Rasanya satu dunia mengenali bintang tenis ternama dunia, Maria Sharapova.
Figura ini bukan sahaja popular kerana kehebatannya di gelangang tenis bahkan personalitinya juga menjadi bualan ramai.
Menyifatkan rumah agam tiga tingkat yang dibina di cerun bukit Los Angeles ini sebagai refleksi semangat dan kejayaannya selaku pemain tenis bertaraf antarabangsa, atlet kelahiran Rusia ini sangat menitikberatkan soal hiasan dan seni bina setiap ceruk kediaman. Pendek kata, segala apa yang terdapat di dalam rumah berkenaan adalah ilham darinya sendiri.
Malah, rumah mewah ini juga lengkap dengan ruang boling bawah tanah tempat istirehat menggambarkan pemilik kediaman berkenaan seorang yang aktif, berjiwa muda dan bercita-cita tinggi.
Menurut pereka hiasan dalaman yang terlibat dengan susun atur rumah Maria Sharapova, model dan usahawan cantik ini seorang yang teliti dan tegas dalam mengurus ruang privasi. Bahkan dia juga akan berunding dengan mereka yang terlibat dalam menghias setiap inci rumah.
“Saya sangat terinspirasi dengan seni bina dan nilai estetika Jepun yang serba minimalis. Tambahan pula, saya dibesarkan dengan persekitaran yang tidak terlalu banyak hiasan.
Ads
Bagi saya, minimalis adalah sesuatu yang sihat. Apa gunanya memiliki banyak barang di dalam rumah sedangkan tidak menggunakannya.”
Ads
Nama Maria Sharapova mula bersinar sebagai selebriti sukan antarabangsa ketika dia masih kecil. Berusia 34 tahun, Maria pernah memegang ranking nombor satu pemain
tenis wanita dunia sewaktu dia baru mencecah umur 18 tahun.
Selain aktif mengembangkan bakat dalam sukan tenis, Maria juga terlibat dalam kempen promosi jenama sukan dan kosmetik dunia termasuk Nike. Di samping itu, Maria turut
meluaskan empayar dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat coklat dan manisan premium Sugarpova.
Mengintai ruang mewah kediaman Maria Sharapova seperti yang dikongsikan menerusi channel Architectural Digest, Open Door… pemandangan dari kamar tidur Maria cukup mengagumkan kerana menghadap terus ke Pantai Malibu.
Ads
Uniknya, kediaman ini menggabungkan rona kelabu, coklat dan warna-warna natural yang menonjolkan sisi mewah konkrit dan kaca. Malah, ada di kalangan penonton yang melabelkan rumah Maria tidak ubah seperti sebuah galeri.
Dilengkapi dengan kolam renang yang luas, Maria turut membawa masuk perhiasan antik dari pelusuk dunia seperti Asia, Afrika dan Eropah untuk menghidupkan suasana klasik
di ruang kediaman. Pada waktu senggang pula, atlet tinggi lampai ini akan menjemput rakan-rakan datang ke rumahnya dan menikmati masa terluang sambil bermain boling di
tingkat bawah rumah.
Nak masak ikan, ayam mahupun daging yang telah dibekukan, esti anda perlu letak bahan tersebut pada suhu bilik untuk tempoh 1 jam dan mungkin lebih. Tapi, macam mana pula kalau anda lupa nak keluarkan? Kebiasaannya, mak-mak akan merendam bahan sejuk beku tersebut di dalam air atau menggunakan microwave. Tahu tak, ia akan menjejaskan tekstur dan kandungan khasiat yang terdapat di dalam makanan.
Ada dua cara yang paling mudah dan cepat sebenarnya untuk defrost makanan sejuk beku seperti ikan, ayam dan daging. Hanya 5-15 minit sahaja masa yang diperlukan.
GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terlangkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu menurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi dalaman tidak terhad kepada rumah baharu sahaja, tetapi rumah pusaka juga mampu untuk mengubah persepsi jika hiasannya tepat dan kena dengan tema warna yang dipilih. Pujian wajar diberikan kepada Pn Diela Sali kerana berani mencuba gabungan warna yang jarang kita temui iaitu dengan menggabungkan warna pink serta putih sebagai tema utama hiasan rumahnya.
Mahligai indah ini terletak di Rinching Hilir, Bangi. Menurutnya, rumah ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan pada asalnya merupakan rumah separa kayu dan batu serta berpendapat bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan keindahan yang diwarisinya turun temurun dari ibu bapanya.
