Flat ‘Prestige’ keluasan 650 kaki persegi berubah wajah, dekorasi nampak macam kondominium. Walaupun berkeluasan terhad, ia bukanlah menjadi faktor halangan untuk mendekorasikan kediaman mengikut cita rasa sendiri.
Buktinya, rumah flat(Prestige Apartment) yang terletak di Balik Pulau ini berubah wajah apabila diubah suai oleh pemilik kediaman. Terus nampak macam apartment/kondominium. Dengan keluasan hanya 650 kaki persegi, dekorasi dalaman flat ini tetap nampak meriah.
Pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari dengan baja DIY campuran tiga bahan. Kalau ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun adakalanya pokok-pokok hiasan yang ditanam tidak mengeluarkan bunga. Hanya banyak daun sahaja.
Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.
Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian/mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga. Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya juga tidak mahal.
BAHAN:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.
3. Peram selama tiga hari paling minimum. Lebih lama diperam lebih baik.
4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam dalam botol air mineral tadi biar semua bahan jadi sebati.
5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.
6. Siram pada batang pokok sahaja.
Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.
Tip pilih sofa kulit untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik. Sofa kulit asli merupakan salah satu perabot yang menjadi kegemaran ramai kerana ia nampak elegan dan tahan lasak. Kehadiran sofa kulit mampu memberikan kesan mewah dan klasik pada masa yang sama kepada bilik di rumah.
Bagaimanapun, memilih sofa kulit tulen yang sesuai untuk dalaman rumah klasik boleh menjadi tugas yang mencabar, kerana jika tersalah pilih sofa, maka kesannya bilik akan kelihatan lebih sempit dan tidak selesa.
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda memilih sofa kulit tulen yang betul untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik.
PILIH WARNA YANG PADAN DENGAN INTERIOR RUMAH KLASIK
Warna sofa kulit tulen yang anda pilih mestilah sepadan dengan warna dalaman rumah klasik anda. Untuk dalaman rumah klasik, warna seperti coklat gelap, hitam, merah tua dan hijau tua akan kelihatan sangat sesuai. Warna-warna ini akan memberikan bilik anda rasa klasik, hangat dan elegan.
PERTIMBANGKAN SAIZ SOFA
Mengukur ruang dengan model dan saiz sofakulit yang akan anda beli adalah salah satu faktor yang paling penting. Anda boleh mengukur ruang di rumah anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa kulit, supaya apabila anda memutuskan untuk membeli sofa, anda sudah tahu saiz yang sesuai.
Saiz sofa juga perlu dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit tulen untuk dalaman rumah klasik. Pastikan sofa yang anda pilih adalah saiz yang sesuai untuk ruang yang ingin diletakkan sofa tersebut. Jangan pilih sofa yang terlalu besar sehingga menyebabkan ruang tersebut kelihatan sempit dan tidak seimbang.
BERI PERHATIAN KEPADA BUTIRAN REKA BENTUK
Reka bentuk sofa kulit tulen yang betul untuk dalaman rumah klasik adalah reka bentuk yang mempunyai perincian yang menarik dan elegan. Pilih sofa dengan bingkai kayu yang cantik dan ukiran halus. Butiran seperti kaki sofa melengkung atau tempat letak tangan berpusing mampu menambah sentuhan klasik pada bahagian dalam rumah anda.
PASTIKAN KUALITI KULIT TULEN YANG DIGUNAKAN
Kualiti kulit tulen adalah faktor penting untuk dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit untuk dekorasi rumah klasik. Pastikan kulit yang digunakan adalah kulit asli yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda juga boleh menyemak sama ada kulit telah melalui proses penyamakan yang baik supaya ia kekal tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, pilih sofa dengan bingkai yang kukuh dan kukuh untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk digunakan.
SESUAIKAN DENGAN BAJET ANDA
Akhir sekali, pastikan pilihan sofa kulit tulen yang ingin dibeli mengikut bajet anda. Sofa kulit tulen berkualiti tinggi biasanya mempunyai harga yang mahal. Namun, jangan korbankan kualiti untuk harga yang lebih rendah. Pilih sofa kulit asli yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda.
Kesimpulannya ketika memilih sofa kulit tulen yang betul untuk dekorasi dengan tema klasik, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan faktor seperti warna, saiz, reka bentuk, kualiti kulit dan bajet. Dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor ini, anda boleh memilih sofa kulit tulen yang betul untuk menjadikan dekorasi kediaman anda yang bertemakan klasik lebih elegan, hangat dan selesa.
Rumah siling tinggi boleh buat loteng, guna setiap ruang sebaik mungkin. Bagi mereka yang memiliki rumah dengan siling yang tinggi dan luas, anda boleh memanfaatkan ruang tersebut dengan membina loteng.
Jangan membazir ruang yang ada, maksimumkan ruang sebaik mungkin. Berikut perkongsian daripada Atam Ayu
“Menjawab isu siling tinggi..rumah saya teres setingkat 4 bilik 2 bilik air berkeluasan 20×70
Binaan rumah 20×50. 2 bilik siling tinggi ukuran 14 atau 15 kaki. Saya buat loteng pada tahun 2021.
“Harga bilik pertama RM2800. Harga bilik kedua RM3200 ( tukar tingkap nakoke tingkap besi terbuka supaya senang untuk keluar/masuk ke tangki air ). Jumlah kos keseluruhan RM6000.
“Tangki air suami ubah dari kedudukan tengah ke bucu. Ruang tengah kami letak rumput karpet, jadikan ruang menonton wayang malam minggu. Tambah atap sikit. Semua suami diy sendiri sahaja. Ruang tangki dibahagian tepi kami buat stor. Jadi dari 4 bilik asal, jadi 7 bilik (2 tambahan loteng + 1 ruang tangki air).”
Berikut dikongsikan gambar-gambar proses sebelum dan selepas loteng dibuat.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...