8 Tip pilih Kerusi Dan Sofa Untuk Ruang Tamu Kecil. Kita adakala terlalu bercita-cita besar mahu menghias ruang yang ada dengan segah mungkin yang mana selalu lebih molek diabadikan di ruang yang luas.
Namun apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.
Jom IMPIANA bawa anda macam mana nak pilih sofa yang betul. Bukan mudah ye nak pilih sofa yang terbaik untuk ruang yang tehad.
1. Carilah sofa di bawah pinggang ketinggiannya. Ini bagi tidak menghalang pandangan mata perhadap keluasan ruang
2. Carilah sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama.
3. Tidak salah memilih sofa yang terang warnanya. Putih gading atau rona krim dilihat warna paling idea di samping rona pastel.
Ads
4. Pilihlah meja makan untuk empat orang. Selain daripada bentuk empat segi sama, anda boleh memilih meja makan bulat. Cuma kini meja makan boleh diubah saiznya untuk enam tempat duduk.
5. Elakkan memilih kerusi meja makan lebih tinggi dari aras meja. Ini hanya akan menyesakkan pandangan. Paling menarik jika anda memilih bangku panjang sahaja seperti di kantin sekolah yang kini menjadi trend di kalangan pereka.
Ads
6. Elakkan membeli sofa satu set yang sama. Ia hanya menjadikan ruang bertambah terkongkong.
Ads
7. Kusyen dempak, ala konsep tempat duduk kediaman arab pun dilihat sesuai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
8. Jika masih menyimpan kerusi kayu ala retro yang kecil saiznya juga boleh diulang pakai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
Penah tak anda jatuhkan gula-gula getah pada permaidani? Atau benda lain seperti tanah liat atau ‘slime’ yang mampu melekat pada permaidani. Bukan mudah untuk tanggalkan ia daripada permukaan permaidani kerana sifatnya yang melekat.
Tapi tak mengapa, di sini IMPIANA tampilkan 3 cara mudah untuk menanggalkan sisa melekat ini dari permaidani semudah ABC.
Caranya:
Gunakan ais. Letakkan ais pada sisa tersebut kemudian biarkan beberapa minit, sisa melekat tersebut akan dapat ditanggalkan dengan mudah.
Gunakan spray WD-40, hanya semburkan pada permukaan sisa melekat, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
Anda juga boleh menggunakan penanggal warna kuku. Sama caranya, anda hanya perlu sapukan pada permukaan sisa melekat. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah adalah tempat di mana kita dapat merasa selamat dan menemukan kedamaian dan ketenangan. Tapi pernah tak anda rasa rumah yang anda diami terasa sempit dan tidak menenangkan?
Menerusi perkongsian di laman Facebook ada menyatakan bahawa andai rumah rasa sempit dan tidak selesa, digalakkan juga membaca surah al-Baqarah ini.
Seperti mana kita tahu, surah al-Baqarah merupakan surah terpanjang di dalam al-Quran dengan mengandungi 286 ayat. Kelebihan surah al baqarah juga disebut dalam beberapa hadis antaranya syaitan ‘lari’ daripada rumah yang sering membaca surah tersebut.
Maksudnya: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah. Sesungguhnya mengambilnya adalah suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak dapat meninggalkan hal itu oleh mereka-mereka yang batil.”
Selain membaca semua ayat, terdapat juga hadis menyatakan mengenai kelebihan membaca dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah ini.
Hampir semua orang makan dengan menggunakan sudu dan garpu. Sementara yang lain terutamanya di Rantau Asia Timur akan menggunakan ‘chopstik’. Secara amnya, sudu dan garpu atau ‘chopstick’ yang digunakan kebiasaannya diperbuat daripada keluli tahan karat. Namun, pada hakikatnya sudu dan garpu adalah barangan yang mudah berkarat. Walaupun ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, sudu dan garpu tidak terjamin 100 peratus akan bebas dari karat.
Berikut adalah beberapa sebabnya. Jom kita tengok!
Alatan Tahan Karat Mempunyai Komposisi Yang Berbeza
Sering melihat tulisan ‘tahan karat’ yang akan ditulis di bahagian belakang sudu, garpu atau chopstik. Tulisan di belakang ini bertujuan untuk memberitahu bahawa bahan yang digunakan adalah dari keluli tahan karat. Walau bagaimanapun, komposisi keluli tahan karat yang digunakan mempunyai tahap yang berbeza-beza.
Contohnya, sudu dan garpu dengan komposisi 18/10, yang bermaksud ianya mengandungi 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel. Atau ada juga contoh lain seperti 18/8 yang bermaksud 18 peratus kromium dan 8 peratus nikel.
Sudu dan garpu yang mudah berkarat adalah salah satu sebabnya kerana komposisi nikel yang terlalu sedikit. Atau dengan kata lain, semakin banyak tinggi kandungan bahan nikel, semakin lama tempoh tahan karat.
Langkah pertama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli sudu dan garpu adalah dengan mencari bahan asas dari nikel yang lebih tinggi.
Jenis Bahan Pencuci Yang Digunakan
Walaupun dengan komposisi nikel yang lebih tinggi, namun bahan pencuci yang digunakan juga boleh menjadi penyebab sudu dan garpu mudah menjadi karat. Ternyata ia masih belum sepenuhnya dijamin bebas karat. Sebabnya tahap karat atau tidak sudu dan garpu itu adalah bergantung juga dengan bagaimana cara kita menjaganya.
Salah satu perkara yang boleh menyebabkan bahan keluli tahan karat ini adalah pencuci pinggan mangkuk. Dengan kekerapan penggunaan sabun pencuci pinggan dari masa ke semasa juga adalah boleh menjadi sebab sudu dan garpu pasti akan berkarat.
Membiarkan Sudu Dan Garpu Di Dalam Sinki Terlalu Lama
Jika alatan ini dibiarkan didalam sinki terlalu lama dan basah, asid dan sisa makanan boleh menghakis permukaan dan boleh menyebabkan sudu atau garpu lebih mudah berkarat dan berlubang. Begitu juga jika sudu dan garpu yang telah dicuci tidak dikeringkan atau dibiarkan ia kering sendiri di rak pinggan.
Untuk mengelakkan alatan ini dari mudah berkarat, anda harus mencuci setelah digunakan dan segera dikeringkan. Ini bagi memastikan sudu dan garpu akan tahan lebih lama dan tidak berkarat dengan penjagaan yang baik. Cara penyimpanan alatan ini juga memainkan peranan, anda boleh menyimpannya secara berasingan dari alatan yang lain. Ini juga dapat mengelakkan dari calar akibat geseran dengan alatan lain.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.