Tak susah untuk pastikan Bilik Tidur Bebas Debu. Debu, antara benda yang mudah dibersihkan tapi cepat juga menumpuk semula. Baru sahaja siap sempurna bersihkan bilik tidur, dah mula nampak debu semula.
Dah guna air purifier, robot vakum pun masalah debu dalam bilik tidur masih tidak selesai. Untuk atasi masalah ini, anda perlukan 6 trik super hebat
1. CUCI SARUNG BANTAL DAN CADAR SETIAP MINGGU
Sebaiknya, ganti dan cuci sarung batal serta cadar yang menghampari katil anda seminggu sekali. Ia bukan sahaja dapat meamstikan tempat tidur anda sentiasa dalam keadaan bersih. Secara tidak langsung juga, ia dapat mengatasi masalah kehadiran tungau.
2. KURANGKAN AKSESORI TIDAK PERLU DI DALAM BILIK TIDUR
Semakin kurang permukaan perabot atau aksesori dalam bilik, risiko debu terperangkap dalam bilik pun berkurangan. Perlu ingat, aksesori kecil-kecil yang tak penting tu lah perangkap terbaik debu yang berterbangan dalam udara. Sekali dah singgah, jika tak dibersihakan permukaan aksesori tu boleh jadi tepu
Baca juga: Didik Anak Kemas Bilik Sendiri Dengan 5 Tip Mudah
3. PASTIKAN LANTAI SENTIASA BERSIH
Bukan sahaja lantai bersih dari debu, malah ape pun barang seperti tompokkan baju. Selain itu juga, anda harus rajin membersihkan lantai. Tak kira lah vakum, mop atau menyapu lebih-lebih lagi jika lantai bilik tidur anda ada hamparan permaidani
4. BERSIHKAN HABUK DENGAN KAIN MIKROFIBER
Membersihkan permukaan perabot dan aksesori di dalam bilik tidur dengan kain mikrofiber kering adalah kaedah pembersihan yang baik. Namun jika anda ingin membersihkan debu secara total, basahkan kain mikrofiber tersebut atau gunakan wet sheet
5. SIMPAN BARANG MENGGUNAKAN BEG KHAS
Beg, tudung atau apa sahaja aksesori pakaian yang disimpan secara terbuka, ia juga antara ruang berpotensi menjadi tempat perangkap habuk. Sebaiknya simpan di dalam beg khas. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat memastikan barang atau pakaian anda terhindar dari debu, malah dapat mengelak ia kelihatan kusam akibat debu yang betrampok lama
6. ELAK SIMPAN KASUT DALAM BILIK TIDUR
Elak simpan kasut yang telah dipakai di dalam bilik tidur. Ia bukan ashaja mengundang debu malah kotoran lain yang tidak kesat dimata.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI