Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
Dekorasi Scandinavian nampak elegan, kemas dan praktikal, perabot pun tak banyak. Pilihan dekorasi ini sesuai untuk anda yang tidak mahu rumit tetapi masih mahu mencipta bilik yang kelihatan harmoni.
Nak tahu apa maksud dekorasi rumah ala Scandinavian? Ringkas, minimalis tanpa mengorbankan gaya serta rupa yang diinginkan. Itu adalah konsep ala Scandinavian. Konsep dekorasi rumah ala Scandinavian ini mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 lagi. Mengapa dipanggil Scandinavian? Jawapannya ialah kerana ia berasal dari negara-negara Nordic seperti Norway, Sweden, Finland, Denmark dan Iceland.
Umum tahu konsep ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Tetapi tahukah anda apakah gaya tulin dekorasi Scandinavian ini? Scandinavian Style menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk Home Style (Choose and create the look that’s right for you and you home) menyatakan bahawa ianya merujuk kepada wilayah yang terletak di hemisfera utara diantara negara Norway serta Sweden.
Wilayah ini kekurangan sumber cahaya semulajadi iaitu dari matahari di sebelah siang terutamanya pada musim sejuk berikutan lokasi muka buminya yang bergunung-ganang dan dilitupi salji.
Bagi memastikan dalaman rumah mendapat cahaya yang sepatutnya, mereka akan mengecat setiap dinding dengan warna putih serta pada masa yang sama, material utama untuk kediaman di sini banyak menggunakan bahan berunsurkan kayu sebagai sokongan kepada elemen semulajadi.
Konsep seni bina ruang tamu Scandinavian yang bersifat minimalis sentiasa diminati ramai. Dekorasi Scandinavia mempunyai dalaman yang moden, ringkas dan berfungsi.
Selain itu, warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta membiaskan cahaya dengan efisien di dalam kediaman apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu elektrik. Di samping itu juga, ada juga dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya
1) Kesesuaian Konsep Skandinavian Mengikut Personaliti
Konsep ini sesuai jika anda:
* Menyukai sesuatu yang moden tetapi tidak terlalu tradisional serta suka kepada susunan yang teratur.
*Suka warna cerah serta penambahan cahaya.
*Ingin nampak elegan.
*Suka kepada elemen semula jadi seperti perabot dan lantai kayu.
Skandinavia Tidak Sesuai Jika anda:
*Menyukai kepelbagaian warna dalam kediaman.
*Tidak suka kepada material kayu yang tidak berapa baik dalam menyerap bunyi tapak kaki.
2) Ciri-ciri konsep Skandinavia
*Dinding putih atau warna lembut.
*Banyak menggunakan material berasaskan kayu seperti dari pokok Birch dan Pine seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya.
*Tingkap memanjang untuk memaksimumkan kemasukan cahaya.
DIY kabinet dapur lama usia 10 tahun guna empat bahan, terus nampak macam baru. Jangan buang ya kabinet dapur lama. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru.
Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati. Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya
KEADAAN ALMARI ASAL:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
Trik kilatkan pagar aluminium yang dah nampak kusam hasilnya kembali ‘merelit.’ Pagar merupakan elemen penting yang memberikan keselamatan kepada rumah dan objek pertama yang tetamu lihat ketika berkunjung ke rumah anda. Pagar juga boleh mencantikkan ‘rupa’ rumah anda.
Selalunya masalah pagar rumahyang sering dialami ialah pagar kelihatan kusam dan sudah hilang seri dan kilatnya. Mungkin anda sudah mencuba berbagai-bagai cara untuk mengilatkan pagar rumah anda namun tidak berjaya.
Berikut perkongsian tip Faiz Adam ‘untuk mengilatkan pagar rumah (aluminium).
Hendak bagi pagar alumunium berkilat semula, sembur sahaja dengan de-rust ini.
Warna pagar sebelum ini memang kusam warnanya. Timbul pula tompok-tompok putih.
SEBELUM DISEMBUR DENGAN DE-RUST:
Selepas pagar disembur dengan de-rust, laplah menggunakan tisu dapur supaya rata. Puas hati tengok pagar sudah kembali berkilat.
SELEPAS DISEMBUR DENGANDE-RUST:
Nota: Pagar ini menggunakan material ‘wood grain’ aluminium. Kebaikan material ini ialah ianya ringan untuk pagar selain tahan lama berbanding kayu.
Pemilihan pagar rumah yang betul akan menjadikan penampilan rumah lebih cantik dan harmoni. Bagi anda yang ingin memasang pagar, anda perlu memikirkan pagar apa yang sesuai dengan rumah. Pilih pagar yang sesuai dengan tema atau watak rumah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih pagar yang sesuai untuk rumah anda:
1. Pagar mesti sepadan dengan reka bentuk rumah. Terdapat pelbagai jenis reka bentuk rumah seperti reka bentuk rumah mewah, reka bentuk rumah minimalis, country, traditional, Mediterranean, classic, dan pelbagai lagi. Adalah idea yang baik untuk menentukan reka bentuk rumah terlebih dahulu dan kemudian menentukan rupa reka bentuk pagar.
2. Perhatikan saiz rumah. Jika rumah anda kecil atau minimalis, lebih baik pilih pagar dengan ketinggian maksimum 1.5 meter. Sebaliknya, jika anda mempunyai rumah yang besar, eloklah menggunakan pagar yang tinggi, tiada masalah dengan ketinggian purata sekitar 1.7 meter hingga 1.9 meter.
Ini adalah untuk mengekalkan keharmonian dan perkadaran antara bangunan dan pagar. Anda yang ingin menghalang orang yang berniat jahat memasuki rumah anda memerlukan langkah keselamatan tambahan seperti dawai berduri, kaca pecah, elektrik tidak boleh membawa maut dan sebagainya.
3. Melaraskan bahan pagar bahan pagar umumnya diperbuat daripada kayu, besi tempa, besi berongga, buluh, batu asli, konkrit dan tahan karat. Kebanyakan orang menggunakan besi, manakala untuk pagar yang mempunyai banyak motif, bentuk atau model, orang biasanya menggunakan gabungan semua bahan ini.
Pagar gabungan biasanya terdiri daripada dua atau tiga bahan yang berbeza, contohnya bata dan keluli lembut atau bata, batu semula jadi dan kayu. Anda boleh tentukan sendiri mengikut citarasa anda.
4. Pilih jenis pagar mengikut cita rasa.Untuk memilikinya, anda boleh reka bentuk pagar anda sendiri supaya anda dapat mengetahui dan membuatnya mengikut citarasa anda. Anda boleh mencari rujukan baik di majalah mahupun di internet.
Terdapat pelbagai jenis pagar seperti pagar lipat, pagar potong laser, pagar konsep zen minimalis, pagar gaya monokrom, pagar reka bentuk jaring minimalis dan lain-lain. Selepas itu, tentukan jenis pagar yang sesuai dengan reka bentuk rumah anda.
5. Pemilihan cat warna pagar.Lebih baik padankan warna cat pagar dengan cat dinding rumah anda supaya nampak padan. Jika anda tidak mahu perkara yang sama, anda harus memilih warna neutral yang boleh digabungkan dengan cat rumah anda, seperti memilih warna kelabu, hitam dan putih atau cat corak kayu.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...