Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Ads
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Ads
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
IMPIANA : Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga! Paving block atau disebut juga conblock (singkatan dari concrete block) biasanya digunakan sebagai alternatif turapan untuk jalan, halaman, tempat letak kereta dan lain-lain.
Antara kelebihan apabila memasang paving block ini ialah ia dapat mengurangkan rumput tumbuh meliar di laman rumah. Laman juga tampak lebih luas dan kemas apabila mempunyai kawasan yang rata. Malah ia berfungsi mengelakkan air daripada bertakung di laman yang boleh membuatkan tanah berlecak.
Bagi yang nak cuba pasang sendiri ‘paver block di laman rumah boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Haniff M. Saharin . Cantik hasilnya, laman rumah nampak lebih kemas.
Belajar menyusun batu landscape kat laman depan pula.Tengok orang buat nampak macam senang..dah cuba buat sendiri sakit pinggang juga lah . Alhamdulillah sikit-sikit lama-lama boleh siap juga.
Saya dulu nak upah orang juga tapi disebabkan saya ni sedikit cerewet dan takut tak puas hati dengan hasil kerja upah orang…tu yang nekad juga buat sendiri.
1) Material : heavy duty interlocking paver block
2) Jenama : SUNWAY
3) Harga : 2.00-2.50 ( bergantung pada jenis,ketebalan dan kuantiti) boleh order di kedai hardware. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Harga juga berbeza.
Cara pasang, susun saja.
1. Mesti lapik dengan pasir yang agak tebal bahagian bawah supaya rata dan senang nak adjust level. Kemudian ratakan.
2. Pasang/susun batu dan ketuk dengan hammer lapik dengan kayu masa ketuk supaya tak pecah batu tu. Check level dengan timbang air.
3. Lepas siap kena isi pasir halus dekat sambungan batu/ celah-celah batu untuk ‘pegang’ supaya tak beralih kalau parking kereta.
4. Rumput akan tetap ada sikit-sikit dan sesekali kena rajin buat maintenance cabut rumput atau racun.
Serangga dan kebun memang tidak boleh dipisahkan. Tapi ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini.
Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal dan salah seorangnya meninggal dunia selepas termakan keropok beracun yang ingin mengumpan monyet di kebun.
Bagi selalu berdepan serangan haiwan perosak seperti monyet ini mungkin boleh guna tip yang dikongsi oleh Siti Hanimah Rohani.Lebih selamat rasanya.
Beliau berkongsi cara berkesan yang dipraktikkan selepas tanamannya ‘dikerjakan’ oleh monyet.
Alhamdulillah, petua ini sangat membantu mengelakkan hasil tanaman ‘dikerjakan’ Cik Mon. Walau ada cubaan, tapi nampaknya, dilepaskan, walau telah digigit.
Caranya buat bancuhan ini, letak dalam botol kemudian sangkut pada pokok tanaman.
CARA MEMBUAT:
2. Masukkan belacan bersama ubat gegat yang hancur dalam botol air mineral.
3. Tambah 1/4 cawan air dan botol dan goncang.
4. Buat lubang pada botol mineral, boleh gunakan besi panas.
5. Ikat dawai pada botol kemudian gantung botol ini pada pokok yang selalu jadi tumpuan serangan monyet.
Bau belacan dan ubat gegat ini tidak disukai oleh monyet/khinzir dan haiwan ini akan menjauhi tanaman jika terhidu.
6. Tambah belacan dan ubat gegat jika baunya sudah berkurangan.
Selamat mencuba!
IMPIANA : Rasanya cara ini lebih selamat dari mengunakan racun tikus kan?
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.