Dinding batu bata antara feature penting bagi dekorasi berkonsepkan industri, hipster dan kediaman yang menekankan konsep english country. Namun, bagi anda yang nak makeover kediaman, tak perlulah robohkan dinding atau buat dinding baru dari batu bata. Ada kaedah yang lebih cepat dan mudah. Kebiasaanya, wallpaper bercorak batu bata menjadi pilihan. Namun bagi yang suka tekstur batu bata, wallpaper bukanlah pilihan terbaik. Apa kata cuba idea yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd razak.
1. Bancuh dulu cat mengikut arahan yang terdapat pada pek bungkusan
2. Sapukkan lapisan pertama (special effect) yang telah siap dibancuh (sapuan perlu rata seperti kemasan simen pada dinding
3. Bentukkan tekstur batu bata ketika lapisan “special effect” separuh kering
4. Pastikan dinding yang telah siap di corakkan kering sepenuhnya
5. Selepas kering sepenuhnya, sapukan cat. Anda mungkin perlukan 2-3 lapisan cat untuk menghasilkan kesan batu bata yang sebenar. Pastikan cat kering sepenuhnya sebelum lapisan berikutnya di sapu
6. Gunakan cat yang sedikit gelap bagi menghasilkan tekstur batu bata sebenar
7. Buat garisan pada joint batu dengan menggunakan cat hitam atau putih. Mengikut cadangan Nazihah, soft gray nampak lebih semulajadi.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Bersihkan “Air Fryer” Ikut Petua Ibu Ini, Mudah Dan Lebih Efektif!
Kini, rata-rata kediaman di Malaysia pasti mempunyai sebuah air fryer. Ternyata dengan mempunyai peralatan memasak canggih ini, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat. Kepelbagaian fungsi yang memenuhi setiap keperluan didapur menjadikan alat ini sebagai suatu kemestian.
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya. Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Peralatan Yang Diperlukan:
- Cuka Buatan
- Soda Bikarbonat
- Span Lembut
- Sabun Cuci Pinggan
- Kain Bersih
- Berus Plastik
Posted by Amanda Tan on Friday, June 5, 2020
SELAMAT MENCUBA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Dinding Rosak, Ini Cara Pasang DIY ‘BACKSPLASH’ Yang Betul!
Isi Kandungan
Toggle‘Backsplash’ merujuk kepada lapisan pelindung dinding di bahagian belakang dapur, terutamanya di kawasan antara kabinet dapur dan permukaan kerja. Selain memberikan perlindungan daripada percikan air, minyak, dan bahan makanan yang berbahaya, backsplash juga berfungsi sebagai elemen dekoratif yang mampu mengubah suasana dapur.
Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan.
Anda boleh diy sendiri backsplash dengan menggunakan 3D sticker. Sempatlah anda menabung untuk jubin backsplash yang lebih berkualiti. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.
DIY Backsplash 3D Sticker
Berikut perkongsian Wirdalina Tauhed
“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.”
Kena Tahu Cara Pasang, Elak Dinding Rosak
NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.
SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
SELEPAS STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.
Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan untuk backsplash:
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Kelebihan Backsplash Dapur:
1. Perlindungan Dinding:
Backsplash melindungi dinding daripada kerosakan akibat air, minyak, dan makanan yang boleh merosakkan cat atau dinding itu sendiri.
2. Seni dan Reka Bentuk:
Backsplash memberikan peluang untuk mengekspresikan kreativiti melalui pelbagai reka bentuk, corak, dan warna. Ia boleh menjadi unsur seni yang memeriahkan dapur.
3. Pembersihan yang Mudah:
Bahan backsplash yang sesuai memudahkan pembersihan, kerana permukaannya kebanyakannya tidak menyerap kotoran atau cecair.
4. Penyelarasan Gaya Dapur:
Backsplash membantu menyelaraskan dan meningkatkan gaya dapur, memberikan sentuhan terakhir yang mengikat bersama elemen-elemen dekoratif yang lain.
Backsplash bukan hanya satu elemen praktikal tetapi juga peluang untuk mencipta dapur yang mencerminkan personaliti dan gaya anda sendiri. Jadi, beranikan diri untuk menggabungkan sentuhan kreativiti ke dalam dapur anda melalui backsplash yang menawan!
Kredit: Wirdalina Tauhed
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sabut Kelapa Bahan Sungkupan Terbaik Mampu Lembabkan Tanaman
Sungkupan adalah bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah. Bahan yang biasa sebagai sungkupan contohnya ialah bahan buangan kepala sawit, sabut kelapa dan plastik (silvershine) – sumber
Sabut kelapa pula merupakan lapisan atau kulit kelapa yang berwarna coklat untuk yang telah kering dan putih jika buahnya masih muda. Sabut kelapa dikatakan sesuai digunakan di taman sebagai sungkupan (mulching) kerana keupayaan dan kekuatannya menyerap dan mengekalkan kelembapan yang tinggi. Selain sebagai sungkupan, sabut kelapa juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam penyediaan medium tanaman.
Ciri-ciri sabut kelapa
Penggunaan sabut kelapa merupakan salah satu langkah ke arah kitar semula dan environmental friendly. Ia mudah diperolehi dan disimpan sehingga apabila penggunaannya diperlukan. Namun terdapat pelbagai produk yang menjual sabut kelapa secara komersial sama ada untuk penggunaan komersial atau domestik. Sebelum menggunakan sabut kelapa yang dibuat sendiri, basuh atau rendam untuk beberapa ketika untuk membuang garam yang terdapat pada sabut tersebut. Selain itu sabut kelapa mengandungi potassium dan phosphorus yang boleh diserap oleh tumbuhan juga.
Sabut Kelapa Untuk Hidroponik
Coconut mats atau sabut kelapa yang paling kasar boleh digunakan sebagai medium tanaman hidroponik. Teksturnya yang lembut memudahkan pergerakan akar di samping ia merupakan bahan biodegradable. Sabut kelapa mempunyai kandungan potassium dan phosphorus yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan pokok. Sabut kelapa mudah untuk dikendalikan sebagai medium tanaman hidroponik dan tidak mempunyai bau. Selepas tiga hingga empat tahun penggunaannya, sabut kelapa tersebut boleh dijadikan baja kompos di taman.
Sabut kelapa juga menyimpan lapan kali ganda kandungan air dari pada beratnya. Ia membantu tumbuhan di dalam hidroponik mendapatkan keperluan air yang secukupnya. Selain itu juga, ruang yang wujud di antara fiber sabut kelapa di dalam sistem hidroponik membekalkan 40% kandungan udara. Sabut kelapa mempunyai pH antara 6 hingga 6.7 dan ia sesuai untuk tanaman hidroponik. Tambahan pula, sabut kelapa tidak mudah dijangkiti fungus dan bakteria yang boleh memberi ancaman kepada tumbuhan.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI