Tidak dinafikan, ada segelintir pemilik rumah tidak menghantar permohonan pelan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan kelulusan sebelum melakukan pengubahsuaian baru di kediaman. 

Tindakan sedemikian nyata akan memberi kesan buruk kepada pemilik rumah sekiranya memilih jalan pintas melakukan pengubahsuaian rumah tanpa mengikut syarat kelulusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. 

Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?

Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas dan membincangkan topik ‘Berputih Mata Bila Rumah Kena Roboh, Nak Salahkan Siapa?’ bersama penonton. 

Menerusi perkongsian bersama tetamu jemputan, pereka dalaman Encik Mohd Nizar Manaf menegaskan ada beberapa langkah serta perancangan yang perlu dilakukan oleh pemilik rumah sebelum memulakan pengubahusaian rumah. 

Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan? Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?

“Apa yang saya boleh cakap fasal rumah kena roboh ni adalah kerana pemilik rumah tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

IKLAN

“Mungkin ada sesetengah pemilik rumah yang terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu pengubahsuaian baru sehingga terlupa ada beberapa langkah penting yang perlu diambil,” katanya. 

 

Menurut Encik Nizar, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pemilik rumah adalah untuk mendapatkan kelulusan pelan pembangunan daripada PBT di pejabat majlis daerah sebelum memulakan pengubahsuaian kediaman. 

“Pemilik rumah kena dapatkan pelan pembangunan untuk rumah mereka dan permohonan tersebut perlu dihantar kepada PBT di pejabat majlis daerah mengikut lokasi kawasan rumah masing-masing,” jelasnya. 

IKLAN

Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?

Katanya lagi, pemilik rumah juga kini boleh mendapatkan bantuan dan khidmat daripada arkitek yang bertauliah sekiranya mahu mendapatkan kelulusan PBT sebelum melakukan pengubahusaian rumah. 

 “Sekarang kita sudah ada ‘one stop centre’ yang mana anda boleh menghantar permohonan kepada arkitek yang bertauliah, dapatkan khidmat mereka. 

“Mereka akan bantu supaya permohonan pengubahsuaian rumah dapat diluluskan oleh PBT,” katanya lagi. 

IKLAN

Jadi, adakah wajar rumah yang telah diubahsuai tanpa mendapatkan kelulusan PBT ini dirobohkan oleh pihak berkuasa? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;

Jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!

Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI