Lantai bercapuk? Bukan masalah lagi, hanya guna tisu basah kedai Eco, ‘settle’ masalah. Masalah lantai bercapuk memang menyakitkan mata. Tambah sakit hati bila pijak lantai, tapak kaki rasa melekit-lekit. Tak kanlah nak mop setiap hari. Buat yang bekerja tentulah tiada masa untuk mop lantai setiap hari.
Melalui perkongsian Malini Umairah, wanita ini berkongsi tip bagaimana mengatasi masalah lantai bercapuk. Hanya menggunakan tisu basah yang dibeli di kedai Eco, masalah lantai bercapuk dapat di atasi dengan mudah.
“Asalnya saya pakai karpet di bahagian ruang tamu. Bagaimanapun saya sedang mengajar anak saya ‘potty train’ kenalah alihkan semua karpet. Bila angkat karpet, lantai jadi bercapuk.
“Saya cuba mop dua, tiga kali tetapi masih lagi ada kesan-kesan bercapuk. Saya cuba floor cleaning wet wipes Ganso. Try pakai wipes tissue ni, dua keping sahaja, selesai masalah. Boleh tengok gambar sebelum dan selepas saya mop, angle yang sama.
English rose tumbuh subur dan merimbun, rupanya ada ‘rahsia’ kena amalkan. Menanam pokok bunga rose bukanlah sesukar dulu lagi sekiranya kena dengan cara, kaedah dan juga penggunaan media yang tepat bagi menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan subur.
Ikuti cara serta tip mudah menanam bunga terutamanya pokok bunga English Rose ini dari baka-baka luar negara mengikut gaya dan kaedah English Rose Addarosa Puncak Alam. Pokok akan hidup subur, berbunga lebat, saiz bunga yang lebih besar seakan berada di cuaca tempat asalnya.
Langkah pertama buangkan medium asal dari poly beg. Merujuk kepada gambar contoh pembekal menggunakan sekam padi sebagai medium asas. Buang medium lama tersebut sehingga nampak urat akar atau lebih atau ikuti seperti gambar contoh.
Merujuk kepada kondisi akar pada pokok ini, pokok ini dikatakan sangat sihat kerana berakar putih. Sekiranya terdapat medium lama yang telah keras, ketuk secara perlahan dan pastikan ia terlerai.
Setelah medium lama dibuang, kemuadiannya spray akar tersebut dengan bancuhan racun kawalan serangga dan kulat supaya akar akan bertambah sihat.
Kemudian langkah seterusnya adalah penyediaan medium untuk proses menanam rose. Sediakan bahan utama iaitu tanah khas ros dan juga pati nutrien ibu medium sebagai bahan asas untuk penyediaan medium rose anda. Nisbah yang digunakan adalah 1 paket pati nutrien digaul bersama 2 kg tanah khas rose atau tanah 6 in 1. Gaulkan rata sehingga sebati.
Seterusnya sediakan pasu yang sesuai. Awal memasu tidak perlulah pasu yang terlalu besar. Kaedah ini supaya pokok akan mendapat nutrien yang secukupnya dan mempercepatkan proses tumbesaran pokok selain mengurangkan masalah kanker. Pastikan lubang tidak ditutup bagi melancarkan pengaliran air yg baik. Kemudian letakkan satu lapisan aduan medium di pasu.
Masukkan pokok yang telah dibuang 85-90% medium lama. Selerakkan akar secara mengembang supaya akar bebas dan mudah menerima serta mecari makanan atau nutrien.
Langkah seterusnya, tambahkan satu lapisan lapisan adunan medium pada permukaan akar pokok. Kemudian tekan keliling pasu tersebut, supaya medium terus dapat mencengkam akar dengan baik dan kemas. kemudian tambahkan atau habiskan adunan medium tadi.
Gunakan buloh sebagai penyokong pokok supaya pokok tidak goyang dan terus stabil. Sedikit info dalam proses ini iaitu apabila pokok yang tidak stabil kedudukannya akan melambatkan proses penstabilan kerana menyebabkan pokok bergerak-gerak dan menyebabkan akar turut terganggu kerana tidak memegang tanah dengan kemas. Ini baru dikatakan akar goyang. Kesan biasanya pokok akan layu dalam tempoh yang lama selepas dipasukan dan sekiranya berterusan ada kemungkinan terus mengering.
Seterusnya, lakukan sedikit cantasan dimana buang daun-daun yang tidak sihat, daun atau pucuk kering, putik baru yang tidak stabil serta blind shoot supaya mempercepatkan proses pengeluaran tunas baru.
Kemudian tanamkan segenggam baja Addarosa disekeliling pokok bagi mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Caranya korek sedikit permukaan tanah kemudiannya kambus semula. Setelah selesai, siram pokok sehingga lenjun dan pastikan air membasahi keseluruhan pokok dan tanah. Selepas 5 minit disiram, sembur bancuhan kawalan perosak.
Akhir sekali, pokok yang telah siap dipasukan tadi diletakkan di bawah bumbung atau ditempat teduh selama 3-7 hari sehingga pokok nampak segar semula.
Langkah terakhir, petang keesokannya buat semburan Vitamin Booster bada keseluruhan pokok termasuk daun dan dahan bagi mempercepatkan serta menggalakkan proses tunas baru.
Untuk langkah penjagaan seterusnya, pastikan pokok anda dibaja, diberi vitamin booster dan formula kawalan tiga serangkai 3A Addarosa untuk pokok yang lebih sihat, subur, galak berbunga dan merimbun.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dekorasi dapur rumah kampung hasil bertukang sendiri, puas hati tengok hasil ‘kejadian.’ Siapa kata duduk di rumah kampung, kita tidak perlu beria-ia menghias kediaman? Rumah kampung kalau kita bijak menghias memang terus berubah wajah.
Selalunya modal sering dijadikan alasan untuk menghias kediaman. Memang betul semuanya perlukan duit namun jika kita bijak menggunakan barang-barang yang murah serta kreatif maka kediaman impian pasti menjadi kenyataan.
Berikut catatan Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi pengalaman menghias ruang dapur dengan hasil kudratnya sendiri.
“Ramai yang beranggapan untuk berhias dan mencantikkan kediaman mesti ada modal yang tinggi. Tidak dapat dinafikan fakta ini memang benar. Ada modal semua pun jadi. Ye betul…..tak boleh nak dinafikan fakta yang satu tu…tapi bagi kita di ‘kampung house,’ takda modal la puncanya….maka mendesak kita untuk berkarya dengan kudrat tulang empat kerat yang ada.
“Walaupun makan masa hampir dua hingga tiga tahun, semuanya dibuat secara beransur-ansur. Semua dilakukan sendiri. Dek kekangan masa dan tugas hakiki, bila bekerja seorang diri pahit dan manis itulah yang buat kita lebih menghargai setiap perkara.
“Walau tak perfect hasil bertukang orang perempuan…syukur sebab air tangan sendiri. Terima kasih buat encik suami yang sangat menyokong impian kita…selalu bawa balik kayu dan barang terpakai untuk kita realisasikan dapur yang seadanya buat berkumpul anak beranak……tiada peralatan mahal di sini, tiada pinggan mangkuk berjenama juga…..yang ada di sini cuma kasih sayang dan rasa bersyukur.”
Berikut hasil penat lelah pemilik kediaman yang bertungkus lumus merealisasikan dapur impiannya.
Pasu ‘oversize’ ada fungsinya, laman yang suram terus nampak ‘bernyawa.’ Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri.
Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.