Dia menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala renovasi dalaman rumahnya bermula dari ruang tamu, bilik tidur serta membahagikan dapur kering dan basah. Selain itu, dia juga akan memastikan tema dekorasi rumahnya berubah setiap tahun.
Tambahnya lagi, pada tahun ini pemilihan tema rona putih dan pink adalah kerana dia mahukan ketenangan serta kelembutan setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah dan mementingkan penampilan agar ianya sedap mata memandang.
Jika diteliti, setiap inci rumahnya dipenuhi dengan aksesori tambahan dan disusun rapi untuk mengelakkan ianya nampak serabut sekaligus menenggelamkan tema asal pilihannya. “Saya banyak merujuk serta membeli beberapa produk keluaran jenama terkenal seperti IKEA, Kaison dan Mr DIY mengikut bajet serta kemampuan dan terapkannya dalam idea dekorasi saya”, ujar pengusaha katering yang berpangkalan di Nilai ini.
Berikut adalah gambar beberapa idea yang dikongsikan oleh Pn Diela Sali kepada IMPIANA mengikut urutan sebelum dan selepas proses dekorasi dijalankan, Semoga memberi manfaat kepada pembaca IMPIANA diluar sana.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah Gasing Sebuah rumah kompak yang miliki ciri lestari dalam binaan. Rumah dua setengah tingkat dengan berkeluasan 1625 kaki persegi, yang di tambahkan sehingga 4 tingkat (separuh tingkat bawah tanah dan loteng bilik tidur utama) dengan halaman dinding hijau dalaman. Ia kini mempunyai lebih kurang 2400 kaki persegi dibina.
Apabila Arkitek Seshan Design ingin memulakan perancangan dalam membina kediaman ini, mengenali perwatakan pelanggan dan bilangan isi rumah itu sangat penting untuk mendapatkan sebuah kediaman yang sempurna.
Jika anda melihat kediaman lestari ini arkitek Seshan Design ada merangkumi elemen lestari di dalam binaan. Ini membuatkan rumah lestari ini sempurna dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja malah pemilik kediaman ini juga mengutamakan keselesaan dan kesempurnaan dalam binaan.
Bagi pemilik siapkan binaan kediaman yang utama dahulu, sebagai contoh, apabila mereka pada mulanya berpindah bersama bayi yang baru lahir, rumah itu mempunyai bilik tidur utama, ruang belajar, bilik pembantu rumah, kawasan terbuka yang besar yang berfungsi sebagai bilik tetamu dan bilik permainan, dan 3 bilik mandi. Pada masa hadapan, dalam tapak yang sama, rumah itu boleh dibina dengan berkesan untuk mempunyai 4 lagi bilik (selain bilik tidur utama, bilik belajar dan bilik pembantu rumah) dan bilik mandi tambahan.
Ciri utama rumah lestari ini yang lain ialah halaman tengah atau foyer yang menembusi sehingga ke atas. Ini adalah sumber utama cahaya dan udara untuk rumah. Terdapat bumbung polikarbonat bernada bicu di bahagian atas yang membolehkan pengudaraan silang dan menghalang hujan. Ketinggian (4 tingkat) ruang foyer ini menghasilkan kesan yang sangat baik yang memastikan rumah berangin dan sejuk.
Halaman tengah ini membolehkan pengguna mempunyai garis penglihatan dari hampir setiap ruang ke ruang lain. Ia adalah pautan visual kepada semua ruang di dalam rumah. Ini adalah faktor utama dalam mereka bentuk ruang kecil: garis penglihatan berterusan (dan banyak cahaya semula jadi!) memastikan ruang tidak berasa sesak dan memberikan persepsi bahawa ruang jauh lebih besar daripada yang sebenarnya.
Arkitek Seshan Design juga memasukkan infrastruktur paip untuk tadahan air hujan di mana air hujan yang ditadah dan disimpan boleh digunakan untuk menyiram tanaman, mencuci kereta dan juga menyiram tandas di bilik mandi. Pereka juga tidak memasukkan tangki simpanan, pam dan penapis kerana bajet yang terhad tetapi ia boleh ditambah kemudian. Air hujan dari bumbung dan teres taman dialirkan ke kawasan yang telah ditetapkan untuk tangki simpanan melalui paip bawah air hujan simfoni oleh Fast Flow.
Menarik bukan, rekaan dalam kediaman ini. Jika ada yang sudah tertarik boleh membuat kediaman seperti ini.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.