Berita baik buat peminat jenama mewah antarabangsa, “LV The Place Bangkok” kini telah dibuka di Bangkok, Thailand.
Mempunyai dua tingkat dan terletak di kompleks pusat bandar di Ratchaprasong, “LV The Place Bangkok” yang baru sahaja dibuka pada 28 Februari baru-baru ini, menawarkan pengalaman 360 darjah yang baharu ke dunia jenama mewah ini.
Ia mengetengahkan konsep yang menghubungkan seni, fesyen, makanan dan budaya, merangkumi ruang pameran, butik jualan, restauran dan kafe yang cukup elegan dan mempesonakan.
Para pengunjung juga ‘disajikan’ dengan dekorasi interior mewah, baik dari segi pemilihan perabut dan perhiasan, kemasan lantai, siling serta dinding, susun atur ruang pameran, mahupun menu yang sediakan.
Pada pintu masuk bahagian hadapan, pengunjung disambut oleh fasad yang menarik, dihiasi dengan bentuk berlian yang gemerlapan, untuk merasai pengalaman yang menakjubkan.
Ads
Ruang Pameran “Visionary Journeys”
Di tingkat bawah, tetamu memulakan “Visionary Journeys”, yang menempatkan ruang pameran mengenaisejarah Louis Vuitton. Pengalaman scenografi ini, direka oleh OMA dan Partner Shohei Shigematsu, membawa pengunjung mengembara melalui bilik bertema, bagi meneroka aspek berbeza legasi Maison, daripada sudut seni pertukangan dan inovasi kepada perjalanan dan kreativiti.
Le Café Louis Vuitton
Le Café Louis Vuitton juga terletak di tingkat bawah, menawarkan pengalaman kulinari yang menarik. Suasana kafe yang menghijau, menampilkan unsur botani dan perincian reka bentuk Louis Vuitton yang cukup ikonik. Cafe ini juga menyediakan suasana yang sempurna untuk menikmati pelbagai jenis pastri, kek dan pencuci mulut yang lazat, dengan sentuhan Louis Vuitton yang istimewa.
Ads
Louis Vuitton Store
Tingkat atas menempatkan kedai Louis Vuitton, ruang elegan yang mempamerkan koleksi lelaki dan wanita. Kedai ini menampilkan produk eksklusif, termasuk beg Alma Nano Rainbow yang eksklusif di seluruh dunia dan kasut LV Trainer Upcycling, di samping koleksi yang disusun rapi dan pilihan hot stamping.
Gaggan at Louis Vuitton
Bukan itu sahaja, menariknya “LV The Place Bangkok” juga menempatkan restoran pertamanya di Asia Tenggara. Ia dinamakan “Gaggan at Louis Vuitton” bersempena dengan kerjasama chef terkenal dunia Gaggan Anand.
Variasi menu kulinari mewah berinspirasikan hidangan Thai disajikan daripada udang galah hinggalah kepada pencuci mulut yang luarbiasa cantik dan sedap bagi memenuhi citarasa.
Pelanggan juga boleh merasai menu santapan eksklusif berdasarkan 5 “S” – (Sweet) Manis, (Sour) Masam, (Salty) Masin, (Spicy) Pedas dan (Surprise) Kejutan.
Ads
Jadi buat yang berada di Bangkok, Thailand, rebut peluang merasai pengalaman mewah di “LV The Place Bangkok” ini.
📍LV The Place Bangkok
Pusat Beli-belah Gaysorn Amarin, Ratchaprasong, Bangkok
⏰ 12pm – 3pm, 6pm – 11pm (Tutup pada Selasa & Rabu)
Anda masih mencari-cari mesin pembuat ais batu yang terbaik di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan? Apa kata anda dapatkan mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini.
Apa yang menariknya mengenai mesin pembuat ais batu ini, ia didatangkan dengan pelbagai fungsi teknologi yang canggih dan sangat mudah untuk digunakan.
Ingin tahu mengapa mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini adalah yang terbaik? Ini kerana, ia mampu menghasilkan seberat 15kg ais batu dalam tempoh masa 24 jam!
Dengan kemampuan yang dimilikinya itu, mesin pembuat ais batu ini disifatkan sebagai sebuah barangan elektronik yang terbaik dan berinovasi tinggi.
Untuk maklumat anda, mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini ada pelbagai jenis varian model yang boleh anda pilih dan dijual dengan harga sekitar RM299 sehingga RM429 sahaja tidak termasuk dengan kos penghantaran.
Jika anda mahu mendapatkan mesin pembuat ais seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Twitter Local Network
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Serangan dari serangga perosak pada tanaman merupakan salah satu masalah utama yang perlu anda hadapi ketika berkebun. Baru saja nak hidup pokok tu, dah dimakan ulat. Memang rasa nak marah juga lah.
Tapi tahukah anda, perkara ini boleh dibendung dari awal. Berpandukan tip dari video youtube, seorang pengguna Facebook telah mencuba satu petua yang berhasil melenyapkan terus serangga perosak dari mengganggu tanaman.
Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas @ satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yg dah siap kupas, terus cucuk kat pokok.. macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal2 pun saya buat camni. Boleh juga buat begini pada pokok-pokok yang lain.
Saya dapat video dari youtube.
Dulu saya blend bawang putih & spray tapi lama2 tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.
Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus & besar.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni
Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya..
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat buat semua yang membaca. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perhiasan di dalam rumah mempunyai peranannya yang tersendiri. Tanpa sebarang perhiasan, ruang boleh kelihatan ‘flat’ atau tiada jiwa. The Artisan Haus menempatkan pelbagai gaya aksesori dan hiasan buat kediaman yang ingin tampil unik dan lebih cosy.
KOLEKSI SEANTERO DUNIA
“Artisan” seperti yang diterjemahkan didalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud, “pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang” merujuk kepada seseseorang yang mahir menghasilkan sesuatu peralatan atau aksesori menggunakan tangan. Ini juga bermakna, setiap satu barangan tersebut telah dihasilkan dengan teliti dan bersungguh-sungguh oleh pembuatnya.
Bertempat di tingkat 2 pusat beli belah The LINC yang terletak di Jalan Tun Razak, The Artisan Haus mengumpulkan perhiasan buatan tangan daripada seluruh pelusuk dunia. The Artisan Haus bertanggungjawab untuk mengumpulkan hasil kerja artis-artis dari India, Indonesia, Iran dan banyak lagi.
PLATFORM GOLONGAN KREATIF
The Artisan Haus amat komited untuk memperkenalkan jenama tempatan pada pasaran jadi, dengan wujudnya rangkaian ini, pelbagai jenama yang bernaung dibawah satu bumbung akan dengan mudah dapat diakses oleh pembeli yang sememangnya dahagakan produk tempatan yang berkualiti.
Mereka juga berbesar hati dan bangga dapat mewakili jenama-jenama tempatan yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi dan mendapat tempat dihati pengguna seluruh rantau.
+ INFO KEDAI
Premis : The Artisan Haus
Lokasi : Lot 2-30, Tingkat 2, The LINC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 11 pagi – 9 malam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.