Feature Wall Rona Hijau Cantik, Serlahkan Dapur Kecil ‘Vibe Cafe’. Jika bijak memilih padanan warna yang sesuai, tak salah sebenarnya menggunakan warna terang pada dinding kediaman, berbanding menggunakan hanya warna-warna selamat seperti putih dan hitam.
Hasilnya interior ruang dapur kecil ini nampak lebih cantik dan menyerlah bagaikan berada di cafe!
Boleh cedok idea dapur kecil yang dikongsikan oleh Puan Wani Ziwani yang juga merupakan seorang Pereka Hiasan Dalaman ini sebagai rujukan.
Dapur kecil dan ringkas untuk gaya hidup sis yang ringkas dan sibuk jugak (Malas sebenarnya).
1. TILES
Siapa yang mata tak boleh tengok habuk dan comot-comot kat lantai sikit-sikit sis memang recomend pakai tiles bercorak macam ni. Memang tak nampak, kena zoom baru terkejut masyaAllah. Cepat-cepat ambik mop.
2. BACKSPLASH
Yang bizi bekerja tu cukup pasang tiles 1×2 saja.Lesss grouting less messy.Nak lap pun mudah kotoran tak banyak lekat dicelah-celah tiles tu.
Ads
3. WARNA KABINET
Warna putih tiada masalah ya tuan puan. Yang menentukan senang atau susah nak mantain adalah jenis material. Jika finishing spray paint putih (biasanya nyatoh) memang mantainancenya lebih sukar.Tahu sajalah catkan,nak lap pun tak berapa tanggal.Over sental,cat tu sendiri pulak tanggal.
Jadi untuk rumah anak ramai yang sekelip mata boleh jadi belacan ni Wani tetap nak putih tapi kita guna material ‘Solid plywood laminate glossy’.
Zasss dengan kain basah terus hilang.
Ads
4. FEATURE WALL
Wani buat satu sudut hijau ni saja buat feeling-feeling kafe vibe saja. I love colours nanti jemu juga semua sama je. Kod cat dinding hijau tu memang cantik warna ni tapi 3 layer tau cat baru betul-betul cantik.
Ads
Happy weekend!
Dari mak anak 7- 2 berbulu.
#rumahkembia
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika memiliki dapur dengan keluasan yang kecil, namun inginkan ‘vibes cafe’ boleh cedok idea yang dikongsikan ini. Cantik juga memilih rona terang sebagai ‘feature wall’ di kediaman.
Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah berusia 80 tahun kini menjadi sebuah Resort Moden Tropikal jadi tarikan semua. Sebagaimana yang kita tahu rekaan rumah teres lama, sudah pastinya kecil dan memanjang bukan? Ya! benar sekali, beginilah rupa asal kediaman ini.
Reka bentuk asal rumah ini langsung tidak menggugat Pakar Hiasan Dalaman Design Seed Studio untuk mengadaptasikan kediaman yang menjadi idaman pemilik ini. Transformasi rumah ini cukup memukau.
Membina rumah di atas tanah kosong adalah satu perkara yang mudah. Tetapi untuk membuat renovasi rumah lama pada rekaan yang baru dan melakukan ubah suai yang besar memang mencabar. Banyak faktor yang perlu diambil kira dari struktur binaan hinggalah paip yang ditanam serta plug yang tersedia ada.
Rumah adalah tempat paling penting untuk kita berteduh, jadi bermula di sinilah sebuah binaan yang sempurna untuk di diami.
Lihat sahaja transformasi rumah lama ini diberi nafas baru dalam setiap sudut dan ruang yang ada dalam rumah ini. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Kediaman ini cukup memberi inspirasi kepada kita semua, jika mempunyai rumah lama usah rasa binggung atau biarkan ia usang. Jadikan ia seperti kediaman ini.
Perubahan fasad rumah ini sudah membuktikan kediaman ini benar dalam perubahan yang cukup major.
Penggunaan batu angin pada tingkat atas rumah ini menbuatkan rekaanya nampak cukup estetika. ‘Flat roof’ jadi pilihan pereka ini untuk menarik reka bentuk kediaman ini agar tampak lebih menonjol dalam sentuhan Resort Moden Tropikal yang ingin di ketengahkan.
Konsep lebih terbuka membuatkan rumah ini nampak lebih luas dan selesa. Tidak rasa seakan terperap di dalam kediaman yang kecil atau sempit setelah perubahan dilakukan.
Tingat dua dalam kediaman ini tidak banyak dilakukan perubahan dari segi fasad dalamannya. Ia hanya membiarkan ruang ini lebih terbuka dan memberi nafas santai dan cozy dalam ruang keluarga ini.
Apabila dinding asal rumah teres dipecah ini menjadikan rumah nampak lebih luas dan tidak berliku-liku. Pemilihan kemasan kayu dan pokok hidup sebagai hiasan utama dalam rumah ini benar menampakkan ia seakan sebuah resort yang mendamaikan.
Jangan terlalu terburu-buru untuk renovasi rumah jika tidak pasti dengan kos dan kemampuan anda. Pastikan ID yang anda pilih itu berdaftar dan mempunyai kelayakan untuk membina rumah anda. Pereka Seni Bina Hiasan Dalaman Design Seed Studio ini adalah salah satu pakar yang anda harus percayai dengan kelebihan dan kebolehan mereka dalam membina sebuah rumah idaman.
Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju
Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu
Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
3) Bekas pisau
Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam
Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
5) Sofa
Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang
Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
7) Stering Kereta
Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu
Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.