Kondominium konsep dekorasi ala rumah kampung. Tak kiralah rumah anda memang terletak di kampung atau berada di dalam bandar sekalipun, anda boleh menggunakan konsep ala kampung ini.
Kediaman yang dimiliki oleh Azmir Bakor ini dijadikan rumah persinggahan oleh pemilik kediaman. Bagaimanapun rumah ini dijadikan sebagai homestay jika pemilik kediaman tidak datang ke rumah tersebut.
Hiasan dalaman rumah ini berkonsepkan rumah ala kampung. Selain menggunakan dinding dan lantai kayu, warna deko rumah pun memang berunsurkan warna coklat. Kebiasaannya hiasan ruang tamu rumah kampung banyak menggunakan perabot kayu selain perabot kayu jati. Boleh juga gabungkan barangan lama dan baru agar hiasan ala kampung menjadi lebih menarik dan menawan.
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dekorasi kondominium milik Azmir Bakor ini.
Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartmentuntuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Ruang tamu jenis memanjang, bersambung hingga ke dapur, ini idea yang boleh dipraktikkan. Apabila keluasan kediaman terhad jadi idea hendak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...