Teknik Ubah Ruang Tamu Jadi Mini Pejabat Yang Bergaya. Walaupun kita sudah boleh bekerja di pejabat seperti biasa, masih banyak syarikat di luar sana yang telah melaksanakan kerja dari rumah. Maka, dalam rumah haruslah mempunyai ruang yang sesuai untuk bekerja. Jom cuba teknik ubah ruang tamu jadi mini pejabat.
Penting untuk mencari ruang kerja di rumah anda untuk membantu anda mengetepikan gangguan rumah tangga dan memberi tumpuan terutamanya pada pekerjaan. Jika anda adalah salah seorang yang kini bekerja dari rumah atau menghabiskan banyak masa untuk projek di rumah dan tidak mempunyai ruang kerja yang selesa.
Ruang tamu sedia ada tidak perlu diubahsuai, anda perlukan hanyalah warna cat yang tepat dan beberapa sentuhan perabot dan anda dapat melakukan peralihan ini. Sekiranya anda kekurangan ruang ganti, berikut adalah beberapa idea pejabat rumah yang akan memberi inspirasi yang mesra kerja dan bergaya dengan apa yang sudah anda miliki.
Simbahi Dinding Dengan Warna Pilihan
Ads
Salah satu cara untuk memastikan pejabat rumah anda tidak membosankan, pilih cat berkilat yang lebih cerah dan berseri. Walaupun terdapat permainan warna, mereka bekerja secara harmoni untuk memberikan semangat dan teratur dalam ruang kerja yang kemas.
Ruang Penuh Cahaya
Ruang kerja yang terang menjadikan rutin kerja anda lebih tahan lama dan ia adalah tempat yang sesuai untuk anda berfikir dan mencipta. Sekiranya anda mempunyai tingkap di ruang tamu anda, pertimbangkan untuk menyiapkan ruang kerja anda di kawasan tersebut. Manfaatkan cahaya semula jadi yang mengalir ke ruang tamu anda. Ia juga menjadikan ruang kerja anda kelihatan luas.
Ads
Gabung Dengan Bilik Permainan
Bekerja dan bermain adalah satu gandingan yang menarik. Bina stesen permainan anda di sekitar ruang kerja anda, tetapi pastikan untuk mengaturnya secara strategik untuk mengelakkan gangguan yang tidak perlu dengan kos.
7 Ruang Kerja Efektif
Ruang kecil bukan alasan untuk tidak memperlakukan diri anda dengan ruang kerja yang bergaya dan berkesan. Ruang kerja di bawah tangga menggunakankeluasan yang terhad ini membuatkan anda perlu lebih cekap untuk bentuk dan menjadikannya selesa, ruang kerja untuk anda duduk dan melengkapkan senarai tugasan anda.
Ads
Di atas segalanya, kunci untuk merancang ruang kerja yang betul.Tidak semua ciri tersebut sesuai dengan peribadi anda mungkin satu atau dua yang sesuai dengan personaliti anda.
Usah bimbang banyak teknik dan cara untuk anda membuat pilihan yang sesuai untuk mengikut ruang tamu dan ruang kerja anda ini tampak sempurna. Dapat khidmat nasihat atau buat rujukan adalah langkah terbaik untuk anda menikmati ruang yang sebaiknya.
Semua ibu bapa yang ada di dunia ini, pasti mahukan anak manja mereka sebuah tilam yang selesa untuk mereka tidur selain daripada fizikal dan kesihatan yang sihat. Jadi, apakah yang patut ibu bapa ini lakukan untuk mendapatkan tilam yang selesa? Mestilah pandai dalam memilih. Mahu tahu cara bagaimana hendak membeli tilam yang bagus untuk bayi anda? Jom saya ajarkan.
ELAKKAN BARANG TERPAKAI
Untuk mendapatkan keselesaan yang bagus, pastikan jangan cari barang yang 2nd hand kerana ia boleh merisikokan tilam tersebut kepada bayi seperti bakteria dan kulat yang banyak boleh menyebabkan bayi sakit.
KESELESAAN TILAM
Untuk bayi, keselesaan tilam amatlah penting. Jika tidak dapat keselesaan tilam, kemungkinan bayi itu akan kerap menangis kerana tidak selesa dengan tilam itu. Kalau tilam selesa, bayi akan merasa nyaman semasa tidur dan mereka akan kerap tidur.
KUALITI TILAM
Dalam mencari tilam yang bagus dan berkualiti, pasti tilam tersebut tidak mudah rosak dan koyak. Jika ia mudah rosak, berkemungkinan keselamatan bayi akan terjejas.
Dan yang terakhir,
SAIZ TILAM
Saiz tilam yang sempurna dan sesuai untuk bayi, adalah perkara yang penting sekali semasa beli tilam. Jikalau saiz tilam tersebut terlampau kecil, ia akan menyebabkan bayi sentiasa terjatuh ke lantai. Ia lebih baik dan bagus jika tilam itu besar dan luas daripada kecil.
Jadi, itu sahaja dari saya dalam memperjelaskan tentang tip-tip dalam memilih tilam yang baik untuk bayi anda. Semoga berjaya.
Pernah tak anda basuh kain menggunakan mesin basuh automatik tapi kain baju bau hapak walau sudah letak sabun dan pelembut serta pewangi pakaian.
Lagi sakit matam ada banyak kerak hitam yang melekat pada baju. Kalau dah ada dua tanda ini, itu maknanya mesih basuh tersebut perlu dibersihkan kerana sudah ada banyak kotoran.
Macam mana nak bersihkan? Kalau pada mesin basuh akan ada fungsi soak atau tub cleaning, Ia bukan untuk hiasan ya tapi untuk bersihkan tub mesin basuh.
Caranya mudah saja
Tekan ON
Pilih dan tekan pilihan SOAK? TUB CLEANING. Tekan START
Untuk lebih bersih Masukkan CUKA + BAKING SODA. Anggaran 1 cawan cuka dan 4-5 sudu baking soda. Boleh juga beli saja pencuci mesih basuh yang ada dijual.
Biarkan mesin basuh selesaikan fungsinya.
Waktu ini anda akan dapati air dalam mesin kotor menandakan segala kotoran sudah keluar.
Cuka dan soda bikarbonat tadi berfungsi membersihkan mesin basuh dan menghapuskan bau kepam atau hapak.
Amalkan bersihkan tub ini dua bulan sekali untuk elak kotoran tersimpan lama hingga menyebabkan kotoran ini melekat pada baju.
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak.
Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa panjang.
Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.