
Sebelum ini, IMPIANA ada berkongsi idea penggunaan kayu spin satu suku (1/4) sebagai feature wall. Nampaknya ramai yang minat dan ada cuba buat sendiri. Tak susah pun, kaedahnya sama seperti membuat wainscotting di dinding. Tapi, idea guna kayu spin 1/4 ni lebih menarik dan murah.
Seperti perkongsian Aen Ren baru-baru ini. Feature wall yang dihasilkan oleh suaminya sendiri menggunakan kayu spin 1/4 hanya bermodalkan RM 70 sahaja. Berikut barang-barang yang diperlukan dan caranya.
Suami tengok fb aritu dia minat design ni. Dia saja try buat je. Modal dalam RM70 buat beli kayu dan gam. Ok kan.
BAHAN-BAHAN:
Kayu spin 1/4
kertas pasir
cat asas putih
cat premium
Gap filler
Gam kayu/sillicon
Kertas pelekat
Gergaji
tapi pengukur
pensel
CARA-CARA:
1. Potong kayu spin mengikut rekaan yang telah di tetapkan
2. Lekatkan kayu pada dinding menggunakan gam silicon
3. Sementara gam kering, lekat kan kayu untuk lebih kukuh dengan menggunakan kertas pelekat
3. Jika terdapat rongga pada bahagian kayu yang telah dilekatkan terutamanya di bahagian bucu, tutup atau kemaskan menggunkan filler
4. Gosok kayu yang telah di potong dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan
5. Catkan under coat dan biarkan kering sepenuhnya seblum cat premium dioles
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mudah Saja DIY Penyerap Kelembapan Untuk Pastikan Almari Tidak Berkulat!

Masalah kulat di kediaman bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Lebih-lebih lagi kediaman anda terletak di kawasan dengan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, peratusan untuk perabot anda diserang kulat adalah lebih tinggi!
Sekali pandang, kulat pada almari terlihat seperti habuk atau debu dan boleh dilap dengan mudah sahaja. Tetapi malangnya, selepas beberapa hari kulat tersebut akan muncul dan kembali menghantui hidup anda.
Melalui perkongsian di akaun Facebooknya, Bijen Mohd ada berkongsi trik dan petua mudah bagi menghapuskan masalah kulat ini. Mari kita semak.
DIY Dehumidifier
Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY pula.
Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya.
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
Bahan Yang Diperlukan
- Kristal silika ‘Perlashine’
- Bekas kedap udara untuk penyimpanan
- Bekas plastik untuk pembungkusan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing.
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.
Saya beli sepaket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya.
Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula. Jimat belanja!
p/s : Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
SELAMAT MENCUBA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Tunjuk Cara Buat Bingkai Kufi Dengan Modal Hanya RM 32

Bingkai kufi memang harganya agak mahal. Ada tu yang makan harga sampai RM 300. Tapi, Myrah Che Rani berjaya buktikan, dengan modal hanya RM 32 pun ia masih berjaya menghasilkan frame kufi menggunakan material canvas. Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya. Jom baca ni
Bahan-bahan:
Kayu 1 x 1/2 inci sebagai frame (Lebihan kayu dibelakang rumah)
Kepingan kufi (tempah dekat kedai, 1 kaki RM 2.00. Total untuk 3 frame ni RM 28.00)
L bracket (RM 2.00)
Screw (RM 2.00)
Alat-alat:
Stapler gun
Drill
Gunting
Cara-cara:
1. Sediakan kayu mengikut saiz bingkai yang dikehendaki. Contoh ukuran yang digunakan dalam gambar adalah 1.5×1.5 kaki (2 unit) dan 1.5 x 2.5 kaki
2. Sambung kayu membentuk bingkai dengan menggunakan “L” bracket
3. Potong banner yang telah ditempah dan basi kan sedikit untuk memudahkan ia dilekatkan dengan kemas pada bingkai kayu tadi
4. Posisikan betul-betul bingkai di atas banner
5. Stepler banner pada binggkai dan pastikan ia betul-betul tegang
Mudah bukan nak buat, jadi tunggu apa lagi nanti kita cuba buat ye. Okay bila dah siap mestilah nak mengantungnya pulakan. Impiana kongsikan tip macam mana nak gantung bingkai dengan mudah.
Pertama pastikan dinding yang dipilih itu adalah salah satu dinding tumpu atau memang kosong tanpa sebarang gantungan yang lain . Baca artikel Panduan Ringkas Menggantung Bingkai Gambar Gerenti Cantik!
Jika anda bijak mengenakan susun atur bingkai di dalam rumah pasti ruang dalam rumah anda akan nampak lebih ceria dan sentiasa segar dengan gambar pilihan anda. Konsep kufi seperti ini memang menjadi tarikan ramai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!

Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku
dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

6. SIAP!
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
SEBELUM
SELEPAS
Selamat mencuba, semua!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI