Ramai teringin bila melihat rekaan kabinet dapur yang mempunyai permukaan kaunter (counter-top) yang diberi kemasan konkrit (simen render). Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya tak mudah membina dan menguruskan countertop dari simen render ini. Antaranya ialah:
MUDAH CALAR DAN MEMERANGKAP KOTORAN
Anda lihat, dinding diperbuat daripada konkrit lebih kukuh berbanding daripada jenis material yang lain. Namun tidak seperti countertop. Untuk mendapatkan kemasan dan kesan simen render yang cantik, nisbah campuran konkrit sangat berbeza jika dibandingkan dengan adunan untuk dinding dan lantai.
Hal ini menyebabkan struktur konter top mudah merekah walaupun terdapat lapisan epoxy sebagai perlindungan. Di Celah retakan tersebut akan menyerap kotoran dan air yang sukar untuk dibersihkan. Lama kelamaan, ia menjadi habitat kepada bakteria.
PENYELENGGARAAN YANG RUMIT DAN SUSAH
untuk memastikan permukaan counter top anda sentiasa kelihatan bersih dan cantik, penjagaan perlu dilakukan secara kerap. Sekurang-kurangnya, 1-3 tahun sekali, epoxy atau perlindungan perlu di sapu semula. Gunakan papan pemotong dan alas ketika melakukan kerja diatas permukaan countertop.
MODAL YANG TINGGI DAN MASA YANG LAMA
Tak mudah untuk menghasilkan permukaan simen render yang cantik. Ia memerlukan kepakaran. Selain itu, lapisan epoxy perlu diletakkan. Kedua-dua perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Tambahan, untuk apstikan permukaan konkrit betul-betul mengeras sempurna, ia memerlukan masa yang lama iaitu antara 24-28 hari. Baru lah ia betul-betul kukuh.
Tip pilih sinki dapur, jangan pilih yang cantik tapi bila guna rasa tak selesa, nak jaga pun susah. Sinki dapur merupakan perkakas dapur yang amat penting bagi melakukan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah untuk memasak makanan.
Kehadiran sinki adalah item wajib dalam sesebuah dapur. Fungsi sinkiadalah sangat penting. Namun begitu ianya harus dipadankan dengan fungsi atau cara penggunaan dapur. Antara perkara penting dalam pemilihan sinki ialah sinki perlulah ada ciri-ciri keselesaaan semasa menggunakannya dan mudah untuk dijaga.
Berikut dikongsikan tip memilih sinki dapur. Moga bermanfaat.
Berikut video penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, saeedowairan
English rose tumbuh subur dan merimbun, rupanya ada ‘rahsia’ kena amalkan. Menanam pokok bunga rose bukanlah sesukar dulu lagi sekiranya kena dengan cara, kaedah dan juga penggunaan media yang tepat bagi menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan subur.
Ikuti cara serta tip mudah menanam bunga terutamanya pokok bunga English Rose ini dari baka-baka luar negara mengikut gaya dan kaedah English Rose Addarosa Puncak Alam. Pokok akan hidup subur, berbunga lebat, saiz bunga yang lebih besar seakan berada di cuaca tempat asalnya.
Langkah pertama buangkan medium asal dari poly beg. Merujuk kepada gambar contoh pembekal menggunakan sekam padi sebagai medium asas. Buang medium lama tersebut sehingga nampak urat akar atau lebih atau ikuti seperti gambar contoh.
Merujuk kepada kondisi akar pada pokok ini, pokok ini dikatakan sangat sihat kerana berakar putih. Sekiranya terdapat medium lama yang telah keras, ketuk secara perlahan dan pastikan ia terlerai.
Setelah medium lama dibuang, kemuadiannya spray akar tersebut dengan bancuhan racun kawalan serangga dan kulat supaya akar akan bertambah sihat.
Kemudian langkah seterusnya adalah penyediaan medium untuk proses menanam rose. Sediakan bahan utama iaitu tanah khas ros dan juga pati nutrien ibu medium sebagai bahan asas untuk penyediaan medium rose anda. Nisbah yang digunakan adalah 1 paket pati nutrien digaul bersama 2 kg tanah khas rose atau tanah 6 in 1. Gaulkan rata sehingga sebati.
Seterusnya sediakan pasu yang sesuai. Awal memasu tidak perlulah pasu yang terlalu besar. Kaedah ini supaya pokok akan mendapat nutrien yang secukupnya dan mempercepatkan proses tumbesaran pokok selain mengurangkan masalah kanker. Pastikan lubang tidak ditutup bagi melancarkan pengaliran air yg baik. Kemudian letakkan satu lapisan aduan medium di pasu.
Masukkan pokok yang telah dibuang 85-90% medium lama. Selerakkan akar secara mengembang supaya akar bebas dan mudah menerima serta mecari makanan atau nutrien.
Langkah seterusnya, tambahkan satu lapisan lapisan adunan medium pada permukaan akar pokok. Kemudian tekan keliling pasu tersebut, supaya medium terus dapat mencengkam akar dengan baik dan kemas. kemudian tambahkan atau habiskan adunan medium tadi.
Gunakan buloh sebagai penyokong pokok supaya pokok tidak goyang dan terus stabil. Sedikit info dalam proses ini iaitu apabila pokok yang tidak stabil kedudukannya akan melambatkan proses penstabilan kerana menyebabkan pokok bergerak-gerak dan menyebabkan akar turut terganggu kerana tidak memegang tanah dengan kemas. Ini baru dikatakan akar goyang. Kesan biasanya pokok akan layu dalam tempoh yang lama selepas dipasukan dan sekiranya berterusan ada kemungkinan terus mengering.
Seterusnya, lakukan sedikit cantasan dimana buang daun-daun yang tidak sihat, daun atau pucuk kering, putik baru yang tidak stabil serta blind shoot supaya mempercepatkan proses pengeluaran tunas baru.
Kemudian tanamkan segenggam baja Addarosa disekeliling pokok bagi mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Caranya korek sedikit permukaan tanah kemudiannya kambus semula. Setelah selesai, siram pokok sehingga lenjun dan pastikan air membasahi keseluruhan pokok dan tanah. Selepas 5 minit disiram, sembur bancuhan kawalan perosak.
Akhir sekali, pokok yang telah siap dipasukan tadi diletakkan di bawah bumbung atau ditempat teduh selama 3-7 hari sehingga pokok nampak segar semula.
Langkah terakhir, petang keesokannya buat semburan Vitamin Booster bada keseluruhan pokok termasuk daun dan dahan bagi mempercepatkan serta menggalakkan proses tunas baru.
Untuk langkah penjagaan seterusnya, pastikan pokok anda dibaja, diberi vitamin booster dan formula kawalan tiga serangkai 3A Addarosa untuk pokok yang lebih sihat, subur, galak berbunga dan merimbun.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.