Jubin Lantai Kusam Bercapuk Kembali Cantik Berseri Guna Cat Epoxy, Jimat Kos! Siapa sangka niat untuk membersihkan jubin lantai menggunakan cecair pencuci, akhirnya merosakkan bahagian jubin tersebut pula. Ia menjadi kusam dan bercapuk.
Pemilik kediaman perlu tahu, bukan semua cecair pencuci yang berada di pasaran betul-betul sesuai dengan jubin yang ada di rumah. Salah cara penggunaannya boleh menyebabkan jubin lantai rosak. Malah terpaksa menanggung kerugian akibat perlu menukar semula jubin yang baru.
Namun demikian, selain menukar jubin baru, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hanizah Mohd Jobil ini untuk memperbaiki kerosakan jubin lantai tersebut. Dengan menggunakan tile primer dan cat epoxy sahaja. Jubin kembali cantik berseri, malah menjimatkan kos.
Hampir sebulan berduka,gara-gara saya tersilap guna Big Home heavy duty remove, biarkan terlalu lama.
Masa basah tak nampak, sekali dah kering jadi begini . Sebab saya cuci sambil gosok dengan berus dawai jadi lakernya tanggal.
Saya beranikan diri bertanya di kedai cat besar-besar. Ini lah hasilnya. Jadilah dari keluar kos ribu untuk pecah semula TILES HEAVY DUTY, warna hitam corak-corak halus kelabu dapat la merawat hati mata yang sakit. Tak tahu ler dapat brrtahan berapa lama. Semoga dengan ilmu pengalaman ini dapat dikongsi bersama.
IMPIANA: Jadi jika mempunyai jubin yang kusam, masalah bercapuk begini boleh cuba catkan dengan tile primer dan Epoxy-Floor Paint. Jubin rumah kembali berseri nanti.
Ramai yang tak punya kabinet dapur pening macam mana nak pastikan ruang bawah sinki boleh digunakan secara efektif. BETUL TAK? Ada yang buat penyelesaian untuk beli rak atau kotak-kotak kecil untuk jadikan ruang tersebut berguna bagi tujuan penstoran. Tapi kadang-kadang, masih rasa tak puas hati sebab nampak kurang cantik dan menarik.
Mungkin cara yang Puan Yanz tunjukkan ini antara penyelesaian mudah, murah dan paling penting cantik bagi anda yang mengahdapi masalah sebegini
1. Untuk bina ruang bertingkat di bawah sinki, gunakan rack dari ikea ALBERT Shelving Unit yang berharga RM 59. Tapi anda perlu berkorban sikit, potong tiang mengikut ketinggian sinki seperti dalam gambar.
2. Bila dah ada rak, baru lah fikir apa yang nak diletakkan. Untuk ruang sisi yang tersisa, boleh guna 4 biji VARIERA yang berharga RM 9.90 dicantumkan. Cuma bahagian bawah terbalik sebab untukbagi lebih ruang untuk letak botol yang bersaiz besar seperti botol minyak. Dan padankan dengan kotak kayu KANAGGLIG RM 42.90 untuk barang loose
3. Dah siap tapi masih nampak tidak kemas. Jadi untuk memastikan setiap ruang tersusun rapi dan sesuai untuk menyimpan barang-barang yang memerlukan bekas bertutup, gunakan 2 saiz SOPPROT yang berhaga RM 49.90 dan RM 39.90
Inilah jumlah semua barang yang diperlukan untuk membina sebuah rak di bawah sinki
ALBERT Shelving Unit
RM 59.00
VARIERA (RM 9.90 x 4)
RM 39.60
KANAGGLIG
RM 42.90
SOPPROT
RM 49.90
SOPPROT
RM 39.90
JUMLAH
RM 231.30
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bercucuk tanam adalah salah satu aktiviti yang baik untuk kita mula lakukan. Tidak kira anda mempunyai laman yang luas atau tidak. Pelbagai teknik kita boleh bercucuk tanam. Dari biji benih yang kita semai bila membuahkan hasil pastinya mengembirakan.
Sedar atau tidak tindakan menyimpan biji benih dapat mengurangkan banyak kos untuk edible garden bagi jangka masa panjang. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengekalkan tanaman yang hidup subur di edible garden anda.
Tahukah anda nurseri bukanlah satu-satunya tempat yang anda boleh dapatkan biji benih tumbuhan kegemaran anda. Anda boleh membeli secara dalam talian. Kini, banyak laman web yang menjual biji benih yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba.
Tidak sukar untuk mendapatkan biji benih daripada sayur-sayuran, herba dan bunga. Namun, pertama sekali anda haruslah mengetahui kitaran hidup sesuatu tumbuhan itu.
Annual. Tanaman seperti tomato, terung, peria, kekacang, jagung dan timun menghasilkan biji benih dalam jangka masa satu musim penanaman. Ini membuatkan ia menjadi tanaman yang ideal untuk dituai bagi mendapatkan biji benihnya. Maksudnya anda boleh mengambil biji benih sayuran ini selepas anda membeli di pasaran. Masaknya sayurnya sahaja tapi biji benih simpan untuk ditanam.
Biennial. Tanaman jenis ini tidak menghasilkan biji benih pada tahun pertama. Ia akan sempurna pusingan tanaman dalam dua musim penanaman. Oleh itu, anda hanya boleh mendapatkan biji benih pada tahun kedua kerana waktu ini ia semakin membesar dan berbunga menghasilkan biji benih. Contoh tanaman ialah kubis, lobak, bawang besar dan bunga kubis. Bagi tanaman jenis ini kesabaran tinggi harus ada kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan biji benih. Biasanya tanaman jenis ini sedikit sukar untuk dibiakkan selepas ditanam. Selepas dua tiga kali percubaan anda akan berjaya!
Perennial. Merupakan tanaman yang tumbuh dari tahun ke tahun. Tanaman ini memerlukan masa sehingga beberapa tahun untuk matang dan menghasilkan biji benih. Antaranya termasuklah kelapa, durian, koko dan sebagainya. Selain didapati menerusi biji benih, ia juga boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.