“Hitam putih” sering dikaitkan dengan warna Monochrome yang mencerminkan reka bentuk minimalis dan kontemporari.

Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.

Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!

Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.

Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .

So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik! DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

IKLAN

Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

 

IKLAN

EKSTRA TIP
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak  bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.

Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.

IKLAN

Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.

DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.

Berikut adalah beberapa jenis dekorasi yang boleh dilakukan dengan warna monokromatik:

  1. Cat Dinding: Memilih warna yang sama tetapi dengan pelbagai intensiti untuk dinding boleh menambah dimensi pada ruang tanpa mengganggu tema monokromatik.
  2. Perabot: Pilih perabot dengan warna yang sama tetapi dengan tekstur yang berbeza untuk menambah kedalaman visual dan minat tanpa menggunakan warna tambahan.
  3. Tekstil: Langsir, cadar, bantal hiasan, dan karpet dalam skala warna yang sama boleh menambah kenyamanan dan kelembutan pada ruangan.
  4. Seni dan Aksesori: Lukisan, cetakan, atau patung dengan palet monokromatik boleh menjadi titik fokus yang menarik dalam ruangan.
  5. Pencahayaan: Lampu gantung, lampu meja, dan lampu berdiri dengan warna dan bentuk yang seragam boleh menyatu dengan baik dalam reka bentuk monokromatik.
  6. Elemen Semula Jadi: Tanaman hijau atau bunga segar dalam bekas monokromatik menambah elemen hidup yang menyejukkan tanpa mengganggu palet warna.
  7. Dinding Ciri: Satu dinding dengan tekstur atau corak yang menarik dalam warna yang sama boleh menambah keunikan dalam ruangan monokromatik.
  8. Pemisahan Ruang: Menggunakan warna berbeza dari palet monokromatik yang sama untuk menandakan kawasan atau fungsi yang berbeza dalam ruangan terbuka.

Dengan menggabungkan pelbagai tekstur, bahan, dan corak dalam skema warna yang sama, ruangan monokromatik boleh terasa kaya dan berlapis, sambil mengekalkan rasa ketenangan dan kesinambungan visual.

Sumber :Aina Syafiqka

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI