Jenama alatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) kini mengorak langkahj dengan mengukir masa depan hiburan rumah dengan pengenalan siri TV OLED terbaharu mereka! Dianugerahkan sebagai Jenama TV OLED No. 1 Dunia selama 10 tahun berturut-turut, LG dengan bangganya memperkenalkan siri TV OLED yang tercanggih, iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.
LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti Pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG menyatakan bahawa beliau yakin yang siri TV OLED ini akan menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.
“LG telah mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna. Sebagai jenama inovatif yang telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami,” kata Justin.
Siri TV OLED terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
Ads
Pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan – Siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam berbantukan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.
Brightness Booster Max untuk imej yang lebih realistik – Kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik. Peningkatan ketara untuk siri OLED evo G3 ialah teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan yang baharu dan algoritma peningkatan cahaya untuk meningkatkan tahap kecerahan sehingga 70 peratus.
Versi terbaharu webOS adalah antara muka pengguna (UI) yang direka bentuk semula untuk meningkatkan pengalaman pengguna – Antara muka terbaharu bagi laman utama didatangkan dengan ciri “Quick Cards” yang menawarkan akses mudah kepada kandungan dan perkhidmatan yang paling kerap digunakan, akan dikumpulkan di bawah kategori seperti Gaming, Muzik, Sukan, dan lain-lain.
Pengalaman pawagam di rumah yang terhebat – Semua TV OLED disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos. Selain itu, TV LG tahun ini menawarkan integrasi soundbar yang sempurna dengan menyampaikan bunyi keliling berbilang saluran dengan kualiti yang dipertingkatkan oleh IMAX, yang dikuasakan oleh DTS:X. TV dan soundbar LG boleh digabungkan untuk menawarkan ciri WOW Orchestra². Pengguna dapat mempertingkatkan pengalaman audio mereka ke tahap yang lebih memuaskan dengan gabungan canggih TV LG dan soundbar LG, yang membolehkan pendengar meneliti setiap butiran halus.
Dioptimumkan untuk Gaming³ – Dengan masa kadar segar serendah 0.1ms, Nvidia G-SYNC, bersama sokongan AMD FreeSync Premium. Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan VRR.
Tiada lagi sudut pandangan yang mengganggu – kini kami mengalu-alukan ketibaan TV yang mudah disesuaikan di ruang anda, sama ada untuk mempamerkan seni atau untuk hiburan, LG Malaysia memperkenalkan Siri LG OLED evo G3 yang mempunyai reka bentuk tanpa jurang yang dapat diletakkan di dinding dengan sempurna. Paparan ultra-nipis yang terduduk kemas di dinding menciptakan penampilan yang anggun seolah-olah ia sebahagian daripada dinding. Jika anda lebih idamkan fleksibiti sama ada untuk meletakkan TV di dinding atau atas TV stand, kami mengesyorkan LG OLED evo C3 sebagai pilihan terbaik untuk anda. Bagi mereka yang inginkan tetapan yang canggih dalam pakej yang lebih mudah, LG OLED A3 yang menampilkan pemproses AI α7 4K Gen6 merupakan pilihan ideal.
Produk
TV (Inci)
MSRP (RM)
LG OLED evo G3
77”
32,999.00
65”
17,999.00
LG OLED evo C3
83”
35,999.00
77”
29,999.00
65”
14,999.00
55”
10,999.00
LG OLED A3
65”
11,999.00
55’
8,999.00
Selain itu, LG juga telah memperkenalkan dua skrin gaya hidup terbaharu yang kini boleh didapati di Malaysia. Koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya yang mudah disesuaikan di ruang anda. Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju. LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti yang luar biasa dan pengalaman gaming yang mengasyikkan, khas untuk memenuhi keperluan paragamers.
Ads
“Dengan legasi 10 tahun sebagai jenama TV OLED No. 1 dunia, kami amat menghargai sokongan yang berterusan daripada pelanggan kami. Kami berusaha untuk melangkaui batasan dan mentakrifkan semula kualiti hiburan visual melalui inovasi berterusan sambil memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang. Akhirnya, kami mahu memastikan pelanggan kami dapat menikmati “A Good Life” dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.
Sempena ulang tahun TV OLED No 1 di Dunia selama 10 tahun berturut-turut, pelanggan boleh mengunjungi pameran bergerak LG’s Perfect 10th, Perfect Black dari sekarang hingga Ahad, 16 Julai 2023 di Mid Valley Megamall Centre Court, Ground Floor untuk menikmati promosi istimewa sehingga RM1,700 kredit TNG eWallet dan berpeluang memenangi unit percuma LG 65″ TV yang boleh direbut!
Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..
Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:
Kena padankan sofa dengan armchairs
Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.
2. Tidak semua perlu warna putih
Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.
3. Meja dan kerusi makan harus sepadan
Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.
4. Kena penuhkan setiap ruang
Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.
5. Bilik tidur kanak-kanak kena cat warna terang
Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.
