Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE Serlah Estetik Kediaman. Cantik dan cukup mendamaikan kediaman baru milik penyanyi dan pelakon Andi Bernadee,32 ini.
Terkenal dengan lagu “Donde”, baru-baru ini Andi ada kongsikan ‘house tour’ dekorasi hiasan dalaman di rumahnya yang baru sahaja siap.
Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’
Andi menggunakan khidmat pereka daripada Legit Interior untuk hiasan dalaman di rumahnya yang berkonsep ‘Modern Earthy’.
Menurut pereka, rumah berkonsep ‘Modern Earthy’ ini merupakan kediaman berkonsep moden rona ‘beige’ dengan campuran ‘Earthy’ motif dan sedikit detailing ‘natural wood’ bagi memberi impak aesthetics. Ia mempunyai satu warna dengan tona yang berbeza.
Pelbagai dekorasi ruang rumah dikongsikan seperti ruang tamu, ruang makan, dapur basah dan kering, bilik tidur dan sebagainya.
Keunikan Rumah Konsep Modern Earthy Andi Bernadee
1. Material perabut ‘Solid Wood’ dari scheme color gelap kepada semi terang, perabut bina dalam (built in) dengan kemasan ‘sintered stone’ yang menyerlahkan lagi ruang makan.
2. Kemasan lantai rekaan’Herringbone’ dan rekabentuk siling UFO (melengkung dan 2 lapisan) dengan kemasan cat dinding dan siling yang sama, mencetus impak ruang lebih luas dan urban.
Ads
3. Feature wall kediaman dengan ‘wall panel stone + wall mirror’ yang secara tidak langsung mencipta ‘vibe’ dalam gua dengan scheme color earthy! moden tapi dalam arah yang minimal.
4. Kemasan pada kaunter top dan backsplash di dapur juga menggunakan ‘sintered stone shining finished’. Begitu juga ruang Kaunter Pulau berukuran 8 kaki.
Ads
5. Walk in closet yang direka bentuk seperti ‘clothing store’.
Ads
6 Setiap bilik juga mempunyai ‘full height’ kabinet untuk memaksimumkan penstoran.
Bagi yang pandai menghargai, rumah kampung lama, sebenarnya ia mempunyai nilai estetika istimewa yang tidak mungkin boleh kita dapat pada rumah-rumah baru sekarang. Sesuatu tentang sejarah dan memori yang dicipta dalam rumah sebegini yang dianggap berharga dan ‘mahal’ buat penghuninya. Itulah yang cuba dilakukan pemilik akaun fb Fad Kusaini yang telah berjaya mengubahsuai rumah ibu mertuanya bagi memastikan keaslian kediaman itu dipelihara dengan baik agar dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.
Menurut Puan Fad, beliau mengambil masa selama 2 bulan sahaja Puan Fad telah berjaya mendeko cantik rumah berusia hampir 100 tahun yang terletak di Klang itu. Berbekalkan bajet keseluruhan RM5k, beliau hanya membeli barangan dan hiasan rumah dari IKEA, Kaison serta kedai serbaneka ECO kerana harga yang mampu milik.
Katanya lagi, sebelum memulakan proses dekorasi semula ini, beliau terlebih dahulu menetapkan konsep yang ingin disampaikan. Kemudian tentukan bajet keseluruhan sebelum menyediakan list barangan yang perlu dibeli agar tidak bercanggah dengan konsep dan bajet yang telah ditetapkan. Warna-warna natural dan lembut dipilih agar kediaman tampak lebih nyaman dan ceria.
Mari IMPIANA bawakan pembaca semua menikmati transformasi rumah lama ini menjadi lebih kemas teratur dan selesa.
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakalanya, kita buntu untuk mencari gaya dan konsep untuk kediaman yang sempit. Ramai yang menjadikan alasan rumah sempit menyebabkan mereka sukar mendekor kediaman. Sebenarnya, sebesar dan sekecil mana pun kediaman, anda perlu bijak dalam merancang perletakan sesuatu barang dan perabot. Ia bertujuan untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan secara optimum seperti yang di lakukan oleh puan Eda Yusri dan suaminya.
