Definisi kediaman sempurna bukan hanya diukur dari segi fizikalnya sahaja. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini termasuklah hal-hal yang tidak terlihat oleh mata kasar, yang hanya penghuni rumah tersebut saja tahu. Tidak kiralah usia dan saiz rumah, jika anda bahagia, sudah tentunya kediaman terasa begitu sempurna serta lengkap serba-serbi.
Walaupun usia kediaman ini mencecah 30 tahun dengan saiz yang agak terhad, pemilik, Mohd Asri dan isterinya Marlia Ramli tetap menghargai rumah pangsa 600 kaki persegi ini dan sentiasa memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan kediaman sentiasa di dekor cantik, kemas dan menarik.
Berpegang pada 3 elemen utama iaitu kayu, besi serta konkrit, pemilik berjaya menatarias kediaman idaman mereka dengan konsep moden kontemporari yang diserikan lagi dengan elemen tropikal yang cukup menarik. Sepanjang 8 tahun mendiami rumah 2 bilik ini, banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Kebanyakkan ruang juga hanya DIY sahaja kerana ia dapat menjimatkkan banyak kos. Nasihat pemilik, bagi mendapatkan hasil yang baik, perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan kewangan yang mencukupi. Selain itu, perlu juga memahami ruang dan padankan dengan bijak setiap pemilihan warna,perabot dan pencahayaan.
Kredit : Leeya Marlia Ramli
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi 5 Tema Sesuai Buat Bilik Tidur Anda
Bilik tidur merupakan ruang privasi yang amat dekat dengan pemiliknya. Selain untuk tidur, ruang santuari ini juga menjadi tempat untuk berehat dan mengekspresi diri.
Seni reka dan susun atur kamar perlu selari dengan gaya hidup dan personaliti tuan empunya. Jadi buat anda yang sedang dalam perancangan mengubahsuai bilik atau baru berpindah ke bilik baru, IMPIANA mahu kongsikan beberapa tema menarik yang boleh anda pertimbangkan. Enjoy!
1.TROPIKAL
2. FLORAL
3. NAUTIKA
4. BOHEMIAN
5. ANIMAL PRINTS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rona Putih Hiasi Rumah ZASKIA SUNGKAR, Mewah Dengan Dekorasi Marmar
Memang terinspirasi melihat kediaman mewah selebriti negara jiran ini. Selain kejayaannya sebagai usahawan, gaya hidup dan kediaman mewah Zaskia Sungkar sentiasa menjadi perhatian.
Apa tidaknya, mahligai indah isteri Irwan Syah ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.
Reka bentuk dalaman didominasi oleh warna putih dengan sentuhan marmar yang elegan. Apa yang pasti, wanita cantik ini punya cita rasa yang mengagumkan.
Jarang tayang rumah kepada umum, baru-baru ini Zaskia telah berkongsi tour kediamannya melalui akaun media sosial peribadinya. Reka bentuk rumah itu memaparkan keanggunan yang mantap dengan dominasi warna putih yang elegan. Bukan itu sahaja, sentuhan batu marmar juga boleh dilihat di beberapa sudut ruangan, menambahkan lagi kesan mewah.
1. Elegan dengan dekorasi putih dan hitam
Reka bentuk dalaman rumah Zaskia menyerlah dengan gabungan hitam dan putih yang mantap. Dalam foto yang dikongsinya, dinding rumahnya dicat putih, manakala aksen hitam diterapkan pada perincian seperti pintu dan tingkap.
2. Hiasan Marmar Mendominasi Ruang Dapur
Dapur yang mewah juga disediakan di kediaman Zaskia Sungkar. Set dapur direka dalam warna putih digabungkan dengan percikan belakang beraksen marmar putih. Sementara itu, meja dapur mempunyai sentuhan kayu yang tersendiri. Gabungan warna kayu putih dan coklat menambah kesan elegan pada dapur Zaskia.
3. Dapur Zaskia juga dilengkapi dengan pelbagai perabot yang canggih
Selain mempunyai reka bentuk yang elegan, dapur juga dilengkapi dengan perabot moden. Terdapat pantri yang direka khusus untuk meletakkan ketuhar gelombang mikro dan ketuhar. Bukan itu sahaja, terdapat juga alat pembuat kopi yang merupakan antara peranti kegemaran keluarga Zaskia.
4. Terdapat bilik air di tingkat 1
Di tingkat satu rumah, terdapat bilik air yang ringkas. Di dalamnya terdapat beberapa produk penjagaan kulit Zaskia yang sering digunakannya selepas beraktiviti. Sesuai dengan suasana bilik yang lain, bilik air ini juga didominasi oleh warna putih.
