Mesti ada di kalangan anda yang pernah mengalami masalah bau hapak dan busuk dalam peti sejuk tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikannya.
Kini anda tidak perlu lagi khuatir, sebenarnya ada pelbagai cara untuk menghilangkan bau hapak dan busuk dalam peti sejuk ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan.
Berikut adalah cara menghilangkan bau peti sejuk yang mudah dan berkesan dengan hanya menggunakan bahan yang semula jadi. Cubalah!
1. SERBUK PENAIK/BAKING SODA
Cara mudah yang anda boleh lakukan, tabur sedikit serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
2. CUKA PUTIH & BUAH LEMON
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk anda.
Ads
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini
3. OAT
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang kurang enak dalam peti sejuk anda. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Percayalah, anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas cuba melakukan langkah ini.
4. SERBUK KOPI ATAU TEH
Anda boleh gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi atau teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk. Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.
Ads
5. ROTI
Roti juga boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Anda perlu letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering.
Jika masih berbau, anda boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang. Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!
6. ARANG
Ads
Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Anda cuma perlu masukkan arang kecil ke dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.
Apabila anda letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu selama beberapa hari.
7. ESEN VANILA
Tahukah anda, esen vanila juga bukan hanya digunakan untuk memberi perasa dan aroma wangi pada kek dan pastri, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti sejuk di rumah anda.
Caranya mudah sahaja, ambil sebesen kecil air dan titiskan 3-4 titisan esen vanila ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala bersih dan celupkan pada air ini untuk mengelap ruang dalam peti ais anda. Memang harum!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebuah rumah yang sempurnah, jika adanya beranda. Beranda ini adalah tempat untuk kita mengambil angin yang nyaman dan tenangkan fikiran. Beranda ini boleh dijadikan tempat untuk kita meluangkan masa dengan kawan-kawan sambil mengopi ke ataupun dengan anak-anak sambil melihat bintang-bintang di angkasa dan lain-lain lagi. Tapi persoalannya, yang manakah minat anda? Beranda terbuka atau tertutup? Tak tahu? Mari saya terangkan perbezaan antara dua itu.
BERANDA JENIS TERBUKA
Beranda terbuka yang dikaitkan dengan rumah biasanya dirujuk sebagai teres. Secara luaran, kedua-dua reka bentuk ini agak serupa. Namun, jika dilihat pada ciri-ciri bangunan tersebut, beranda merupakan lanjutan rumah. Kedua-dua struktur ini boleh dibina pada landasan yang sama. Teras sama ada dibina di atas tapaknya sendiri atau digantikan dengan tiang sokongan yang didorong ke dalam tanah.
Ciri utama beranda terbuka ialah banyaknya ruang dan cahaya. Reka bentuk pengembangan cuba menggariskan maruah ini. Reka bentuk dalam warna pastel, serta warna yang hampir dengan alam semula jadi yang boleh dilaksanakan, adalah digalakkan. Kehijauan adalah ciri hiasan yang penting. Pokok anggur, bunga dan juga pokok hiasan ditanam di seluruh kawasan lapang, dan pasu bunga diletakkan di lantai lorong.
BERANDA JENIS TERTUTUP
Beranda yang berbumbung ini agak berguna di kediaman desa. Sebagai tambahan kepada cuti musim panas, sambungan sedemikian boleh digunakan sebagai ruang penuh pada musim sejuk. Beranda berbumbung juga biasa di kediaman mahal. Pautan selalunya dibina daripada kaca. Akibatnya, terdapat kesan teres terbuka. Pemandangan haiwan boleh didapati melalui tingkap, manakala kaca melindungi ruang duduk daripada angin dan hujan.
Malah silingnya diperbuat daripada kaca. Bahagian dalam yang dipanjangkan dikebumikan di bawah sinar matahari pada waktu pagi, manakala kanopi kaca membolehkan anda melihat langit pada waktu malam. Sambungan sedemikian selalunya separa tertutup atau mempunyai pintu pembuka.
Jadi, itulah dia perbezaan antara dua berandar. Kedua-duanya bagus dan menarik, Cuma, ia menarik di pandangan mata masing-masing. Jikalau saya, saya lebih suka terhadap beranda terbuka. Anda bagaimana?
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buhan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Setiap individu mempuyai kediaman idaman dengan citarasa masing-masing. Namun atas beberapa faktor, mungkin ada perkara yang tak dapat direalisasikan. Kekangan masa dan bajet menjadi antara sebab cita-cita kita ditangguhkan terlebih dahulu. Tetapi itulah hikmah PKP ini, macam-macam idea kreatif yang timbul, menjadikan segalanya mustahil.
Seperti yang dilakukan lelaki ini, DIY sendiri kolam mandi untuk anak-anaknya. Walaupun tak boleh keluar rumah, si kecil tetap ada aktiviti nak buat. Ibu ayah pun boleh join.
Kolam DIY sempena PKP. Baru tak bosan anak-anak. PKP lajak lagi 2 mngu punya pasai abah hampa DIY kolam bagi kat hampa mandi….
BAHAN YANG DIPERLUKAN
20mm PVC pipe class 7 = 4 batang
20mm PVC tee = 36 biji
20mm PVC elbow = 8 biji
Kanvas 12ft X 10ft
gam pipe PVC
cable tie
alatan tangan
p/s : Kos keseluruhan RM130 – RM160, mengikut harga semasa di hardware kawasan rumah masing-masing.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.