Rumah saya dan suami menyewa sahaja di Kampung Sri Aman Puchong. Walaupun rumah sewa, tapi kami nak kan rumah yang selesa bila penat balik dari bekerja. Jadi saya dan suami mengambil keputusan untuk cantikkan rumah sewa ni sementara tunggu rezeki dapat beli rumah sndiri. Rumah kampung ini pemilik buat atas tanah lot, satu blok ada 8 pintu rumah. Saiz dalam 650sq ft, disebabkan ada 3 bilik yang saiznya agak besar, ruang tamu jadi agak sempit.
Budget keseluruhan dalam 7k termasuk perabot-perabot baru dan secondhand, termasuk aircond. Kami peruntukkan lebih budget pada sofa, meja kopi, meja makan, katil dan tilam. Harga mungkin agak mahal tapi sebab nak beli untuk guna masa panjang, kami beli jenis yang berkualiti. Perabot sahaja pun ada warranty sampai 5 tahun, tilam pula warranty smpai 15 tahun disebabkan nak puas hati pakai
Masa yang diambil dalam 3 bulan. Kami beli barang sikit-sikit. Sebabnya baru kahwin, tiba-tiba rezeki dapat anak. so banyak duit nak guna lepas pindah sini dalam bulan 11 tahun lepas. Rumah ni kosong tak ada barang langsung. Saya bincang dengan suami untuk share beli barang sikit-sikit mula bulan 1 tahun ini. Alhamdulillah suami pula sokong dan minta saya dekor cantik-cantik. Kami hanya hias bilik dan ruang tamu. Nak buat kabinet dapur dekat rumah sewa tak berbaloi, nanti nak pindah juga.
Tip Dekor Rumah Sempit Puan Eda Yusri 1. Cuba elak gunakan wallpaper pada dinding kediaman kerana ia akan menyebabkan rumah sempit kelihatan lebih serabut dan sesak. Dinding kosong nampak lebih luas
2. Guna cermin pada bahagian dinding untuk dapatkan impak visual rumah kelihatan lebih luas
3. Sebelum beli perabot, ukur dulu ruang yang tersedia dan pastikan perabot yang dibeli tidak terlalu besar hingga menhadkan ruang legar.
4. Konsep minimalis amat bertetapan untuk kediaman jenis sempit kerana ia tidak memerlukan barang dan perhiasan yang sarat. Apa yang WAJIB untuk rumah sempit adalah ia perlu sentiasa kelihatan kemas dan teratur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerana cintanya terhadap warna kedamaian serta ketenangan dan dalam masa yang sama ingin merasai seperti berada di tepi laut , seorang pemilik homestay di Nilai, Negeri Sembilan iaitu En Amran Rosli berkongsi minatnya terhadap rona biru, putih dan kelabu cair dan diterapkan dalam idea dekorasi dalaman homestaynya.
Menurut beliau, kediaman yang berkeluasan 859 Sqft ini terdiri daripada tiga bilik tidur dan dua bilik air serta pada masa yang sama, segala hasil kerja dari segi mengecat dan dekorasi dijalankan oleh mereka sekeluarga. Untuk idea dan inspirasi mereka banyak merujuk kepada group deko serta membuat kajian di laman web deko.
“Kami membelanjakan sebanyak RM25K untuk segala langsir, pembelian katil, sofa, kabinet dapur dan tempat grill serta mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala kelengkapan dan renovasi tambahan”, ujar petugas pelantar minyak ini.
Dalam perkongsian gambar sebelum proses renovasi dan dekorasi, pada asalnya dapat dilihat kediaman ini hanya mempunyai singki serta ruangan dapur yang nampak biasa sahaja tetapi idea bernas En Amran sekeluarga, mereka menaiktarafnya menjadi lebih menarik dengan tambahan meja kaunter minibar serta kabinet dapur biru cair.
Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi pemilihan siling yang dinaiktaraf menggunakan drop siling serta ditambah dengan simbahan cahaya hidden light menaikkan lagi seri kediaman ini.
“Saya memilih sofa serta meja makan yang berkonsepkan kaki pensel kerana kediaman ini hanya didiami pada hujung minggu ata jika terdapat tempahan untuk digunakan, justeru saya merasakan ianya amat sesuai untuk diletakkan dalam homestay ini”, katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.