Rumah kampung jika diberi penataan dekorasi yang indah juga mampu menyerlahkah nilai estetika kediaman yang didiami.
Khaty Fauziah,66 pelakon veteran yang merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Datin Zizie Ezette ada berkongsi hiasan dalaman di kediamannya baru-baru ini.
Konsep Rumah ‘English Cottage’
Memilih rumah berkonsep ‘English Cottage’ dan terbuka, kediaman Fauziah dinamakan “Teratak NEN’Da/ Nen’Da’s Cottage” merupakan gabungan dua panggilan nama iaitu Nena dan Dada.
Cetusan idea dekorasi di rumahnya dihias mengikut citarasa sendiri tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman professional. Hasilnya tidak kurang hebatnya. Jelmaan rumah kampung dengan suntikan kediaman ala kampung Inggeris berjaya diketengahnya.
“Saya sendiri sebagai pereka bentuk rumah & pereka dalaman rumah ini (tak mampu untuk upah pereka dalaman professional) yang berkonsepkan Inggeris dan terbuka (open concept),”katanya.
Reka Bentuk “Rumah Peranginan”
Menginjak usia emas, Fauziah kini menetap di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka bersama suami tersayang, di samping anak-anak dan cucu-cucu yang sesekali datang menginap rumah tersebut.Reka bentuk kediaman dibina seperti berada di rumah peranginan dengan konsep terbuka dan ventilasi ruang pengudaraan diberi keutamaan.
“Memandangkan Melaka mempunyai cuaca yang agak keterlaluan panasnya terutamanya bila di dapur, saya juga memang reka bentuk rumah ini seolah-olah seperti rumah peranginan/chalet untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan siapa juga yang sudi bermalam di rumah saya akan rasa mereka sedang berhealing/holiday,”
“Maka saya buat banyak tingkap, pintu-pintu utama yang besar dengan menggunakan roller shutters supaya banyak ruang untuk angin masuk,” ujarnya.
Ads
Ads
Hiasan Landskap Rumah Mendamaikan
Begitu juga dengan hiasan landskap di halaman rumah. Buai gantung rotan disamping dedaun menjalar memenuhi ruang atap rumah dan pelbagai jenis pokok-pokok dan tanaman disekeliling rumah cukup menyerlahkan lagi dekorasi taman. Cukup redup dan mendamaikan, saujana mata yang memandang.
Ads
“Alhamdulillah.. Walau pun hanya sebuah teratak tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pinjamkan harta dunia ini buat kami nikmati sisa-sisa hidup yang masih ada,” ujarnya.
IMPIANA: Memang cantik dan menarik konsep ‘English Cottage’ kediaman Khaty Fauziah ini. Cukup redup dan menenangkan seperti berada di rumah peranginan. Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari konsep ini.
Cantik interior rumah milik Kak Nona atau nama sebenar Rose Azlin Rosli yang juga anak kedua kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini. Suasana landskap laman yang menghijau dan konsep kediaman yang cukup menenangkan seperti berada di resort percutian, bagaikan bercuti di rumah sendiri.
Konsep Bali Jadi Pilihan
Kak Nona memilih Konsep Bali pada kediamannya dengan rekaan ruang terbuka bagi pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Rumah juga dihias indah bagi menikmati saat manis waktu bersama keluarga.
“Semasa buat rumah ni, kak nona memang suka concept Bali. Bertepatan dengan citarasa kak nona sebab banyak natural light masuk, natural air, perabot kemas dan tak serabut. Setiap ruang dihiasi indah untuk kami luangkan masa bersama keluarga untuk kami ciptakan kenangan bersama, “ ujarnya.
Rumah Seperti Resort Percutian
Bagi Kak Nona paling penting inginkan kediaman seperti berada di resort, rasa tenang apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja.
“Kak Nona juga nak rasa kan rumah kita seperti resort ketika bercuti. Boleh lah kita tenangkan fikiran dan berehat setelah penat seharian bekerja. Bila rumah kita bersih tenang baru otak kita pun dapat recharge everyday kan,” tambahnya lagi.
Outdoor Kitchen Tempat Berkumpul Keluarga
Memiliki keluarga besar yang gemar memasak menjadikan mempunyai ‘outdoor kitchen’ bagaikan satu kemestian dan pengalaman yang menyeronokkan apabila berkumpul bersama.
“Total keluarga besar kami 29 orang, bila berkumpul kita suka masak-masak bersama jadi outdoor kitchen memang best sangat. Kerusi rumah ni memang muat untuk kami semua bila berkumpul.”
“Syukur Alhamdulillah Allah beri rezeki yang tak putus-putus kepada keluarga kami. Inilah impian dan cita-cita kak Nona untuk memiliki rumah idaman Bali concept!,” katanya.
Pemilihan perabot kayu dan rotan juga banyak digunakan bagi melengkapi konsep Bali ini. Begitu juga pemilihan pokok-pokok landskap laman seperti Calathea Lutea, Heliconia dan Fiddle Fig.
Selalunya di kediaman rumah landed, pasti bahagian bawah tangga menuju ke tingkat atas dibiarkan kosong atau dijadikan tempat stor simpanan barang, tetapi tidak bagi pemilik kediaman jenis Teres 1-Tingkat di Jeram, Kuala Selangor iaitu Pn Haslina Hassan yang mahukan rumahnya tampil menarik dengan hiasan dalaman terkini.
‘Memang niat saya dan suami ingin menjadikan ruang bawah tangga lebih bermanfaat kerana ramai orang membiarkan bahagian ini kosong tanpa sebarang kemasan serta mahu ia nampak berbeza daripada rumah orang lain’, ujar Cikgu Haslina yang mengajar subjek Sains di sebuah sekolah kerajaan.
Penulis amat tertarik dengan usaha yang dijalankan oleh pemilik untuk menaiktaraf bahagian bawah tangga rumah untuk menjadi tempat berehat serta sesuai untuk digunakan oleh tetamu yang datang bertandang dan menyukai cetusan idea di kabinet tv rumah ini.
Menurut Pn Haslina, beliau mendapat bantuan daripada kontraktor pertukangan yang dikenali dalam laman sosial instagram untuk merealisasikan idea beliau iaitu mempunyai kabinet yang memukau mata dalam rumah yang berkeluasan 1500 kaki persegi.
“Walaupun menelan belanja yang agak tinggi serta mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan secara berperingkat, kami tetap berasa bangga dan amat berpuas hati dengan pilihan dekor yang kami lakukan dalam rumah ini”, katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mendiami kediaman rumah rakyat tapi sentuhan dekorasinya cukup cantik walau pun ringkas. Melihat perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman seakan melihat katalog Ikea. Memang boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Semua perabot kayu DIY, jimat sekali boleh!
Deko raya PKP 2021 di rumah mesra rakyat. Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan & diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh jimat.
Meja dan kerusi dari kayu pallet dan kayu papan rumah arwah datuk.Kos wainscoting, kayu RM36, gam RM7, paku RM2, cat guna apa yang ada. Rak dan kerusi DIY jugaRuang tamu cermin & meja tepi DIY, yang lain beliAsalnya rak anak, makeover jadi rak TVMainan anak pun buat sendiri.
Rak dan meja di dapur daripada kayu juga
Rumah kucing pun ada
Memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.