Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal dan salah seorangnya meninggal dunia selepas termakan keropok beracun yang ingin mengumpan monyet di kebun.
Bagi selalu berdepan serangan haiwan perosak seperti monyet ini mungkin boleh guna tip yang dikongsi oleh Siti Hanimah Rohani.Lebih selamat rasanya.
Petua berkesan elak tanaman ‘dikerjakan’ monyet
Beliau berkongsi cara berkesan yang dipraktikkan selepas tanamannya ‘dikerjakan’ oleh monyet.
Alhamdulillah, petua ini sangat membantu mengelakkan hasil tanaman ‘dikerjakan’ Cik Mon. Walau ada cubaan, tapi nampaknya, dilepaskan, walau telah digigit.
Caranya buat bancuhan ini, letak dalam botol kemudian sangkut pada pokok tanaman.
Bahan untuk bancuhan adalah seperti berikut;
– Sekeping belacan, dibahagi 3
– 6 biji ubat gegat – ditumbuk
– 1/2 cawan air
– 1 botol mineral kecil
2. Masukkan belacan bersama ubat gegat yang hancur dalam botol air mineral.
Ads
3. Tambah 1/4 cawan air dan botol dan goncang.
4. Buat lubang pada botol mineral, boleh gunakan besi panas.
5. Ikat dawai pada botol kemudian gantung botol ini pada pokok yang selalu jadi tumpuan serangan monyet.
Ads
Bau belacan dan ubat gegat ini tidak disukai oleh monyet/khinzir dan haiwan ini akan menjauhi tanaman jika terhidu.
6. Tambah belacan dan ubat gegat jika baunya sudah berkurangan.
Ads
Selamat mencuba!
IMPIANA : Rasanya cara ini lebih selamat dari mengunakan racun tikus kan?
Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’. Apabila mempunyai laman rumah yang luas, memang cantik apabila dipenuhi dengan rumput semulajadi dan landskap yang menghijau. Namun untuk tanam rumput sendiri ada caranya, terutamanya buat yang pertama kali ingin cuba menanam sendiri di rumah. Barulah rumputnya sihat, tumbuh cantik sekata dan subur.
Ikut panduan yang dikongsikan oleh Asrul Bakhtiar ini sebagai panduan.
Langkah 1: Buang Tanah Lama 4 Inci
Buang semua rumput dan batu-batu yang ada. Tanah lama buang dalam 4 inci supaya akar-akar rumpai lama tu pun terbuang sekali.
Langkah 2: Hampar ‘Geotextile’
Beli geotextile kat hardware selalu orang pakai tutup cerun-cerun yang takde rumput tu. Hamparkan ke tanah yang nak ditanam tu, dia akan halang rumpai lama tumbuh di atas tanah baru.
Langkah 3: Letak ‘Topsoil’
Letak tanah topsoil 2-3 inci sebagai base. Ini untuk bagi nutrisi dekat rumput baru. Dah letak tanah biarkan 2-3 bulan untuk dia mendap.
Langkah 4: Letak Pasir
Letak pasir sampai sama level bibir longkang atau kaki lima, supaya air tak bertakung bila tanam rumput. Ini kena ratakan dan bagi ada slope ke arah longkang terdekat untuk aliran air hujan.
Langkah 5: Tanam Rumput
Tanam rumput pilihan. Cuba tanam musim hujan supaya tak perlu kerap siram sangat semasa baru tanam. Kalau tak kena siram 2 kali sehari sampai akar dia dah keluar dan bila tarik rumput baru tu dia tak terangkat.
Langkah 6: Potong Rumput
Bila rumput dah stabil potong paling rendah dan top dress dengan pasir halus untuk hilangkan lekuk2 tak rata. Lepas topdress baja biji npk 15-15-15.
Langkah 7: Potong, Baja Seminggu Sekali
Siram sampai rumput tumbuh kembali di atas top dress tu. Amalkan potong seminggu sekali, baja foliar seminggu sekali, racun rumpai 2 minggu sekali.(tengok berapa banyak rumpai jugak)
Kalau malas..skip step 2 tu tapi akan ‘berperang’ dengan rumpai yang tak berkesudahan. Rumput tak tumbuh ada barespot sebab tanah lama tu keras jadi akar dia tak boleh menjalar masuk.
Gambar ni yang saya buat untuk rumah saya. Barespot sikit-sikit saya topdress awal tahun aritu.
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat Usia Taman Landskap: 7 tahun Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ Konsep Landskap: English Mix & Match Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.