Pokok sup memang antara tanaman yang cerewet. Tak boleh terkurang dan terlebih air langsung. Sebenarnya, nak tanam pokok sup tak lah susah jika kena pada tekniknya. Ia mudah dibiakkan melalui keratan batang yang dibeli dipasar ataupun biji benih. Sebelum ini LAMAN Impiana ada kongsikan tip atau cara untuk biakkan pokok sup yang dibeli dari pasar. [klik sini untuk artikel lengkap]. Kali ini, nak kongsi pula cara pembiakkan melalui biji benih yang dikongsikan oleh page “Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau”

1. Pilih biji benih yang berkualiti. Kebiasaanya guna jenama Green World. Jarang sekali tak menjadi.
2. Rendam 10-15 minit benih pokok sup di dalam air suam. Suam-suam kuku sahaja
3. Semai di dalam kulit telur yang berisi Peat moss


Tip: Lebih mudah semai dalam kulit telur. Bila sudah tiba masa untuk di tanam di batas kekas, boleh tanaman bersama kulit telur tersebut. Secara tidak langsung ia boleh jadi baja untuk pertumbuhan pokok. Disamping itu juga, ia mampu mengelak masalah serangan siput babi

IKLAN

4. Siram ala kadar sahaja dengan menggunakan semburan. Biji benih akan mengambil masa untuk bercambah
5. Sementara tunggu benih sediah dipindah, boleh sediakan medium. Gunakan medium siap campur yang banyak jual di nurseri tetapi perlu ditambah sedikit dengan cocopeat siap proses.
6. Bila anak benihdah keluarkan lebih dari 4 daun (seperti dalam gambar) boleh semai terus di tapak kekal. Untuk yang guna bekas semaian, boleh rendam dahulu anak benih di dalam air seketika supaya mudah di tarik kelaur dari bekas semaian tanpa merosakkan akar.

Cara Biak Pokok Sup Dari Biji Benih Menggunakan Kulit Telur Yang Pasti Menjadi

IKLAN

Tip: waktu yang sesuai untuk alihkan atau transplant anak pokok adalah diwaktu petang. Ia supaya anak pokok tida terkejut dengan iklim panas


7. Letakkan anak pokok yang telah di transplant tadi di bawah teduhan.
8. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali. Sebaiknya, guna baja jenis cecair seperti baja AB

IKLAN

Cara Biak Pokok Sup Dari Biji Benih Menggunakan Kulit Telur Yang Pasti Menjadi

Cara Biak Pokok Sup Dari Biji Benih Menggunakan Kulit Telur Yang Pasti Menjadi

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI