Kalau nak check defect sendiri, sediakan barang basic ini bagi mudahkan kerja. Anda sudah dapat kunci rumah baru namun anda berhajat untuk melakukan ujian bagi mengesan defect pada rumah yang anda beli itu.
Sebelum masuk rumah baru, adalah lebih baik untuk anda melakukan ‘home inspection.’ Perkara pertama anda kena buat sebelum masuk adalah periksa defect rumah dan buat tuntutan dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).
Berikut perkongsian berguna buat anda pemilik rumah baru. Kalau anda hendak check sendiri defect rumah baru anda, ini barang basic untuk ‘house inspection’ anda perlu ada:
Tapping rod untuk check hollowness dalam tiles. Boleh sahaja pakai duit syiling RM0.50 tapi bunyi hollow itu susah hendak detect. Hal ini kerana bola pada tapping rod itu memang memainkan peranan.
Water level indicator untuk check dinding atau lantai ‘even’ atau tidak. Sebagai contoh (seperti dalam video) ada mendapan lebih 3 hingga 5 mm gap. Memang kena buat ‘report.’
L square ruler untuk anda check permukaan 90 darjah sama ada ‘even’ atau tak. Jika ada gap lebih dari 3 mm ini dikira defect, jadi memang kena buat ‘report’ pafda pihak pemaju.
Akhir sekali selepas anda jumpa defect-defect ini semua, jangan lupa tanda atau tampal sticker supaya ‘orang defect’ senang buat kerja.
1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Sesetengah sabun mencuci pakaian mengandungi bahan yang boleh merosakkan pakaian dan membuatkannya tidak tahan lama.
2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS/MATERIAL
Pisahkan pakaian berwarna dengan pakaian putih kerana kemungkinan untuk warna dari blouse merah anda boleh luntur dan melekat pada kemeja putih suami adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Pisahkan juga cucian anda mengikut material kerana terdapat fabrik yang sensitif dan perlu pemerhatian teliti.
3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti
tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar
digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut
daripada pakaian lain.
4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar yang segera. Jangan tangguh kerana jika dibiarkan tidak bersidai, pakaian yang basah akan bertahi lalat dan berbau busuk.
5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.
6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan terlebih dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
7.ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini bagi mengelakkan bahagian leher baju menjadi besar dan menggelebeh kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.
8. HINDARI PELUNTUR
Jika boleh, elakkan atau kurangkan penggunaan bahan peluntur pada pakaian kerana peluntur seperti clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat. Ia akan menjadikan pakaian budah reput dan tidak tahan lama.
9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya daripada rosak.
10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.
11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR
Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor dan comot terutamanya di bahagian leher.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok timun atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Cucumber’ tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan sejenis tanaman sayuran berbuah yang sangat popular di negara kita. Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari utara India.
Pokoknya adalah dari jenis menjalar dan berbatang lembut. Oleh itu ia memerlukan sokongan untuk memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya (tendrils). Pertumbuhan batangnya yang lembut itu boleh mencapai sehingga 5 meter panjang. Pokok ini mempunyai sistem akar berserabut yang berkembang luas di sekitar kawasannya. Batang pokoknya berbulu dan bersegi empat dengan sulur paut yang ringkas.
Daunnya pula berwarna hijau dan hijau kekelabuan serta berlekuk. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning. Bunga betina tumbuh di hujung putik buahnya yang berbentuk silinder memanjang berwarna hijau muda. Apabila disenyawakan dengan debunga jantan putik buah inilah yang menjadi buahnya yang bertukar warna menjadi sedikit kuning atau perang apabila masak.
Kepelbagaian kegunaan:buahnya boleh dimakan ketika masih segar, muda dan mentah sebagai ulam atau salah satu ramuan mentah dalam masakan seperti nasi ayam, nasi lemak, rojak dan laksa. Namun buahnya juga sedap digandingkan bersama ikan dalam masakan kari atau gulai atau dibuat jeruk atau acar. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pucuk timun juga boleh dijadikan sayuran seperti dibuat masakan sayur lemak.
Buahnya juga mampu melicinkan kulit bagi mengekalkan awet muda. Oleh itu ia sering digunakan dalam pembuatan pelbagai barangan kosmetik atau dikisar mentah disapu pada muka sebagai maskara. Jus dari buahnya yang dikisar juga boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang dikatakan mempunyai antioksiden yang tinggi dan boleh mencegah kanser. Malah timun dikatakan sebagai ‘The World Most Healthy Foods – Vegetables’ atau makanan dari jenis sayuran yang paling berkhasiat di dunia ini
Penanaman:Pokok timun boleh ditanam menggunakan biji benih dari buahnya yang telah masak. Sebagai pilihan biji benihnya juga boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasaraya.
Penanaman Di Tanah
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar. Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus dua biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu (foto 2). Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter. Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Pokok timun juga sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai) untuk menanamnya.
Penjagaan:
1) Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
2) Dedahkannya kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
3) Baja organik seperti najis ayam, kambing atau kelawar adalah terbaik untuk membajai pokok ini semasa membesar sehingga berbunga dan berbuah. Pastikan diikuti arahan pengggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.
Tip: Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan seperti sabut kelapa, dedaun lalang dan sebagainya untuk mengelakkan medium tanamannya cepat kering bertujuan mengekalkan kesuburan pokok.
Penghargaan: Abu Bakar Mat Daud, Penulis Buku Variasi Tanaman Hiasan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda perhatikan atau terlihat rakan-rakan anda berkongsi foto katil mereka di laman media sosial? Jika pernah, pasti ada seorang atau dua rakan anda dilihat ada memiliki rangka katil model LEIRVIK keluaran jenama IKEA ini. Betul tak?
Jadi, memang tidak syak lagi lah rangka katil keluaran jenama kelengkapan rumah antarabangsa ini sememangnya antara model rangka katil yang popular di Malaysia.
Mesti ada yang ingin mengetahui mengapa model LEIRVIK ini telah menjadi sebuah model rangka katil yang popular.
Menurut sumber yang telah IMPIANA dapatkan daripada salah seorang pekerja di IKEA Damansara memaklumkan hal tersebut berlaku oleh kerana LEIRVIK memiliki keunikan serta reka bentuk yang menarik.
Tambahnya lagi, model rangka katil yang direka oleh Carina Bengs seorang pereka perabot IKEA dari Sweden ini juga antara produk jualan terlaris di gedung jualan kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Setelah LEIRVIK ini mula dipasarkan di Malaysia sekitar tahun 2009, sudah lebih 13 tahun model rangka katil ini berada di pasaran malah sehingga kini ia masih mendapat permintaan daripada pembeli. Lantas dengan kejayaan ini telah meletakkan ia sebagai model rangka katil yang popular di Malaysia.
Sekiranya anda mahu mendapatkan rangka katil LEIRVIK ini, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara atas talian menerusi di laman sesawang www.ikea.com.my.
Sumber: IKEA Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...