Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.

Namun bukan mudah pokok kesum nak hidup subur merimbun. Selalunya hayat pokok kesum ni tak lama, kejap je tanam dah mati. Sebenarnya, tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya. Salah satunya, kena kerat selalu batangnya biar bertunas baru.

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Ibrisam Wossali ni. Gemuk-gemuk subur merimbun sungguh pokok kesumnya. Malah telah 5 tahun usia pokok kesum tersebut.

Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;

Pokok kesum ni bila tanam agak susah sikit nak hidup. Dah banyak kali mencuba baru berjaya hidup pokoknya. Itu pun hidup ala kadar je. Tak subur pokoknya. Jika kena cara dan tempat yang sesuai, jadi gemuklah pokoknya.

Bila dah hidup subur, rasa sayang pulak nak kerat buat masak. Ada ke yang perangai macam tu.

Tip Pokok Kesum Subur

Pada pendapat saya masa ia tengah subur ni sebaiknya kerat tinggalkan 5@6 inci dari aras tanah. Lepas tu tabur sedikit tanah hitam atau tanah sawit, tabur tahi kambing atau tahi ayam dan beri baja kopi. In syaa Allah pokok akan tumbuh subur semula.

Jika dibiarkan sampai berbunga, lama kelamaan pokok akan mati sebab dah tua. Sebab tulah kena selalu kerat biar bertunas baru dan menjadi pokok baru. In syaa Allah pokok kesom akan panjang jangka hayatnya.

Pokok kesom tanam dalam polysterin ni dah pernah sekali saya kerat. Kini ia telah merimbun semula.

Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!

IKLAN

Yang ini pula baru nak mula berpucuk baru setelah dikerat.

Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!

Percaya tak, pokok kesum saya ni dah 5 tahun umurnya. Tanam atas tanah. Saya selalu kerat sebelum ia berbunga. Selepas kerat letak tanah hitam @ tanah sawit, tahi kambing @ tahi ayam dan baja kopi.

Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!

IKLAN

Masa baru kerat ni kena rajin siram selalu selama seminggu. Bila dah berpucuk baru tak perlu siram selalu, bergantung pada keadaan cuaca Lepas kerat jika tak siram dan tak hujan, pokok akan mati.

In syaa Allah jika cukup baja dan cukup siraman, pokok kesom akan hidup subur sentiasa.

Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Tanam Sendiri Pokok Selom Dalam Polesterin, Lebih ‘Fresh’ Buat Ulam-Ulaman

Artikel Menarik:Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah Lebat & ‘Gemuk’, 5 Tip Wajib Buat!

IMPIANA : Boleh cuba tip untuk suburkan pokok kesum ini. Pastikan kena kerat selalu supaya biar bertunas baru.

Sumber : Ibrisam Wossali

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI