Batu kerikil jadikan laman bajet lebih menarik, paling penting ‘less maintenance.’ Penggunaan batu kerikil sebagai kemasan lantai laman bukan lah sesuatu yang baru. Ia menjadi pilihan bagi pemilik yang inginkan lantai landskap atau laman padu namun masih poros dan mudah diselenggara. Adakalanya, landskap atau kediaman yang dihampari dengan batuan kerikil ini kelihatan lebih menarik walaupun tanpa sebarang perincian.

APA ITU BATU KERIKIL?
Batu kerikil biasanya diperbuat dari pecahan batu granit. Kebiasaanya, saiz batu krikil terdiri daripada 2mm-75m. Ia merupakan salah satu bahan asas yang digunakan untuk pembinaan. Ia juga menjadi pilihan sebagai turapan jalan yang mempunyai penggunaan tidak lasak seperti “drive way” dan lantai landskapBatu Kerikil Jadikan Laman Bajet Lebih Menarik, Paling Penting ‘Less Maintenance’

APAKAH KEGUNAAN BATU KRIKIL DI LAMAN?
Selain sebagai lapisan asas permukaan berturap lantai landskap, batu krikil juga sesuai digunkan untuk membuat laluan pejalan kaki, lantai patio, driveways dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggunkan batu sebagai sungkupan tanaman. Batu krikil yang digunakan sebagai sungkupan bukan sekadar kemas, malah dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan

APAKAH TEKNIK TERBAIK UNTUK MEMASANG BATU KRIKIL DI LAMAN?
Berbanding bahan hardscape yang lain, pemasangan batu kerikil di laman lebih mudah. Secara umumnya, tentukan terlebih dahulu ruang yang perlu diletakkan batu krikil. Bersihkan permukaan tersebut dari sebarang rumpai.


Batu Kerikil Jadikan Laman Bajet Lebih Menarik, Paling Penting ‘Less Maintenance’
Not to scale

Untuk pemasangan batu krikil sebagai laluan, sebaiknya selepas menentukan ruang yang hendak di letakkan, korekkan sedikit tanah dengan kedalaman 6 inci. Lapisan pasir sebagai asas diperlukan antara 1-1.5 inci tebal. Seterusnya baru diletakkan krikil dengan ketebalam 3 inci. Pasir tadi berfungsi menstabilkan kedudukan batu krikil di bahagian atas disamping menjadi kawasan laluan air.


Namun, disibabkan sifatnya yang berderai dan mudah beralih atau bergerak jika menerima tekanan, sebaiknya letakkan sempadan yang kukuh untuk mengelak masalah tersebut. Jika dibiarkan, lama kelamaan kawasan yang dihampar batu krikil akan makin berkuranganBatu Kerikil Jadikan Laman Bajet Lebih Menarik, Paling Penting ‘Less Maintenance’

APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN PERMUKAAN KRIKIL SENTIASA CANTIK?
Untuk membersihkan sampah yang terperangkap di atas permukaan krikil, anda hanya perlu gunakan penyembur angin atau pencakar rumput. Teknik ini dapat memastikan batuan krikil yang dihamparkan sentiasa kelihatan baru. Batu krikil tidak mereput, namun lama kelamaan ia akan mendap terutamanya apabila menerima tekanan. Sebaiknya, kawasan yang telah mendap perlu di tambak dengan batu baru sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali

IKLAN

Batu Kerikil Jadikan Laman Bajet Lebih Menarik, Paling Penting ‘Less Maintenance’

 

BELI BATU KERIKIL DI SINI

 

IKLAN

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

IKLAN

Batu Kerikil Jadikan Laman Bajet Lebih Menarik, Paling Penting ‘Less Maintenance’

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI