Tip pasang sendiri lampu di laman rumah, kena tahu langkah-langkah perlu dibuat. Pencahayaan di laman amat penting. Ia bukan sekadar menghidupkan laman diwaktu malam malah sebagai salah satu tujuan keselamatan.
Terdapat pelbagai rekaan dan jenis lampu laman. Namun yang menjadi kebiasaan dan kerap digunakan adalah jenis lampu suar (spotlight), lampu limpah (flood light).
Terdapat beberapa jenis lampu landskap atau lampu taman yang lain iaitu seperti wall light dan sebagainya. Namun, untuk melakukan pemasangan lampu di laman sedikit ilmu diperlukan untuk memastikan lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. PILIH LAMPU
Di pasaran, terdapat dua jenis lampu laman iaitu pencahayaan yang menggunakan GCFI outlet atau tenaga solar. Jika pemilihan lampu solar, pemasanagan dan pendawaian tidak perlu dilakukan. Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang lebih awal berapa panjang wayar yang diperlukan untuk menyambungkan lampu-lampu dengan outlet dan jenis penyambung.
2. OUTLET BERHAMPIRAN
Sediakan pembekal atau outlet elektrik di luar kediaman. Ia bagi memudahkan tugas-tugas penyambungan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan.
3. LETAK POWER PACK BERHAMPIRAN OUTLET
Kotak kawalan dan sambungan lampu perlu diletakkan berhampiran dengan outlet. Ia memudahkan anda untuk mengawal aliran tenaga yang perlu disalurkan pada keseluruhan lampu
4. PASANG LAMPU
Pasangkan lampu di lokasi yang telah dipilih mengikut arahan pengilang. Untuk pemasangan lampu pada lantai laman, gunkan trowel untuk memudahkan anda menanam tiang atau kaki lampu.
Ads
5. PENDAWAIAN
Selesai pemasangan lampu, lakukan pendawaian dari outlet terus ke bahagian yang telah disasarkan.
6. CABLE CONNECTOR
Sambungkan setiap lampu dengan pendawaian yang telah siap dengan menggunakan cabble connector.
7. TANAM KABEL
Untuk tanam kabel tak perlu menggali, cukup sekadar buat satu longkang kecil saiz kabel dengan menggunakan trowel. Posisikan cable di dalam longkang kecil yang telah disediakan dan tanam atau tutup semula lubang tersebut.
8. SAMBUNGAN PENDAWAIAN KE OUTLET
Selesai pemasangan lampu pada aliran pendawaian, sambungkan pula pada power pack untuk tujuan kawalan dan terus ke outlet.
Sandpaper vine mendapat nama dari fizikal daunnya yang kasar macam kertas pasir. Tanaman dari Maxico ni boleh hidup subur dalam iklim Malaysia. Menariknya, ia amat mudah dibiakkan sama ada dari biji benih atau keratan batang. Kalau nak beli anak pokok nya di nurseri, harga antara RM 25-35 bergantung kepada saiz.
Siti Hanora berkongsi cara mudah dan cepat biak anak pokok sandpaper vinedari biji benih bersama-sama rakan dalam group Kebun Tepi Rumah. Jom kita lihat caranya:
Saya kurang minat menanam bunga. Tetapi bunga ungu berdaun dan berbatang kasar ini mudah ditanam, mudah hidup, tak perlu dijaga rapi….jadi saya tanam. Jom tengok bagaimana nak menyemai bunga sandpaper vine yang cantik ini.
