Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartmentuntuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Ads
Ads
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Kabinet dapur material aluminium, nampak macam kayu nyatoh, kos hanya RM17K. Kabinet dapur daripada kayu nyatoh memang menjadi idaman ramai. Material kayu nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah dengan perincian dan kemasan yang halus.
Bagaimana pun kos untuk ‘membina’ kabinet dapurdaripada material kayu nyatoh memerlukan kos yang tinggi. Jangan bimbang. Kini anda mempunyai pilihan yang lebih murah untuk kabinet dapur dengan ‘look’ seakan kayu nyatoh iaitu dengan menggunakan material aluminium.
Kabinet dapur yang berasaskan aluminium tidak terhad kepada pintu kabinet atau panel hadapan sahaja. Bahagian kabinet seperti panel belakang, bingkai, laci dan rak semuanya boleh menggunakan material daripada aluminium. Kemasannya juga cantik.
“Ruang dapur saya. Dah lama cari pintu kabinet macam nyatuh yang ada profile. Tapi nyatuh mahal sangat. Maka buatlah material aluminium, still boleh dapat profile pintu look macam kayu nyatuh.
“Tapi material aluminium murah sikit. Tinggi kabinet 10 kaki sampai siling. Kabinet dan bar table pula daripada rubber wood.”
Jom kita lihat hasilnya.
KELEBIHAN MATERIAL ALUMINIUM UNTUK KABINET DAPUR:
Aluminium adalah logam yang stabil. Ia tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium sifatnya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
Dapur konsep modern farmhouse, hadiah hari jadi ke 51. Saat paling menggembirakan buat Ainorwati Hussain ialah apabila suami tercinta menghadiahkan dapur impiannya yang berkonsepkan modern farmhouse.
Cetusan idea untuk dapur yang menjadi impian Ainorwati ini direalisasikan oleh Interior Design (ID) dari Skuad Dekorasi. Percambahan kreativiti antara pemilik kediaman dengan pihak ID menjadikan dapur berkonsepkan modern farmhouse yang diimpikan oleh Ainorwati menjadi kenyataan.
Pemilik kediaman mula berpindah pada 2019. Dengan keluasan tanah (land area) 40 X 80 serta luas kediaman 30 X 70 (build up), rumah berkembar dua tingkat ini cukup selesa. Kawasan kejiranan yang serba harmoni ini menjanjikan persekitara yang menyenangkan.
Ketika mula-mula berpindah, pemilik kediaman tidak melakukan sebarang renovasi untuk ruang dapur yang keluasannya agak terhad. Hanya pada tahun 2023, pemilik kediaman mengambil keputusan untuk melakukan renovasi serta ‘extend’ ruang dapur supaya lebih luas dan selesa.
Alang-alang hendak buat dan ‘extend’ dapur baru, inilah masanya untuk merealisasikan dapur impian Ainorwati yang selama ini menjadi igauan. Mengambil masa lebih kurang tiga bulan, dapur impian Ainorwati menjadi kenyataan.
Menurut Norbaya Ismail dari Skuad Dekorasi, tiada yang lebih menggembirakan beliau dan Skuad Dekorasi selain dapat melihat senyuman yang terpamer pada wajah klien. Dapur berkonsepkan modern farmhouse seperti yang diinginkan oleh klien berjaya diterjemahkan dengan hasil yang padu.
Ciri-ciri cozy, contemporary, clean, simple, rustic selain keselesaan merupakan antara ‘mood’ dapur berkonsepkan modern farmhouse. White, off white dan white grey dan beige merupakan warna asas untuk dapur bertemakan farmhouse.
“Untuk dapur Ainorwati, beliau memilih rona ‘baby blue’ untuk dapur idamannya memandangkan warna tersebut merupakan warna kegemarannya. Warna ini menaikkan seri konsep dapur yang berkonsepkan modern farmhouse.
“Material yang digunakan pula ialah daripada solid wood with shaker cabinet. Sliding band door antara elemen yang wajib ada bagi mendapatkan farmhouse ‘look.’ Ia juga berfungsi untuk menjimatkan ruang dan senang digunakan. Sliding barn door juga sangat sesuai untuk pintu pantry dan juga ruang laundry,” terang Norbaya.
*Warna ‘baby blue’ menjadi latar utama. Pintu kabinet dan juga semua aksesori dapur antaranya bekas pisau menggunakan warna-warna ini. Peti sejuk juga warna sama.
*Shiplap wall yang berbentuk vertical dan siling (warna putih) merupakan trend dekorasi dan elemen yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Shiplap wall yang berbentuk vertical memberikan ruang yang lebih luas.
*Open shelving (rak terbuka)merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Selalunya open shelving menggunakan tekstur kayu seperti kayu oak, maple dan cherry bagi mendapatkan kesempurnaan dapur farmhouse.
*Kebiasannya kayu digunakan untuk lantai dapur modern farmhouse yang disusun secara herringbone pattern. Untuk dapur Ainorwati, pihak Skuad Dekorasi menggunakan tiles dengan ‘effect’ kayu untuk ketahanan yang lebih lasak dan ketahanan untuk jangka masa panjang.
*Tiles backsplash disusun secara herringbone pattern bagi memberikan modern vibe untuk dapur modern farmhouse.
*Farmhouse sink pula wajib ada bagi menampilkan ‘look’ sebenar dapur modern farmhouse.
*Quartz stone digunakan sebagai kemasan untuk table top furnishing.
*Dapur terkini milik Ainorwati pula berfungsi sebagai 2 dalam 1 iaitu sebagai dapur kering dan juga dapur basah.
*Hidden cat tunnel (laluan masuk dari pondok kucing-kucing yang dimiliki oleh pemilik kediaman)
*Kos untuk keseluruhan membina dapur modern farmhouse ini ialah lebih kurang RM100,000 memandangkan ada penambahan ‘kerja’ yang tidak dirancang. (Pendek kata kos bergantung kepada keluasan, design, job skop dan material yang digunakan)
Bagi Airnorwati, berbanding dapur terdahulu yang keluasannya agak terhad, dapur terkininya bukan sahaja luas tetapi juga sangatlah selesa.
“Memang dapur modern farmhouse impian saya. Alhamdulillah syukur kerana dapur impian saya menjadi kenyataan. Saya berpuas hati dengan hasil kerja yang ditampilkan oleh Skuad Dekorasi,” jelas Ainorwati gembira.
Jomlah kita tengok dapur Ainorwati. Sangatlah ‘awesome.’ Ini adalah antara wishlist Ainorwati sebagai ‘reward’ untuk dirinya.
Pemegang kabinet dapur menggunakan material zink alloy.
Berikut video penuh dapur yang berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati Hussain. IMPIANA telah berpeluang berkunjung ke kediaman beliau yang terletak di U12, Shah Alam.
Kredit foto: Unit foto/video Ideaktiv
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.