Bila melangkah masuk ke sesebuah rumah, bahagian pertama yang akan dilihat pastinya latar dinding. Oleh itu, dinding adalah bahagian yang perlu dititikberatkan ketika menata rias ruang kerana mampu memberi impak menarik berdasarkan konsep ingin diketengahkan.
Dinding rumah anda kosong dan tiada idea untuk menghiasnya? Terdapat berbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda jadikan ilham untuk menata rias dinding ruang rumah yang kosong.
SUSUNAN FOTO PERIBADI
Jika anda mempunyai banyak koleksi gambar, bolehlah memasangnya di dinding mengikut susunan bingkai yang seragam. Gantung dengan kemas di bahagian dinding yang kosong. Anda juga boleh memilih untuk menyusunnya di dinding sepanjang tangga rumah. Secara tidak langsung ruang kosong kelihatan menarik dan berseri. Selain itu, ia juga membantu mencerahkan ruang jika anda menggunakan bingkai gambar berwarna putih.
PELEKAT DINDING
Bagi rumah yang menggunakan konsep moden minimalis tidak ada salahnya jika anda memberikan sedikit sentuhan aksen di bahagian dinding kosong. Anda boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan pelekat dinding atau wall sticker yang bermotifkan sederhana seterusnya ciptakan sebuah suasana baharu bersama tema yang ingin anda tonjolkan.
OBJEK BERBINGKAI
Pernahkah anda melihat objek-objek yang unik diletakkan di dalam bingkai dan diletakkan di dinding? Umpamanya selendang sutera atau busana tradisional lama dibingkaikan menjadi perhiasan dinding. Idea ini sangat menarik kerana dapat menambahkan elemen-elemen tekstur di dalam ruang kediaman sekaligus menampilkan pemandangan yang unik dan artistik.
Ads
CERMIN
Rumah sederhana luas kalau mendapat olahan yang sesuai mampu menyerlahkan keindahan ruang tersebut. Idea yang diolah pada ruang dinding kosong dapat menonjolkan impak lebih luas jika anda menempatkan cermin bersaiz besar. Selain membantu menampakkan ruang lebih luas, cermin juga menjadi salah satu barangan hiasan pada dinding yang polos.
RAK
Jadikan koleksi buku mahupun cerpen kesayangan anda sebagai sebahagian daripada perhiasan dinding polos. Buatkan rak terbuka di dinding bagi menempatkan koleksi-koleksi buku dan novel. Namun, jangan terlalu banyak bagi mengelakkan raka menampung beban berlebihan dan berisiko untuk roboh. Susun koleksi yang anda gemar baca sahaja dan boleh diulang baca. Rak juga mampu mencipta dimensi dan fleksibiliti bagi apa jua yang ingin anda pamerkan.
BARANGAN TERPAKAI
Ads
Perhatikan sekitar rumah anda, masih adakah lagi barangan-barangan lama yang sudah tidak mahu digunakan. Pun begitu biarlah ia masih elok. Sedikit modifikasi pada barangan terpakai ini mampu menjadi hiasan dinding yang menarik sekaligus menjimatkan wang selain murah dan mudah dilakukan.
BLOK WARNA
Aplikasi blok warna pada dinding kosong contohnya di bilik kamar. Sesuaikan warna dengan nuansa yang anda inginkan. Contohnya ialah warna coklat muda dan gelap sangat serasi untuk bilik tidur sekaligus menghasilkan suasana yang cukup tenang dan romantik.
AKSESORI BERTEKSTUR
Ads
Adakalanya ia merupakan penyelesaian yang terbaik untuk dinding kosong. Antara aksesori bertekstur ialah dulang rotan atau bakul yang boleh menjadi hiasan dinding yang menarik jika kena pada caranya.
KERTAS DINDING
Jika anda seorang penggemar kertas dinding teruskan kreativiti dalam mencipta keindahan rumah. Kertas dinding sebenarnya mampu menambahkan elemen drama pada dinding di samping menyerlahkan personaliti pemiliknya. Tidak perlu memilih kertas dinding yang mahal-mahal terutama untuk sebuah ruang terhad. Apa yang penting idea yang dipamerkan melalui kreativiti anda.
Pagar rumah bukan sekadar elemen keselamatan, tetapi juga cerminan kepada identiti dan citarasa pemilik rumah. Di tahun 2024, rekaan pagar rumah semakin kreatif dan estetik, menggabungkan elemen-elemen moden dan tradisional yang sesuai untuk pelbagai jenis rumah.
