Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga! Paving block atau disebut juga conblock (singkatan dari concrete block) biasanya digunakan sebagai alternatif turapan untuk jalan, halaman, tempat letak kereta dan lain-lain.
Antara kelebihan apabila memasang paving block ini ialah ia dapat mengurangkan rumput tumbuh meliar di laman rumah. Laman juga tampak lebih luas dan kemas apabila mempunyai kawasan yang rata. Malah ia berfungsi mengelakkan air daripada bertakung di laman yang boleh membuatkan tanah berlecak.
Bagi yang nak cuba pasang sendiri ‘paver block di laman rumah boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Haniff M. Saharin . Cantik hasilnya, laman rumah nampak lebih kemas.
Belajar menyusun batu landscape kat laman depan pula.Tengok orang buat nampak macam senang..dah cuba buat sendiri sakit pinggang juga lah . Alhamdulillah sikit-sikit lama-lama boleh siap juga.
Saya dulu nak upah orang juga tapi disebabkan saya ni sedikit cerewet dan takut tak puas hati dengan hasil kerja upah orang…tu yang nekad juga buat sendiri.
1) Material : heavy duty interlocking paver block
2) Jenama : SUNWAY
3) Harga : 2.00-2.50 ( bergantung pada jenis,ketebalan dan kuantiti) boleh order di kedai hardware. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Harga juga berbeza.
Info Ekstra!
Untuk pecahkan batu bagi memenuhi bahagian tepi paver block, potong keliling pakai grinder guna mata batu, selepas tu ketuk biar patah.
Saya tak letak simen bawah paver block, cuma kena ada ada pasir bawahnya dan pastikan rata. Pasir bila kena air ia akan padat sendiri.
Untuk base bawah, guna pasir kasar atau pasir kotor saja. Murah sikit pasir halus untuk infill gap dekat batu tu bila siap pasang.
Ads
Cara pasang, susun saja.
1. Mesti lapik dengan pasir yang agak tebal bahagian bawah supaya rata dan senang nak adjust level. Kemudian ratakan.
2. Pasang/susun batu dan ketuk dengan hammer lapik dengan kayu masa ketuk supaya tak pecah batu tu. Check level dengan timbang air.
Ads
3. Lepas siap kena isi pasir halus dekat sambungan batu/ celah-celah batu untuk ‘pegang’ supaya tak beralih kalau parking kereta.
4. Rumput akan tetap ada sikit-sikit dan sesekali kena rajin buat maintenance cabut rumput atau racun.
Bagi peminat taman berkonsepkan inggeris, antara elemen penting selain ornamen figura adalah telaga. Kehadirannya berupaya menjadi sebuah focal point dan laman kelihatan lebih hidup dan menarik. Namun kebiasaanya, untuk membina telaga pemilik lebih gemar memilih metarial simen atau kayu sebagai sturuktur utama telaga. Namun, ada kaedah lebih mudah dan jimat yang boleh di lakukan sendiri iaitu dengan menggunkan tayar terpakai.
3 biji tayar terpakai
Cat primer
Cat warna coklat untuk batu bata
2 batang Kayu manis 1.5 x 4 inci
1 batang mope sebagai tempat pegang
Sehelai fabrik landskap sebagai lapisan dasar telaga
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.
Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau rasa microwave tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!
Pelbagai petua telah dikongsikan oleh impiana untuk memusnahkan semut di kediaman. Tapi, seminggu dua sahaja yang bertahan. Nanti datang lagi. Hal ini disebabkan oleh koloni semut tidak dimusnahkan sepenuhnya.
Bila semut mula banyak di laman, ia bukan sekadar merosakkan akar tanaman, malah memberi ancaman pelbagai penyakit pada tanaman. Oleh itu, kaedah memusnahkan semut harus dilakukan sehingga ke akar umbi.
Berikut adalah cara yang dicadangkan oleh Manizam Abdul Rahman yang telah dikongsikan di dalam group KGTTS
Cara saya membasmi semut samada dalam rumah atau yang mendatangkan masalah pada tanaman cuma menggunakan 2 benda yang mudah dan murah.
Bahan-bahan:
1 peket Ubat semut yang jenama nya saya sendiri tak tahu nak sebut
1 ekor ikan rebus
P/S: Ridsect tu hanya gimik. Ia hanya mampu membunuh serangga yg berada di depan kita. Apa yang saya buat ni mampu membunuh semut hingga ke sarangnya
Cara-cara:
1. Gaul isi ikan rebus berserta ubat semut hingga sebati
2. Pastikan ikan jangan terlalu lembab
3. Kemudian tabur di tempat laluan semut.
4. Isi ikan yang telah dijumpai oleh semut akan di bawa pulang ke sarang. Nanti bila dijadikan jamuan bersama koloni, secara tidak langsung semua semut akan termakan serbuk ubat semut tadi.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.