Bunga kertas adalah antara tanaman berbunga yang paling mudah dipelihara. Namun bagi peminat bunga kertas, saat pokok menghasilkan bunga yang padat, padu, lebat dan merimbuan adalah yang paling menyeronokkan. Ada tu, bunga lebih banyak dari daun.
Tapi macam mana pula pokok tak berbunga langsung? dah macam-macam baja dan teknik telah digunakan namun masih gagal berbunga. Adalah bunga tapi tak banyak. Pasti sedih dan anda cemburu tengok bunga kertas orang lain kan.
Jadi untuk memastikan bunga kertas anda bunga merimbun. Ini 8 perkara perlu anda lakukan:
1. Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
2.Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
IKLAN
3.Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
IKLAN
4. Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
5.Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
6. Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
IKLAN
7.Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
8. Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Idea Dapur Pulau di negara Barat sudah lama dipraktikkan, tetapi di Malaysia masih ramai yang tidka berani untuk mencuba idea ini. Mungkin kerana faktor harga atau kekangan ruang menyebabkan elemen ini dilupakan. Itu bukanlah isu sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah, ukuran saiz dapur yang tepat dan jenis dapur island yang sesuai mengikut kemampuan anda. Disini IMPIANA senarikan beberapa jenis dapur pulau yang sesuai dan praktikal untuk memberi idea kepada anda semua.
2 Jenis utama Dapur Pulau
Terdapat dua jenis kounter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang. Namun, setelah digunakan posisikan kounter pulau mudah alih anda di kawasan yang bersesuaian.
Mobile/Cartwheel Island KitchenDapur pulau kekal (Fix island kitchen)
Rekabentuk separa bulat (semi circle island kitchen)
Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk separa bulat adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.
Tambahan Unit gantung
Sudah memilik sebuah unit dapur pulau sudah cukup membuatkan dapur anda nampak moden dan elegan, tetapi tahukah anda jika disertakan sekali beberapa perkakas yang bergantung di atasnya, design dapur anda nampak lebih meletup berbanding biasa. Pertama, tambah hud sedutan udara dibahagian atas dapur (jika ada) untuk menyedut segala asap makanan atau pasang bar untuk dapatkan ruang pengstoran ekstra. Bar ni boleh lah jadi tempat anda sangkutkan kuali, serta pan
Kepelbagaian fungsi
Kitchen Island dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.
Pulau Kabinet
Cabinet Island seperti ini direka khas untuk simpanan pelbagai barangan di bahagian dapur selain daripada storan di atas kabinet. Selalunya island sebegini dilengkapi dengan ruang simpanan yang lebih luas berbanding di kabinet dapur. Di bahgian atasnya, permukaan padu seperti granit, marmar atau solid surface menjadi pilihan. Ini kerana, permukaan atas kounter pulau ini perlu padu untuk membolehkan anda berkerja dengan selesa. Adalah molek untuk anda letakkan sekali beberapa suis elektrik untuk memudahkan tugas anda di dapur.
Kabinet Pulau Dua Tingkat
Rekaan ini kebiasaanya menjadi pilihan restoran dan kafe. Seperti kabinet pulau pelbagai fungsi, bahagian santapan di tinggikan sedikit untuk mengurangkan konflik antara fungsi yang berbeza.
Kobis umum tahu banyak tumbuh subur di tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Namun ada baka yang diberi nama kobis tanah rendah yang tahan dengan cuaca panas dan memang menjadi.
Tak susah rupanya tanam kobis ni. Yang menjadi fokus utama adalah penghasilan buah atau kelopak daunnya yang membulat seakan bola. Puan Norhayati Ismail berkongsi teknik tanam kobis di dalam pasu yang memang menjadi walaupun di ruang yang sempit
Ramai yang bertanya cara tanam kobis. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya. Kaedah penanaman kobis:
Step 1: Penyediaan biji benih
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah). Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu.
Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari…
Step 2: Medium tanah
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.
Step 3: Pindahkan anak semaian.
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yg bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).
Step 4: Menanam
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow2 dedahkan pada cahaya matahari.
Step 5: Kaedah menyiram
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.
Step 6: Baja
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai utk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.
Step 7: Tuaian kobis
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.
Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu. Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.
Bagi mendapatkan ruang tamu impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.
Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah
Semua orang setuju, sebuah ruang tamu yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil
Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika ruang tamu mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV Pada Ruang Tamu
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5 : Kesilapan Ketika Menggantung Lukisan Dinding
Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...