1. Laser cut motif
Model pintu pagar ini dibuat dengan teknik laser cutting bercorak daun.Di mana, bentuk dan reka bentuknya boleh dibuat seperti yang dikehendaki. Antara motif kegemaran ramai adalah tumbuhan, bunga, mazes dan motif kotak.
Pagar besi dengan ukiran klasik atau moden kembali popular pada tahun 2024. Rekaan ini memberikan sentuhan elegan dan mewah kepada rumah anda.
2. Gabungan besi dan kayu
Model pintu pagar terkini dengan sistem pembukaan gelongsor sangat popular kerana fungsinya yang tinggi, terutamanya dalam menyediakan akses kenderaan.
Reka bentuk unik yang menggabungkan kayu dan besi, dengan corak papan dam seperti yang digambarkan, memberikan pintu gerbang daya tarikan tersendiri dan nilai artistik.
3. Kaca tempered
4. Gaya klasik
Model pintu pagar minimalis gaya klasik menggabungkan elemen mudah dengan sentuhan klasik yang elegan. Model ini membentangkan gabungan reka bentuk minimalis dan keanggunan klasik, dengan garis bersih dan butiran abadi.
4. Pagar Kayu
Pagar kayu dengan reka bentuk minimalis tetap menjadi pilihan utama. Kayu yang digunakan biasanya tahan lasak dan diolah dengan kemasan yang moden, seperti penggunaan warna-warna neutral atau gelap. Rekaan ini sesuai untuk rumah yang menginginkan suasana yang lebih alami dan mesra alam.
6. Pintu pagar tolak minimalis kontemporari
Model pintu pagar tolak minimalis kontemporari menawarkan gabungan kayu, besi dan batu semula jadi yang mencipta rupa yang bergaya. Turnstile ini mempunyai bingkai besi dengan pengisian kayu gelap yang menghasilkan rupa yang berbeza dan cantik.
7. Minimalis stainless steel
Pagar logam dengan reka bentuk minimalis dan garis-garis bersih menjadi trend bagi mereka yang sukakan gaya kontemporari. Logam seperti besi atau aluminium digunakan tanpa banyak hiasan tambahan, menekankan elemen kesederhanaan dan keanggunan.
IMPIANA : Apa-apapun pilihlah rekaan yang sesuai dengan tema rumah dan keperluan anda sekeluarga.
Ruang yang sering ditekan kan dalam sesebuah dekorasi kediaman adalah dinding TV. Namun adakalanya, dekorasi yang terlalu sarat membuat ruang menonton anda kelihatan seak terutamanya bagi kediaman bersaiz kompak. Oleh itu, IMPIANA kongsikan inspirasi dinding TV untuk ruang bersaiz kompak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA nak kongsikan rahsia penting untuk semua pembaca kali ni, nak buka mata semua tentang pentingnya kita miliki kediaman selesa dan nampak mewah dengan mengikut bajet yang kita ada. Ambil tahu perkara ini elak rugi bila renovasi rumah.
Saya pasti ramai yang mengidamkan sebuah kediaman yang cantik dan sempurna untuk gaya hidup masa kini. Tetapi pernahkah anda terfikir kediaman yang anda miliki kini yang mungkin sudah lama atau kurang serinya mampu menjadi sebuah kediaman idaman ramai.
Pastinya terfikir pula dengan duit poket yg ada, ini semua tidak menjadi masalah jika anda bijak mengatur strategi kewangan anda. Menyimpan adalah satu langkah paling praktikal untuk anda lakukan.
IMPIANA nak kongsikan kisah pemilik kediaman ini yang telah memberi nafas baru kepada kediaman milik peribadi mereka. Tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk miliki kediaman sebegini rupa. Bijaknya pemilik ini ia mencipta nafas barunya rumahnya dengan menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman. Perancangan awal membuatkan pemilik elak rugi kemudian hari.
Pakar Hiasan Dalaman MamyHome menjadi pilihan pemilik kali ini. MamyHome telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik ini. Kediaman yang agak terhad keluasannya dan susun atur yang agak sempit membuatkan mereka sekeluarga kurang selesa. Apa yang MamyHome lakukan untuk kediaman ini sehingga ia kelihatan seolah seperti kediaman baru. Jom lihat hasil sentuhan magis Pereka Hiasan Dalaman MamyHome ini.
Dalam asyik menghias dan mengubah suai rumah sehingga menjadi sebegini rupa, IMPIANA juga ingin menyelit mengenai sebuah rumah yang menjadi tarikan masa kini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.