Bunga muda berwarna ungu muda. Berbunga tak kira masa hujan atau panas
Muncul bunga ungu tua menambah seri macam tocang Rapunzel. Masa ni bunga cantik sangat. Bunga ungu tua ini akan gugur menyebarkan warna ungu di merata tempat. Indah sungguh
Apabila bunga bertukar warna menjadi hijau dan akhirnya coklat menunjukkan bunga akan gugur
Bunga berguguran terbang ke tanah macam helikopter. Bunga inilah yang dijadikan benih
Ada dua jenis benih, bulat dan tirus. Ambil Yang bulat untuk disemai. Yang tirus tak hidup jika disemai
Dah tumbuh…nampakkan bulat benihnya
Bunga ni jatuh dan tumbuh sendiri dalam bekas minyak yang ada pokok cekur. Lama2 cekur pun mati….Dah boleh alih di pasu atau tanam di tanah
Kalau rajin buat pergola. Takpun pacak tiang yang kukuh untuk pokok ini menjalar. Saya tanam di beranda dapur. Panjat tiang batu dan dawai. Dapat air dari hujan dan aircond. Tak payah siram. Tau2 berbunga. Cantikkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bermula dari PKP (Perintah Kawalan Pergerak) yang dilakukan bulan 3 tahun lepas, berkebun menjadi hobi no. 1 bagi mengisi masa yang terluang. Namun, kebiasaanya aktiviti ini hanya diminita golongan dewasa berbeza pula bagi Muhammad Benyamin yang berusia 13 tahun.
Nama saya Ben. Sekolah tingkatan 1 pun tak habis. Bukan berhenti, tapi sebab PKP la. Nak masuk tingkatan 2 pun online je. Saya suka bertukang. Ayah saya minat hidroponik. Sejak PKP 1 dahulu, dia buat bengkel buat set hidroponik DIY. Kami guna paip petak. Hari-hari saya buat kerja ni, sampailah sekarang saya yang buat semua. Ayah dah serah pada saya.
Kami jual produk kami di Shopee dan kepada saudara mara dan kenalan. Alhamdulillah, sekarang kami dapat buka ruang kerja untuk bekas anak-anak murid ayah saya yang dah habis sekolah tapi takde kerja. Mereka ni pelajar pendidikan khas. Secara tidak langsung kami buka ruang untuk mereka bekerja. Ada 2 orang yang hari-hari datang. Yang lain jika ada kerja banyak baru panggil.
Oh ya, kami kerja sebelah petang je. Pukul 2.00 sampai 6.00 petang. So, jangan kata saya tak sekolah ye. Jemput like dan follow page kami Eduponix atau boleh terus beli online di kedai shoppe https://shopee.com.my/eduponix
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Puan Noor Hafiza Mohamad memang terkenal dengan tip menghias dan mengemas rumah nya. Baru-baru ini, Puan Hafiza berkongsi bajet dekorasi kediamannya. Dengan hanya modal RM 3K, dekorasi berkonsepkan gabungkan mid century, scandi dan boho dapat direalisasikan.
Deko rumah flat berkeluasan <600 sqft.
Sepanjang 9 tahun usia perkahwinan kami, saya suka mendalami ilmu dekorasi dan ia mengajar saya tentang mengurus rumah dengan lebih baik. Bukan sahaja mahu cantik, tapi lebih penting adalah rumah lebih terurus dan praktikal kepada isi rumah.
Untuk memastikan rumah sentiasa kemas, saya melabur sedikit untuk menyediakan ruang penyimpanan barang-barang dengan menggunakan prinsip setiap barang ada rumahnya sendiri. Lebih mudah nak kemas apabila selepas guna, kita terus simpan pada rumahnya.
Untuk mengelakkan rasa bosan dengan warna atau konsep deko, kami biasanya hanya bertukar warna “soft furnishing” seperti karpet, langsir, sarung kusyen dan hiasan dinding. Ia tidak melibatkan bajet yang besar. Kami hanya tukar konsep deko apabila perabot besar rosak dan perlu diganti baru seperti sofa. Ini pun selepas 5-6 tahun menggunakan perabot terpakai. Pada masa inilah kami mula rancang untuk tentukan konsep baru, alang-alang mahu beli sofa baru kami tentukan juga konsep yang sesuai dengan mood ketika ini.
Pada penguhung tahun 2019, saya beli perabot berkonsep mid century iaitu sofa 3 seater RM780, almari TV (RM450), sideboard RM430, cermin bulat RM120, meja kopi RM240, bench RM180, almari kasut RM350. Jumlah harga semua perabot kurang RM3,000 termasuk penghantaran
Bila semakin meningkat umur, kami bukan lagi mahu deko mengikut trend atau hipster tetapi lebih kepada mencipta sebuah rumah kecil supaya nampak lebih luas, warna lebih sejuk dan tenang, dan paling penting rumah senang diurus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.