Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang untuk menghias dan mendekorasi kelas di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.
Persekitaran yang kondusif adalah penting dan mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran, terutama sekali dalam menyediakan kelas yang selesa dan menarik. Tidak hanya itu, ia juga berupaya meningkatkan semangat pelajar untuk pergi ke sekolah.
Guna Elaun Sendiri
Segalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala cafe yang unik dan menarik.
Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.
“THE CAFE CLASS, KITA BUAT DIA. DARIPADA KELAS BIASA KE YANG LEBIH SELESA. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL TIBA, SAYA KONGSIKAN SEDIKIT DEKO GURU PEDALAMAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMUA. ADA ORANG TANYA SAYA MANA PERGI GAJI CIKGU?
“SAYA GUNAKAN SEDIKIT ELAUN PEDALAMAN UNTUK MENCANTIKKAN KELAS. ADA REZEKI LEBIH, SAYA BUAT LEBIH.
Ads
Guru tersebut turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, di mana sentuhan guru Pendidikan Islam yang lulus dari Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar telah mengubah suasana ruang kelas tersebut.
Kelas itu kini terasa lebih selesa dengan palet warna hitam putih. Untuk merealisasikan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihiasi bagaikan kaunter, sementara meja dan kerusi disusun seakan restoran, lengkap dengan elemen hiasan yang lembut.
Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.
Ads
“Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.
Ads
Malah, usaha dan pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia selepas tular di media sosial.
Pada zaman sekarang sudah semakin ramai lelaki yang mempunyai skil memasak hebat salah seorangnya Angah Raja Lawak ini.
Bagi mereka yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu bahawa beliau sangat aktif dalam bidang lakonan dan juga sebagai penyampai radio. Pemilik nama sebenar Iskandarsah Hashim ini juga rajin berkongsi resepi masakan di media sosial miliknya.
Setiap kali bapa kepada dua anak ini memuat naik video masakan, dia pasti menerima banyak pujian. Hidangan yang disediakan sangat lazat, ditambah dengan cara memasak yang mudah, membuatkan pengikutnya lebih terinspirasi untuk mencuba resipi tersebut.
Shiera Bertandang di Kediaman Angah
Baru-baru ini, rakan selebriti Sharifah Syahirah, atau Shiera, memuat naik video pendek ketika berkunjung ke rumah pelakon filem Ngangkung itu. Dalam video tersebut, Shiera berkongsi beberapa bahagian dalam kediaman Angah, termasuk dapur basah, ruang rehat, dan sudut wajib yang dirakam iaitu ruang makan.
Dapur Curi Perhatian Netizen
Usai menonton video tersebut, rata-rata memuji dan kagum dengan keindahan kediaman pelakon berkenaan.
Lebih mencuri tumpuan pastinya dapurnya yang tampak besar dan konsep outdoor memudahkan aktiviti memasak.
Bagi yang tidak tahu, anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bergelar naib juara bagi pertandingan masakan MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Tidak hairanlah setiap kali memasak, gayanya memasak memang nampak ala-ala cef profesional.
Meja makan adalah perabot penting di ruang makan dan merupakan pelaburan jangka panjang. Meja makan ini boleh digunakan untuk rutin harian, acara santai atau acara rasmi.
Namun begitu, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli meja makan, salah satunya adalah material meja.
Memilih bahan meja makan boleh menjadi tugas yang mengelirukan. Selain daripada pilihan yang banyak, setiap material meja makan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis meja makan yang digunakan secara meluas iaitu marmar dan kayu. Jadi, apakah kebaikan dan keburukan kedua-duanya dan yang terbaik untuk ruang makan?
Mengenai meja makan marmar
Meja makan marmar boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Anda boleh mencari jenis gaya yang berbeza-beza daripada tepi serong bersudut kepada tepi bulat atau segi empat sama mengikut aspek yang dimahukan.
Mengenai meja makan kayu
Kayu boleh didapati dalam pelbagai kemasan dan ia juga boleh diukir, dipotong dan juga dibentuk dalam pelbagai bentuk dan gaya.