5. Terdapat kemudahan lif yang canggih
Kemudahan di rumah Zaskia sangat mewah termasuk adanya lif. Dengan lif ini, Zaskia dan tetamu yang ingin berkunjung ke rumahnya boleh sampai ke tingkat 2 dengan mudah tanpa perlu menaiki tangga.
6. Tingkat dua ialah butik Zaskia
Zaskia yang terkenal sebagai usahawan berjaya dalam industri fesyen menukar tingkat dua rumahnya sebagai pejabat untuk butiknya sendiri. Ruang butik itu memaparkan keanggunan dengan sentuhan hiasan yang tebal dengan kayu.
Tip Penjagaan Marmar
1. Lantai jubin tidak boleh dibiarkan dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita. Ianya perlu sentiasa dibersihkan dan kemudiannya dibilas dengan air serta dilap kering.
2. Bagi kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain pemilik kediaman boleh menggunakan pencuci beralkali. Manakala, minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
3. Pemilik kediaman juga boleh mengadaptasi petua orang lama bagi mengelakkan lantai cepat pudar dengan mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus.
4. Bagi mengelakkan lantai berkulat dan cepat rosak dan kotor, pemilik kediaman boleh menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik.
5. Elakkan benda-benda berat dan tajam jatuh ke lantai jubin bagi mengelakkan lantai pecah dan rosak akibat hentakan tersebut. Pemilik kediaman boleh juga meletakkan hamparan ambal di sesetengah bahagian lantai jubin bagi keselesaan dan keselamatan di dapur sekiranya lantai agak lembap dan licin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hias Ruang Tamu Ala Scandinavian, 8 Ciri Ini Patut Ada!
Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.
Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.
Hias Ruang Tamu Ala Scandinavian, 8 Ciri Ini Patut Ada!
- Kemasan dinding – Dinding Scandinavian selalunya lebih cantik dicat dengan warna pucat, nude colour atau rona urban yang tidak begitu ketara. Bayangkan persekitaran utara Eropah yang tidak terlalu terang, dilitupi salji dan berkabus.
- Elakkan memilih kertas dinding dengan corak bunga-bunga atau belang-belang
- Sofa – Pilihan sofa yang mempunyai perisa ala 60an yang diberi cita rasa baru. Kaki daripada kayu panjang tirus. Tidak ada lengkuk mahu pun ukiran. Selalunya dibalut dengan fabrik polos pastel.
- Elakkan kesilapan lazim yang cuba menggabungkan sofa moden kontemporari dalam tata hias ala Scandinavian.
- Meja kopi – Permukaan kayu yang cantik, pipih dan selalunya kakinya juga panjang tirus ringkas. Terdapat juga yang disertakan dengan kombinasi besi dan kayu. Manakala ada juga di datangkan dalam 2 serangkai meja kopi terutama ruang bersaiz kecil.
- Jangan sesekali memilih meja kopi daripada meja ala oriental mahu pun kerawang dari negara Asia yang lain.
- Lampu meja –Lampu meja juga selalunya tidak lah begitu gah. Selalunya banyak menggunakan elemen besi tirus dan terendak polos. Peliknya lampu meja ala scandianavian ini umpama gaya moden zaman 50an – 60an.
- Jangan pula terpengaruh dengan reka bentuk lampu meja Inggeris atau moden kontemporari.
- Ambal- Jika dekorasi lain megah dengan permaidaninya, Scandinavian pula lebih senang dengan ambalnya yang cantik dan ditenun rapi . Bagi yang mahal selalunya ditenun tangan dan mempunyai warna yang sederhana. Ada juga mempunyai corak geometri moden dan ada juga mempunyai corak tradisi setiap negara.
- Jangan pula anda dengan yakin membentang tikar buluh atau permaidani Parsi walaupun ada yang berwarna samar di pasaran.
- Lampu gantung merupakan salah satu kelengkapan penting dalam dunia dekorasi Scandinavian. Jadi rekaan yang tersendiri dan geometrikal sememangnya memberi satu identiti kepada tata hias seumpama ini.
- Jangan terkejut ada di antara lampu gantung Scandinavian tidak mempunyai sarung pun dan hanya segugus mentol yang dibiar bebas tanpa sarung atau sangkar. Elakkan lampu candalier yang terlalu sarat.
- Salah satu perabot yang dikatakan mesti ada di sebuah kediaman adalah sideboardnya. Sudah semestinya kaki kabinet ini lebih panjang rencong dan tempatkan pada pinggir kawasan yang kurang popular bagi sebuah ruang tamu.
- Kalau boleh jangan tinggalkan kabinet seumpama ini. Cuba dapatkan agar tata hias mu lebih sempurna.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam Kobis dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’
Sumber : Veranda
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI