Kabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapursupaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
TIP UNTUK LAYOUT KABINET DAPUR YANG BETUL DAN PALING IDEAL
Pokok eucalyptus pewangi semula jadi yang menyegarkan, tak perlu dah guna spray/lilin. Pokok eucalyptus sangat menyegarkan jika diletakkan di dalam tandas. Ia memberikan aroma yang wangi. Pokok eucalyptus merupakan spesies pokok hutan yang berasal dari Australia.
Pokok eucalyptus juga dikenali sebagai pokok kayu putih. Di Australia, ia sinonim dengan habitat beruang koala. Selain Australia, beberapa genus eucalyptus ditemui di Indonesia dan Papua New Guinea.
Bagaimanapun beberapa pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) kurang bersetuju pokok eucalyptus diletakkan sebagai tanaman hiasan yang dikatakan alat pembersih udara semula jadi.
Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab berkata, setakat ini tiada penyelidikan menyatakan ia boleh membersihkan udara secara semula jadi. Namun penggunaan sebenarnya adalah sebagai pewangi memang tidak dinafikan.
Beliau berkata, minyak pokok ini boleh digunakan sebagai pewangi yang menyegarkan, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.
“Selain itu, ia juga sebagai ramuan dalam minyak angin atau urut. Minyak tersebut mengandungi cineol yang mudah meruap dan memberi bau yang sangat kuat.
“Disebabkan itu, ada orang yang suka kepada bau segar ini akan menjadikannya keratan untuk digantung di ruang yang perlu kepada kesegaran seperti bilik air.
Berikut perkongsian daripada seorang pengguna, dinashuz
You all tau tak kita boleh wangikan rumah especially bilik air dengan fresh eucalyptus? You can either letak dalam vase with water or let it dry, lama juga wangi tu bertahan. I paling suka gantungkan dekat dengan shower so bila mandi tu rasa refreshing sangat, and if kita mandi air panas, hot steam akan release eucalyptus oil tau.
Eucalyptus ni bukan sahaja wangi, it has a lot of benefits like promoting relaxation, relief cold symptoms, so kalau you selalu ada allergies and sinus, cuba inhale eucalyptus. If you letak dalam air, every few days trim batang dekat bawah each time tukar air, dia akan bertahan lama nak dekat sebulan dia boleh tahan tau.
Sekarang I nak cuba avoid lighting up too many scented candles or spray room fragrance, sebab toxic untuk indoor air quality. Sekali sekala takpe tapi jangan hari hari ok. Kita cuba wangikan rumah secara natural jom!
Menurut Pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Daljit Singh Karam, pokok ini banyak digunakan dalam industri perkayuan, pulpa dan kertas termasuk perubatan seperti penghasilan minyak angin dan pengawal perosak semula jadi.
Antara produk utama eucalyptus terkenal termasuk kertas A4 Double A, minyak pati, minyak angin dan pulpa. Eucalyptus hibrid ini adalah solusi kepada kekurangan sumber kayu dan mampu mengekang penuaian sumber kayu dalam hutan negara kita yang amat berharga.
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Univeristi Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, (UPMKB), Dr. Keeren Sundara Rajoo menyatakan pokok Eucalyptus mempunyai kebaikan kepada saluran pernafasan.
Pati minyak yang dihasilkan dari pokok ini dapat menghasilkan rasa yang menenangkan dan menyegarkan apabila dihidu. Disebabkan itu minyak kayu putih dijual secara meluas dan ianya dapat membantu individu yang mengalami masalah pernafasan seperti asma atau alahan, namun kajian masih terhad dalam bidang kesihatan.
“Pelbagai kajian yang dibuat membuktikan bahawa tumbuhan hijau dan semula jadi memberi kesan positif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Jika anda meletakkan pokok eucalyptus di dalam rumah ia akan mengubah suasana rumah lebih santai dan tenang, namun kajian yang teliti mengenai keberkesanan sebenar belum disahkan.
“Jadi sebagai peringatan kepada semua, pokok ini mengandungi sebatian yang berbahaya kepada manusia kerana sesetengah orang mengalami alahan sehingga mengakibatkan ruam, sukar bernafas, atau sakit mata yang teruk,” katanya.
Trik gantung bingkai gambar, tak perlu paku atau tebuk lubang. Bagi yang menyewa, kebanyakan pemilik rumah tidak membenarkan dinding dipaku atau ditebuk lubang untuk tujuan menggantung frame. Dalam hati sudah berkobar-kobar nak hias rumah cantik-cantik.
Tapi sebenarnya anda punya pilihan lain. Kalau tak boleh tebuk lubang atau paku untuk membolehkan anda menggantung frame atau mengabadikan gambar kenangan di dinding, anda boleh cuba 4 cara mudah ini.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah kebun ‘view’ dusun durian dan sungai, kos binaan RM100K, sesuai untuk ‘healing.’ Rumah kebun di kawasan dusun durian dan juga campsite di Kuala Nerang yang terletak di Kedah ini memang sesuai sangat untuk anda bersantai-santai sambil menenangkan fikiran.
Jauh dari hiruk pikuk bandar, lokasi ini tentunya sesuai untuk anda ‘healing’ sambil menghirup udara segar. Hampir 95 peratus siap, rumah kebun ini dibina dengan dengan kos sebanyak RM100,000 termasuk ran pokok dan pondok kecil.
Menurut pemilik rumah kebun ini, masih ada sedikit lagi kerja-kerja mengecat dan perpaipan yang masih belum siap sepenuhnya. Apabila siap kerja-kerja tersebut maka bolehlah kerja-kerja mendekorasikan rumah kebun ini dijalankan.
Dengan keluasan 20×24, rumah ini memiliki dua bilik di tingkat atas. Keluasan bilik di tingkat atas ialah 12ftx12ft setiap bilik dan satu bilik air di bahagian bawah. Lokasi rumah kebun ini sangatlah sesuai untuk aktiviti perkhemahan sambil menikmati panorama pokok durian dan sungai.
Sesuai sangat untuk aktiviti perkhemahan.
Berikut dikongsikan rumah kebun yang hampir siap sebelum dibuka untuk tempahan.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...