup indah dan ada kemeriahan di dalamnya. Umpama feature wall yang cantik dan memukau pandang biar pun taklah seterang mana warnanya. Tema eksotik dari timur tengah sudah pun memasuki aliran antara bangsa. Corak bunga kita bila lagi ya?
Pilihan moden dengan permainan geometri . Masih lagi bermain dengan warna agar tidak bosan dan menguji fokus mata kita.. Jika mahukan kelainan dan gaya yang lebih muda, corak seumpama inilah yang perlu anda fokus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Sila lihat balik di dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat di mana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemas kini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.
Hal yang paling mencabar apabila bercakap tentang renovasi dapur ialah tentang ruang penyimpanan barangan. Rancang dengan bijak dan fikir secara kreatif agar anda dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sejajar dengan aktiviti.
Bina laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.
Dapur yang mesra kanak-kanak adalah impian para ibu. Untuk itu, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.
Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.
Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.
Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.
Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.
Pertimbangkan keluasan, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.
Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.
Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisien dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.
Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.
Cari atau wujudkan satu titik tumpuan dalam dapur anda supaya ruang kelihatan lebih menarik dan segar. Pasangkan jubin bercorak ataupun gunakan backsplash dengan warna yang menonjol.
Sediakan satu sudut untuk meninggalkan pesanan atau menulis senarai barangan untuk dibeli. Gantungkan papan putih kecil atau pegboard pada dinding kosong. Untuk langkah yang lebih dramatik, cat kan dinding dengan cat papan hitam. Pasti menarik!
Amalkan konsep 3R ; Reduce, Reuse, Recycle. Di samping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
Gunakan setiap inci ruang yang ada dengan bijak dan cermat. Pastikan kesemua kabinet mempunyai ruang penstoran yang banyak agar mudah anda menyimpan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan teratur dan rapi.
Untuk tip dan idea dekorasi yang lebih banyak dan lengkap jangan lupa dapatkan majalah IMPIANA EDISI OKT/DIS 2018 DI PASARAN SEKARANG.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.