Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang. Sungguh cantik dan menenangkan reka bentuk tiny cottage berkeluasan 420kps yang dibina atas bendang sawah ini.
Cat exterior dinding rona putih tersergam indah dengan kemasan shera plank menggamit mata sesiapa sahaja yang memandang. Begitu juga pagar putih rona senada, menambah seri melengkapi rumah kecil di bendang sawah ini. Reka bentuk kediaman persis rumah gaya Eropah di luar negara.
Tunai Hajat Arwah Suami
Ia merupakan kediaman milik Puan Shikin Hashim yang baru sahaja siap pembinaannya pada Mac 2023 yang lepas. Rumah ini dibina bagi menunaikan hajat arwah suami tersayang yang ingin membina rumah kecil sebagai persinggahan ketika balik ke kampung.
“Saya menunaikan hajat arwah suami yang ingin membina rumah di kampung halamannya sendiri. Pernah berbicara dengan arwah sebelum ini nak bina tiny house sahaja memandangkan hanya balik kampung sekali sekala. B this is our dream house..,” ujarnya.
Ads
Spesifikasi Ruang Kediaman
Rumah ini mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik air, anjung, dapur (pantri) dan ruang tamu. Dekorasi interior rumah pula dihias dengan cukup minimalis sesuai dengan rekabentuk dan keluasan rumah yang kecil.
Penggunaan Sofa Bed bagi menggantikan set sofa, bar kaunter sebagai alternatif kepada meja makan dapat menjimatkan ruang yang terhad. Malah pemasangan ‘Diamond mirror’ pula bukan sekadar dekorasi menyerikan kediaman malah memberi efek ruang lebih luas.
Kemasan lantai, pemilik menggunakan simen board dan kemasan SPC dan ruang backsplash menggunakan Jubin Fish Scale rona putih.
Ads
Bahagian luar rumah pula, mempunyai anjung kecil yang menempatkan set kerusi dan meja kopi. Pemilik dapat menghirup udara segar dan menikmati permandangan sawah padi yang luas terbentang sambil menikmati hidangan minum petang bersama keluarga tersayang.
Info Kediaman
Nama Pemilik: Shikin Hashim
Jenis Kediaman: Tiny Cottage
Lokasi: Kedah
Keluasan Kediaman: 420Kps
Ads
Siap Dibina: Mac 2023
Nama Kontraktor: Topweld93
Anggaran Kos: RM73k
Rumah: RM60K
Pagar:RM13K
Spesifikasi Ruang:
1 bilik tidur, 1 bilik air, anjung, dapur (pantri) & ruang tamu
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman yang berjaya merealisasikan rumah impian buat arwah suami. Semoga menjadi inspirasi bagi yang ingin membina rumah kecil sebegini juga.
Binaan taman kecil dengan keluasan kebun 3x4m yang dikelilingi batu-batu yang membuatkan ruang laman ini menyuntik aura semulajadi. Binaan atap yang dibina dengan kayu disisir rapi ini memberi pencahayaan telus ke ruang tersebut.
Taman kecil adalah tema rumah ini. Taman ini adalah teras untuk akses ke rumah dari jalan luar. Ruang makan juga terletak di luar yang berhampiran dengan tempat bersantai .
Jika anda pernah ke negara Jepun pasti pernah melihat bagaimana cara penempatan atau pola kediaman di sana. Di bandar Jepun, di mana rumah akan disusun sebaris jika di kawasan kecil, sukar untuk memperuntukkan ruang untuk taman. Pereka kediaman ini berusaha menyelesaikan kesulitan itu dengan merancang mekanisme perancangan perumahan.
Pertama, ruang dalam rumah dibahagikan kepada isipadu utama iaitu ruang tamu, dapur, dan ruang yang lain. Manakala sub volume untuk ruang lain dibina dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Rekaan unik ini mencipta ruang untuk taman membuatkan ia tampil lebih sempurna untuk sebuah kediaman. Kaedah binaan ini nampak mudah, tetapi mempunyai kesan sebaliknya iaitu bayangan bangunan untuk menggabungkannya ke sekitarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Bangunan dan taman bersatu menjadi sebahagian daripada pemandangan bandar.
Rumah-rumah di kedua-dua sisi dirancang dengan cara yang sama. Dengan itu ia membuatkan rumah berlaman kecil ini nampak lebih menonjol.
Boleh jadikan inspirasi!
Kredit:
Rumah KAKAMIGAHARA, JAPAN
Architects: Plan21
Gambar: Akira Ueda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sampai bila kita mahu mencari kediaman tradisi hanya untuk paparan hari raya . Realitinya kediaman tradisi kita semakin tenat dan menunggu masa menyembah bumi. Bagi yang masih punya, ayuh bermuafakat dengan waris yang ada sama-sama memelihara kediaman yang menjadi lambang keperibadian orang kita.
Orang kata bila memilih kratangan tempatan, rumah kita dah jadi macam resort. Itu tidak benar jika anda bijak menyesuai padan kerana kraf kita bukan sekadar letaknya pada konsep itu sahaja. Sebagai tuan rumah terutama anda yang sangat kreatif dan berjiwa terbuka dengan idea, tidak salah jika anda menggandingkan barangan tradisi dengan yang kontemporari.
Bagaimana agak caranya? Kita boleh bermain dengan warna. Misalnya anda gemarkan rona pastel, cari sahaja kraf yang mempunyai rona senada dengan konsep kediaman anda. Batik cop rona pastel misalnya begitu juga tudung saji yang kini didatangkan dalam warna yang cukup pelbagai.
Begitu juga anda yang memilih gaya urban atau moden dengan mendaulatkan rona putih dan rona besi tahan karat. Padankan sahaja dengan aksesori rona putih atau barangan tembaga atau perak yang kini didatangkan dengan potongan serba ringkas.
Bahkan tidak menjadi salah jika anda menggunakan kembali material seperti tikar mengkuang, buluh, porcelain , tempayan dan pelbagai lagi dalam rekaan kontempari. Bukan banyak, cukup 1,2 sebagai satu lambing sokongan kita pada hasil khazanah warisan bangsa.
Perliharalah barangan pusaka atau barangan lama biar pun sekadar sebiji kompang yang pernah anda main semasa remaja dahulu. Jika indo China atau oriental boleh memartabatkan aksesori mereka dalam cita rasa sezaman, kita juga mampu melakukan perkara yang sama. Mungkin para pereka professional juga perlu pro aktif dalam mencadangkan idea tata hias seumpama ini di kediaman Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman yang sempurna tidak semestinya bergantung pada saiz nya yang besar mahupun penggunaan bahan binaan serta perabot yang mahal. Tetapi cukup sekadar memenuhi keperluan pemilik dan juga selesa didiami.
Rumah moden yang terletak di negara Thailand ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Dengan keluasan lebih kurang 90 meter persegi, kediaman ini kelihatan cukup selesa dan lengkap serba-serbi.
Pemilihan rona kelabu untuk bahagian luar menjadikan rumah ini lebih moden dan trendy. Segala kemasan telah dibuat dengan teliti dan memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun ruang didalam masih belum di tatarias dengan sebarang perabot, rumah ini tetap nampak selesa dan sempurna.
Sumber : esanlumsing.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.