Ads

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi

cosentino

Dapur suatu ketika dahulu dilihat sebagai ruang khusus untuk memasak dan menyediakan makanan. Namun perubahan gaya hidup, teknologi serta cara pemilik rumah menggunakan ruang kediaman menjadikan dapur semakin penting sebagai tempat berkumpul, bekerja, menjamu tetamu dan berinteraksi bersama keluarga.

Perubahan tersebut menjadi antara fokus utama sesi “Masa Depan Dapur” yang dianjurkan Cosentino bersama The Plan by Poggenpohl di The Plan Showroom, Kuala Lumpur.

Perbincangan itu menghimpunkan Ramesh Seshan daripada Seshan Design serta Edo Kartono dan Lee Yvonne daripada Edo Yvonne Design Assembly untuk melihat bagaimana gaya hidup, teknologi baharu, kelestarian dan inovasi bahan bakal membentuk dapur pada masa hadapan.

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi

Dapur Perlu Mengikut Cara Kita Hidup

Bagi Ramesh Seshan, dapur masa depan tidak seharusnya ditentukan oleh satu gaya atau rupa tertentu.

Sebaliknya, reka bentuk yang baik perlu bermula dengan memahami bagaimana seseorang benar benar menggunakan ruang tersebut setiap hari.

“Dapur masa depan bukanlah terlalu bergantung kepada gaya atau estetika tertentu, tetapi lebih kepada sejauh mana ia mampu menyesuaikan diri dengan cara manusia sebenarnya menjalani kehidupan,” kata Ramesh Seshan.

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi
((Dari kiri) Ramesh Seshan, Lee Yvonne dan Edo Kartono

Apabila kediaman semakin fleksibel, satu ruang mungkin perlu memenuhi beberapa fungsi serentak. Dapur bukan hanya digunakan untuk memasak, malah menjadi tempat makan, bekerja, menjamu tetamu dan berkumpul.

Perubahan ini juga semakin ketara dalam cara dapur basah dan dapur kering direka. Menurut Ramesh, kedua dua ruang itu kini menerima perhatian yang sama seperti bahagian lain dalam rumah dari segi penampilan, susun atur dan hubungan dengan ruang kehidupan harian.

Edo Kartono dan Lee Yvonne pula melihat perubahan persepsi yang lebih besar dalam kalangan pemilik rumah.

“Pemilik rumah kini beralih daripada melihat dapur sebagai ruang berfungsi semata mata kepada melihatnya sebagai sebuah ruang yang boleh dipamerkan,” kata Edo Kartono dan Lee Yvonne.

Cantik Sahaja Tidak Lagi Mencukupi

Apabila dapur semakin terbuka dan menjadi sebahagian daripada ruang utama rumah, pemilihan bahan turut memainkan peranan yang lebih besar.

Ads

Reka bentuk mungkin kelihatan menarik ketika pertama kali siap, tetapi dapur merupakan antara kawasan rumah yang menerima penggunaan paling aktif. Permukaan perlu berdepan haba, air, tumpahan makanan, aktiviti penyediaan makanan serta penggunaan berulang setiap hari.

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi

Sebab itu, pereka kini mencari bahan yang mampu mengimbangi estetika, prestasi, ketahanan, penyelenggaraan dan kelestarian.

Menurut Ramesh, penggunaan permukaan kejuruteraan yang lebih inovatif boleh memberikan kebebasan kepada pereka menghasilkan ruang yang menarik tanpa mengorbankan aspek praktikal.

“Pemilihan bahan yang baik sepatutnya membolehkan seseorang menggunakan dapur dengan lebih bebas, bukannya membuatkan mereka terlalu berhati hati ketika menggunakannya,” katanya.

Edo dan Lee Yvonne turut berpandangan bahawa perkembangan bahan pada masa hadapan akan semakin dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu nilai estetika dan kelestarian alam sekitar.

Ini bermakna bahan bukan lagi sekadar dipilih kerana warnanya cantik atau sesuai dengan kabinet, tetapi turut dinilai berdasarkan fungsi, ketahanan dan kesannya terhadap alam sekitar.