Kelebihan & Kekurangan Meja Makan Marmar
Meja makan marmar sering dikaitkan dengan cita rasa mahal, menjadikan sesuatu ruang itu tampak bergaya dan formal.
Walau bagaimanapun, meja makan marmar boleh diletakkan di dapur makan untuk dekorasi yang lebih santai. Marmar adalah bahan yang sangat tahan lama dan kukuh.
Namun begitu, seperti kebanyakan peralatan batu semula jadi yang lain, marmar memerlukan penyelenggaraan tetap yang berkala.
Jika tumpahan berlaku, bersihkan dengan segera kerana cecair boleh meresap ke dalam batu dan menyebabkan kerosakan.
Selain itu, objek berat yang diletakkan di atasnya boleh mencalarkan kemasan malah merosakkan batu itu sendiri jika marmar tidak dimeterai dengan betul.
Semasa memilih, pastikan anda meneliti marmar untuk melihat jika anda sebarang keretakan dan kerosakan, sebelum serta selepas ia tiba di rumah anda.
Kelebihan & kekurangan meja makan kayu
Pada masa ini, tidak semua meja kayu diperbuat daripada kayu pepejal sebenar. Kayu pepejal tulen cenderung menjadi tua dan tahan lama menjadikannya pelaburan yang baik untuk keluarga.
Walau bagaimanapun, meja makan kayu boleh menjadi mahal, bergantung pada kualiti dan jenis kayu yang digunakan. Selain itu, ia juga mempunyai jisim yang berat dan menyukarkan untuk bergerak. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, meja makan kayu boleh meleding walaupun ia dijaga dengan baik.
Sama seperti meja makan marmar, meja kayu juga mesti dibersihkan dengan kerap dengan produk yang selamat.
Calar pada meja makan kayu sukar untuk ditutup kerana kemasannya sukar dipadankan. Namun begitu, ia boleh kelihatan eksklusif di ruang makan kasual dan formal.
kredit: kompas.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Anak kepada pelakon popular, Rozita Che Wan iaitu, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian netizen selepas sepotong video pendek tular di TikTok mempamerkan dekorasi ruang bilik tidur dan juga tandas yang mewah bak hotel.
Malah, keluarga selebriti terkenal, usahawan, dan pelakon Rozita Che Wan, yang lebih dikenali sebagai Che Ta, sentiasa menjadi perhatian. Setiap kiriman mereka di media sosial tidak gagal menarik minat dan menjadi bahan perbualan hangat netizen.
Sebelum ini, menerusi perkongsian sebuah akaun Tiktok @nurkhalaf ada berkongsikan sebuah video yang menunjukkan keadaan bilik tidur anak perempuan Che Ta telah tular di TikTok. Menerusi video terbabit, dapat dilihat pemilik video menerokai bilik tidur tersebut sambil ditemani Aaisyah.
Apa yang mengejutkan adalah keadaan dan saiz bilik tidurnya Aaisyah yang dilihat tersergam indah bak hotel lima bintang. Bukan sahaja cantik tetapi ruangan biliknya juga cukup besar dimana ruangan bilik air juga dilengkapi dengan tab mandi disertakan dengan lantai jubin yang cantik sekali.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat saiz bilik tidur dan bilik air Aaisyah yang besar serta cantik.
Ramai juga yang mengagumi bagaimana Che Ta sendiri yang sanggup berhabis demi kesenangan dan keselesaan satu-satunya anak perempuan kesayangan selain bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T buat keluarga kesayangan ramai ini.
Menjenguk ruangan komen di akaun tersebut, ramai netizen terpegun dan mengatakan bahawa saiz bilik tidur Aaisyah sudah seperti sebuah rumah kondominium kerana luas, dan betapa bertuahnya Aaishah di mana dari kecil lagi sudah merasai tinggal di bilik tidur yang lengkap dan besar. Memang cantik sungguh kan!
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.