6. Semua tingkap perlu langsir
Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Microwave, ramai yang faham penggunaannya hanya untuk memanas makanan. Namun, ada microwave atau ketuhar gelombang mikro ini mempunyai fungsi sama seperti oven atau pemanggang. Namun hasilnya tidaklah sebaik pembakar. Apa yang anda tahu cara pengguna microwave? Sudah pastinya, di larang sama sekali menggunakan peralatan besi seperti pinggan atau sudu. betul tak? Selain tu, apa tip atau cara penggunaan microwave yang anda tahu?
Sebenarnya, ramai yang tak pasti dan tak tahu cara atau tip penggunaan microwave. Antaranya adalah:
1. Jangan cuba resepi yang mengandungi atau memerlukan banyak air. Kandungan haba yang terdapat di dalam microwave tidak sesuai untuk masakan jenis berair. ia akan cepat mengering malah kalau untuk tujuan masakkan, makanan tadi tak masak.
2. Susun makanan secara tertib. Pastikan susun makan mengikut saiz dan bentuk. Seperti kentang, susun dalam bentuk bulatan atau empat segi sekeliling supaya di tengah-tengah kosong dan ruang haba dapat berputar
3. Tutup bekas yang digunakan untuk mengelak makanan dari mudah terpercik dan mengotorkan microwave anda. Di samping itu juga, ia lebih mempercepatkan makanan tadi masak kerana terdapat penutup yang memerangkap di dalam bekas makanan
4. Kerap kacau makanan anda. Ia bagi tujun untuk memastikan proses memasak atau memanas dapat dilakukan sama rata
5. Potong makanan menjadi saiz yang lebih kecil. Ini bergantung kepada jenis masakan dan makanan. Jika bersesuaian, lakukan. Saiz lebih kecil mempercepatkan proses masakan dan pemanasan
6. Cucuk pada makanan yang mempunyai tekstur kenyal dengan menggunakan garfu. Jika anda memanas atau memasak makanan seperti kentang, ayam, sosej cucuk-cucuk permukaan makanan anda dengan menggunakan garfu untuk memastikan ia lebih cepat dimasak dan mengelakkan berlakunya bunyi letupan kecil di dalam microwave.
7. Letakkan segelas air bagi mengelak makanan yang dipanaskan dari cepat kering. Letakkan secawan atau segelas air bersebelahan dengan bekas makanan.
8. Elak memasak atau memanaskan bahagian kepala ikan. Bahagian matanya lebih mudah meletup
9. Letakkan makana di dalam pinggan dan bentukkan bulatan bahagian tengah. Biarkan bahagaian tersebut kosong. Ia membolehkan edaran udara panas dapat di agihkan pada keseluruhan makanan
10. Pastikan microwave sentiasa bersih selepas digunakan. Ini bermakan, selasai memanas atau memasak, lap keseluruhan permukaan microwave anda. Jika tidak bukan sekadar kotor, bau lembap akan terperangkap di dalam microwave tadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara yang betul cat dinding luar rumah, barulah cat tahan lebih lama. Cat dinding pada bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakkan. Selalunya cat menjadi pudar dan rekahan cat terkupas kerana terdedah dengan panas matahari dan air hujan.
Perubahan iklim yang tidak menentu juga menyebabkan dindingluar rumah anda ditumbuhi oleh kulat kerana suhu yang basah dan lembap. Oleh kerana itu, dinding luar rumah anda perlu dirawat dan di cat mengunakan cara yang betul.
1. Bersihkan Dinding yang Hendak Dicat
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Jika tidak dibersihkan, kotoran yang terdapat pada dinding dapat membuat cat mengelupas dan tertanggal apabila ia kering.
Jika dinding anda dipenuhi dengan lumut, anda tembak sahaja air paip dengan semburan yang maksima sehingga lumut-lumut itu tertanggal.
2. Pilih Cat Khas Untuk Outdoor
Cat khas untuk outdoor biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama untuk melindungi dinding dari perubahan iklim. Salah satu ciri cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulannya seperti weather proof atau weather resistance.
Selain itu, kandungan cat ini juga boleh mencegah timbulnya lumut dan kulat akibat rembesan air hujan. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa kerosakan dan mengelupas selama hampir empat tahun.
3. Sesuaikan Cat dengan Jenis Dinding
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal dibandingkan cat dinding batu atau kayu agar lapisan simen di bawahnya tidak terlihat.
4. Pilih Warna Cerah
Pemilihan warna juga penting. Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit dibandingkan cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sedikit dibandingkan bila anda menggunakan warna pekat. Beberapa warna yang disarankan adalah kuning, hijau muda atau warna putih.
5. Mengecat Dinding di Saat Cuaca Cerah
Pemilihan waktu pengecatan juga penting. Mengecat rumah di saat cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat. Bila mengecat di saat musim hujan maka lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air.
Perhatikan juga kondisi dinding rumah sebelum mulai dicat. Dinding yang memiliki permukaan lembab atau basah boleh membuat cat tidak terserap dengan sempurna.
6. Gunakan Teknik Pegecatan yang Tepat
Teknik pengecatan pun harus diperhatikan kerana bila salah akan membuat permukaan tembok tidak halus. Oleh itu, sebaiknya mula sapu dahulu bahagian yang sukar seperti sudut dinding dan bahagian yang dekat dengan atap.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.