Ads

Dari Ruang Memasak Kepada ‘Jantung’ Kediaman

The Plan menggambarkan dapur moden sebagai ruang yang sudah melampaui sempadan tradisionalnya dan kini menjadi nadi sebenar kediaman moden.

Ia berkembang menjadi ruang terbuka yang membolehkan penghuni hidup, berhubung dan melayan tetamu dalam satu persekitaran yang sama.

Melihat ke hadapan, dapur masa depan dijangka memberi penekanan kepada penyepaduan yang lebih lancar antara ruang, reka bentuk yang sangat diperibadikan, kelestarian yang lebih intuitif serta penggunaan teknologi maju bersama bahan yang tetap memberi pengalaman sentuhan dan tekstur kepada pengguna.

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi

Menariknya, teknologi tidak semestinya bermaksud dapur perlu kelihatan terlalu futuristik atau dipenuhi skrin.

Sebaliknya, teknologi yang baik boleh berfungsi di belakang tabir, membantu menjadikan sesuatu ruang lebih mudah digunakan tanpa menghilangkan sifat semula jadi dan keselesaan sebuah rumah.

Kolaborasi Penting Untuk Reka Bentuk Masa Depan

Perbincangan tersebut turut mengetengahkan bagaimana kerjasama antara pengeluar bahan, pereka dan pakar reka bentuk dapur boleh membuka lebih banyak kemungkinan.

Ads

Pengurus Besar Cosentino Malaysia, Chong Hwa Foo berkata hubungan dengan komuniti seni bina dan reka bentuk penting bagi memastikan pertukaran idea dapat terus berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

“Di Cosentino, hubungan rapat dengan rakan kerjasama serta komuniti seni bina dan reka bentuk yang lebih luas amat penting kepada kami.

“Acara seperti ini membolehkan kita menghimpunkan orang ramai, bertukar idea, belajar antara satu sama lain serta mewujudkan peluang yang bermakna untuk berhubung dan bekerjasama,” kata Chong Hwa Foo.

Cosentino Tampilkan Visi Dapur Masa Depan Yang Menggabungkan Fungsi, Estetika & Teknologi

The Plan pula melihat kerjasama tersebut sebagai gabungan antara kejuruteraan tepat, keanggunan struktur dan penguasaan ruang dengan teknologi permukaan berprestasi tinggi Cosentino.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada komuniti reka bentuk untuk melihat melangkaui batas konvensional dan memikirkan semula kemampuan sebuah ruang kehidupan moden,” menurut The Plan.

Dapur Direka Mengikut Kehidupan, Bukan Sebaliknya

Daripada keseluruhan perbincangan, satu perkara semakin jelas. Dapur masa depan tidak lagi boleh direka hanya berdasarkan senarai perkara yang perlu dilakukan di dalamnya.

Sebaliknya, persoalan yang lebih penting ialah bagaimana seseorang mahu hidup di ruang tersebut.

Bagi seorang individu yang gemar memasak, keutamaan mungkin diberikan kepada ruang penyediaan makanan. Bagi keluarga yang suka berkumpul, dapur mungkin memerlukan pulau tengah yang menjadi titik pertemuan. Bagi mereka yang tinggal di kediaman lebih kecil pula, satu ruang mungkin perlu berfungsi sebagai dapur, ruang makan dan tempat bekerja pada masa sama.

Justeru, masa depan dapur bukan sekadar mengenai kabinet yang lebih cantik atau perkakas yang lebih pintar.

Ia adalah tentang menggabungkan bentuk, fungsi, inovasi bahan dan cara hidup dalam satu ruang yang benar benar relevan kepada pemiliknya. Itulah juga kesimpulan utama daripada perbincangan Cosentino dan The Plan, bahawa dapur perlu dibentuk berdasarkan bagaimana manusia mahu menjalani kehidupan mereka.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Dari Memori Ke Kanvas, ‘Fragments Of A Season’ Raikan Seni Kontemporari...

Seni bukan sekadar elemen yang mengisi ruang kosong pada dinding. Dalam sesebuah kediaman, karya seni mampu mencetuskan gelora emosi, menghidupkan suasana dan menjadi sebahagian...