Saiz tanah yang sempit bukanlah penghalang untuk mewujudkan kediaman impian. Walaupun ruang yang terhad, namun dengan perancangan yang bijak dan kreativiti yang mencukupi, kita masih boleh mencipta sebuah tempat tinggal yang selesa dan memenuhi kehendak kita
Hal ini telah dibuktikan dengan sebuah kediaman di negara jiran yang dibina atas tanah dengan keluasan 5.5 meter persegi sahaja! Walaupun ruang nya terhad, rumah ini masih lagi mampu kelihatan selesa dan lengkap.
“Trow House ini dibina di Jakarta Barat atas tanah seluas 5.5 meter.
Dibina dengan konsep Top Ceiling iaitu siling ditinggikan agar dapat cipta lapisan void antara setiap ruang. Kediaman akan dapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan nyaman bila siling dibina tinggi begini.
Ads
Arkitek yang memimpin kerja ini adalah Hezby Ryandi. Mari kita lihat setiap ruang dan rumah yang menarik ini.
Rumah kampung jika diberi penataan dekorasi yang indah juga mampu menyerlahkah nilai estetika kediaman yang didiami.
Khaty Fauziah,66 pelakon veteran yang merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Datin Zizie Ezette ada berkongsi hiasan dalaman di kediamannya baru-baru ini.
Memilih rumah berkonsep ‘English Cottage’ dan terbuka, kediaman Fauziah dinamakan “Teratak NEN’Da/ Nen’Da’s Cottage” merupakan gabungan dua panggilan nama iaitu Nena dan Dada.
Cetusan idea dekorasi di rumahnya dihias mengikut citarasa sendiri tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman professional. Hasilnya tidak kurang hebatnya. Jelmaan rumah kampung dengan suntikan kediaman ala kampung Inggeris berjaya diketengahnya.
“Saya sendiri sebagai pereka bentuk rumah & pereka dalaman rumah ini (tak mampu untuk upah pereka dalaman professional) yang berkonsepkan Inggeris dan terbuka (open concept),”katanya.
Menginjak usia emas, Fauziah kini menetap di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka bersama suami tersayang, di samping anak-anak dan cucu-cucu yang sesekali datang menginap rumah tersebut.Reka bentuk kediaman dibina seperti berada di rumah peranginan dengan konsep terbuka dan ventilasi ruang pengudaraan diberi keutamaan.
“Memandangkan Melaka mempunyai cuaca yang agak keterlaluan panasnya terutamanya bila di dapur, saya juga memang reka bentuk rumah ini seolah-olah seperti rumah peranginan/chalet untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan siapa juga yang sudi bermalam di rumah saya akan rasa mereka sedang berhealing/holiday,”
“Maka saya buat banyak tingkap, pintu-pintu utama yang besar dengan menggunakan roller shutters supaya banyak ruang untuk angin masuk,” ujarnya.
Begitu juga dengan hiasan landskap di halaman rumah. Buai gantung rotan disamping dedaun menjalar memenuhi ruang atap rumah dan pelbagai jenis pokok-pokok dan tanaman disekeliling rumah cukup menyerlahkan lagi dekorasi taman. Cukup redup dan mendamaikan, saujana mata yang memandang.
“Alhamdulillah.. Walau pun hanya sebuah teratak tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pinjamkan harta dunia ini buat kami nikmati sisa-sisa hidup yang masih ada,” ujarnya.
IMPIANA: Memang cantik dan menarik konsep ‘English Cottage’ kediaman Khaty Fauziah ini. Cukup redup dan menenangkan seperti berada di rumah peranginan. Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari konsep ini.
Memang nampak mewah dengan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah. Selain itu ia juga dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Konsep ‘farmhouse’ atau rumah ladang ala Inggeris itu kini semakin digemari, khususnya bagi yang sukakan gaya desa. Ia menerapkan rekaan dalaman rumah yang hangat dan romantik kerana dekat dengan alam serta kedesaan Inggeris.
Konsep ini juga sesuai bagi rumah yang bersaiz kompak dan kecil. Kediamannya yang kompak akan kelihatan cozy dan yang paling penting impak dekorasi yang dipilih menghasilkan ruang kelihatan lebih luas.
Seperti pemilik kediaman jenis teres Watie Abdullah diy sendiri ruang dapur dan patio dengan konsep ‘Farmhouse’ ini.
Ini perkongsiannya :
“Start deco dari nov tahun lepas, buat berdua laki bini je. Moga dapat beri inspirasi untuk semua.”
Ruang tamu. Termenung juga mula-mula dulu nak dedekor macam mana la ruang terhad.
Fire place untuk rumah farmhouse mesti nak kene ada ni, acah je la nak vibe rumah orang putih.
Ruang makan dan dapur. Nampak kecik betul.
Table bar ni diy sendiri dan kerusi dari ikea
meja tu custom made tahun 2017 lagi. Memang dari dulu suka elemen kayu
Ruang bawah island tempat simpan jajan untuk anak-anak buah
Cermin tingkap buat sendiri sbb nak nampk lebih rustik.
Backsplash jenis sticker, dekat shoppe banyak jual.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...