Dekorasi rumah jadi cacamarba, ini perkara yang perlu dielak. Entah kenapa sebabnya bila lihat dekorasi rumah orang lain nampak elok tapi rumah sendiri nampak semak, padat dan serabut.
Mengapa agaknya perkara ini terjadi? Banyak duit dihabiskan untuk membeli barang-barang hiasan dan perabot namun tetap juga tidak memuaskan hati. Apa yang silapnya? Tambah sana, tambah sini tak juga berseri. Sudahnya kita menggigit jari.
Tanpa disedari kebanyakan daripada kita melakukan pelbagai kesalahan ketika menghias kediaman. Jom kita semak apakah kesalahan tersebut.
PERTEMBUNGAN DUA BUDAYA
Aura budaya ini sangat kuat. Misalnya anda memilih gaya baba nyonya, nusantara, Inggeris dan Morrocan yang jelas nampak identiti seseuah budaya. Setiap budaya ada mood hiasannya tersendiri. Kita tidak boleh mencampur adukkan sekejap Inggeris, sekejap nusantara dan sebagainya. Di mana fokus anda? Jadi pilih yang benar-benar anda minati dan wujudkan identiti tersebut pada segenap ruang. Begitu juga sofa dan meja kopinya. Perlu ada satu kesinambungan yang harmoni.
KEPELBAGAIAN AKSESORI
Ini merupakan salah satu masalah di kalangan kita. Aksesori kediaman sememangnya sangat cantik. Baik yang dibeli sendiri atau yang dihadiahkan untuk kita. Masalahnya terdapat pelbagai bentuk hiasan yang kita perolehi. Pastikan aksesori ini merupakan pelengkap konsep kita. Ini bermakna ia serasi dengan konsep utama, dan menyerlahkan lagi gaya yang kita pilih. Misalnya jika memilih Inggeris, gunakanlah pasu porselin rekaan ala kedesaan Inggeris. Bukan periuk tanah liat ala dunia Nusantara.
LANGSIR YANG DOMINAN
Selalunya menjadi masalah apabila langsir yang mendominasi sebuah ruang. Bayangkan sebuah ruang yang ringkas seperti kediaman ruang terhad atau pemilihan perabot semua moden ringkas tetapi langsirnya, klasik mewah yang sarat macam era rococo. Begitu juga fabrik yang tidak sesuai, warna yang tidak serasi dan karakter corak yang janggal. Pakai konsep moden, langsirnya corak kedesaan Inggeris atau klasik. Jangan begitu!
KUSYEN KECIL YANG BERLAINAN GAYA
Biar pun kecil namun peranan kusyen kecil ini sangat besar.daam mencuri tumpuan mata. Adakala corak pilihan kita tu tak masuk dengan gaya keseluruhan ruang. Gaya yang rigkas di jodohkan dengan sofa kedesaan Inggeris yang berbunga-bunga comel. Tidakkah pelik jadinya.
SAIZ PERABOT YANG TIDAK SESUAI DENGAN RUANG
Bayangkan dengan ruang begitu kecil, anda memilih perabot dempak sampai terpaksa berebut -rebut ruang yang ada dengan perabot lain. Jalan pun payah dibuatnya. Penting untuk sesuaikan dengan keluasan ruang, barulah selesa.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI