Tak semestinya nak dekorasi dan kemas dapur perlu modal yang mahal.
Walaupun rumah kampung tapi kalau kita bijak menghias memang terus berubah wajah. Bukan alasan lagi untuk tidak perlu menghias kediaman meski hanya sebuah rumah kampung. Memang betul semuanya perlukan duit namun jika kita bijak menggunakan barang-barang yang murah serta kreatif maka kediaman impian pasti menjadi kenyataan.
Dekorasi Dapur Rumah Kampung Hasil Bertukang Sendiri
Berikut catatan Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi pengalaman menghias ruang dapur dengan hasil kudratnya sendiri.
“Ramai yang beranggapan untuk berhias dan mencantikkan kediaman mesti ada modal yang tinggi. Tidak dapat dinafikan fakta ini memang benar. ada modal semua pun jadi. Ye betul…..tak boleh nak dinafikan fakta yang satu tu…tapi bagi kita di ‘kampung house,’ takda modal la puncanya….maka mendesak kita untuk berkarya dengan kudrat tulang empat kerat yang ada.
“Walaupun makan masa hampir dua hingga tiga tahun, semuanya dibuat secara beransur-ansur. Semua dilakukan sendiri. Dek kekangan masa dan tugas hakiki, bila bekerja seorang diri pahit dan manis itulah yang buat kita lebih menghargai setiap perkara.
“Walau tak perfect hasil bertukang orang perempuan…syukur sebab air tangan sendiri. Terima kasih buat encik suami yang sangat menyokong impian kita…selalu bawa balik kayu dan barang terpakai untuk kita realisasikan dapur yang seadanya buat berkumpul anak beranak……tiada peralatan mahal di sini, tiada pinggan mangkuk berjenama juga…..yang ada di sini cuma kasih sayang dan rasa bersyukur.”
Air Tangan Wanita Ini Memang Terbaik
Berikut hasil penat lelah pemilik kediaman yang bertungkus lumus merealisasikan dapur impiannya.
Bila sebut nak makan telur je, ramai yanag skeptical telur ni menggemukkan dan mempunyai kolestrol yang tinggi. Nak tahu ianya fakta atau auta, jom kita baca kepusan dari pakar Nutrisi dari Syaza Nutritionist
Secara ringkasnya, peningkatan kolestrol dalam tubuh bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan telur, malah gaya hidup. tress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan beberapa perkara lain juga menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam tubuh
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka kediaman nampak usang dan hambar yang berusia 35 tahun ini mempunyai hiasan dalaman yang indah serba lengkap.
Malah, kediaman jenis apartment yang terletak di Petaling Jaya ini juga ditatarias dengan konsep rustik industrial yang cantik dan menyenangkan jiwa.
Sentuhan Rustik Industrial Ubah Rumah 35 Tahun Ini
Rekabentuk teliti dan sarat dengan elemen industrial dengan penggunaan bahan yang sengaja dibiar raw dapat dilihat pada segenap ruang kediaman berusia lebih 30 tahun ini.
Untuk info, pemilik rumah ini telah menggunakan khidmat dari firma rekabentuk hiasan dalaman professional, Icon Factory yang membuktikan bahawa kediaman lama juga boleh tampil menarik jika diberi treatment yang betul.
Untuk info, sentuhan Rustik Industrial merujuk kepada gaya hiasan dalaman yang menggabungkan elemen-elemen raw material yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan seperti kayu, logam, dan batu bersama dengan reka bentuk yang sederhana namun fungsional yang sering dilihat dalam tetapan industri atau kilang.
Di bawah ini adalah beberapa ciri utama dari gaya Sentuhan Rustik Industrial:
Raw Material
Gaya ini sering mempamerkan bahan-bahan seperti kayu yang tidak digilap atau dengan sedikit penamat, logam yang sengaja dibiarkan dengan penampilan yang tidak sempurna atau “industrial”, serta penggunaan batu yang kasar.
Perabot dan Hiasan
Perabot biasanya terbuat dari kayu solid atau logam dengan reka bentuk yang simple dan fungsional. Penggunaan lampu gantung dari logam, lampu meja dengan asas logam, dan rak buku terbuka yang menyerupai scaffolding juga merupakan ciri gaya ini.
Palet Warna
Palet warna dalam gaya Sentuhan Rustik Industrial biasanya neutral dan alami. Warna kelabu, putih, hitam, dan kadang kala dipadankan dengan warna kayu yang hangat untuk menambah kelembutan.
Tekstur
Tekstur adalah aspek penting dalam gaya ini. Gabungan tekstur kasar dengan permukaan yang lebih halus mencipta kedalaman visual dan rasa yang unik dalam ruang.
Pencahayaan
Pencahayaan biasanya adalah kombinasi antara fungsi dan estetika. Lampu-lampu dengan design industri, seperti lampu gantung dari besi atau tembaga, dan lampu dinding dengan pipa yang terdedah adalah pilihan yang sesuai dengan tema ini.
Ruang Terbuka
Gaya Rustik Industrial sering kali mengutamakan ruang terbuka dengan sedikit pemisahan antara ruangan untuk mencipta kesan seperti dalam sebuah loft atau gudang.
Aksen Vintage atau Antik
Menambahkan aksesori vintage atau antik dapat menambahkan gaya Rustik Industrial. Barang-barang seperti jam dinding besar gaya vintage, tanda-tanda lama, dan barang-barang yang ditemukan yang mempunyai nilai estetika industri sering digunakan sebagai hiasan.
Jangan pandang sebelah mata pada perabot yang dijual di kedai-kedai secondhand kerana jika nasib menyebelahi kita, mungkin ada “harta karun” yang sedang tunggu untuk diberikan peluang kedua. Tambahan pula, barangan dikedai sebegini biasanya amat limited dan mungkin ada satu saja yang tinggal, justeru meningkatkan lagi nilai estatiknya.
Itulah yang dilakukan pengguna Facebook Fithry Anaqi yang telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi dengan rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan. Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi yang menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.